Foto Sekitar Reader’s ToGether Gather Pertama Sensasi Selebriti
Hari ini, perjumpaan kali pertama Reader’s ToGether Gather Sensasi Selebriti berjalan dengan lancar. Sederhana tapi meriah juga. Terima kasih kepada 16 pembaca yang sudi datang memeriahkan sesi kali ini. Terima kasih kepada Izham, Mazen, Erin, Nurliza, Fatiha, Nad, Rafaie, Rini, Syukri, Azwan , Rozlan, Razid, Fara, Toby, Samad dan kawannya kerana sudi memeriahkan suasana.
Bertemu muka dengan pembaca membuat saya sedikit terharu atas sokongan mereka walaupun menjadi sekadar silent readers. Maaf atas kelewatan saya yang tiba jam 12.15 tengahari. Sebelum berangkat ke Tanjung Golden Village untuk menonton filem filem Jangan Pandang Belakang di Concourse Suria KLCC, kami sempat bergambar dan berkenalan. Ada pembaca yang sudah saya kenali dan ada yang tidak pernah bertemu muka tapi sering berbual di jendela YM.
Juga kepada Metrowealth Sdn Bhd yang sudi menaja CD & DVD. Sokongan dan bantuan dari anda semua amat saya hargai. Semoga kita boleh bekerjasama lagi untuk program-program yang akan datang.
Berikut adalah antara foto & gambar sekitar Reader’s ToGether Gather tadi di TGV KLCC.

Seawal jam 10 pagi, saya ke pejabat Metrowealth Sdn Bhd untuk mengambil CD & DVD termasuk 2 CD terbaru Waheeda untuk tujuan promosi di Sensasi Selebriti. Ulasan album terbaru Waheeda akan menyusul nanti bersama dengan peraduan memenangi album terbaru Waheeda. Tunggu!


Siap kena sign D.O (Delivery Order) you all!

Terima kasih banyak ya En. Azahari atas sekalung budi.

Selonggokan CD & VCD daripada Metrowealth Sdn Bhd
Lokasi pendaftaran: Concourse Suria KLCC, depan Topshop

Acara sembang & makan serta bergosip di Food Court tingkat 2, Suria KLCC

Fatiha & Liza… Thanks Liza sebab sudi menceriakan suasana dengan cerita lucu awak tu… memang pecah perut kitorang ketawa dengan korang ni bergosip.

Azwan , Rozlan dan Razid! Terima kasih sebab sudi ikut tema kali ini. Orange!

Erin & Mazen… you all very cool girls! Terima kasih Mazen sebab sudi belanja pop corn! Ada staillah!

Bro. Syukri & Rini… Thanks to each of you for your kind words of support! Appreciate it sangat-sangat.
Ada beberapa foto lagi yang mana tidak dapat pengesahan untuk disiarkan di blog. Mahu merahsiakan identiti katanya. Yang tidak ada dalam foto ialah Izham, Nad, Rafaie, Fara, Toby, Samad dan kawannya.
Terima kasih sekali lagi untuk semua.
Untuk lihat gambar lebih terang & BESAR, sila klik:
[tags]Budiey, Sensasi, Selebriti, Gathering, Readers, photo, gambar[/tags]
Tags: Blog, Filem, JemputanClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:



