Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Foto Sekitar Konsert Boyz II Men di Arena of Stars, Genting Highland



Mungkin foto-foto yang saya lampirkan di sini dapat menggambarkan realiti sebenar apa yang berlaku di Konsert Boyz II Men pada 26 dan 27 Januari yang lalu. Anda boleh membaca entri ulasan ringkas perjalanan konsert itu di sini: Konsert Boyz II Men di Arena of Stars Genting Highlands.

Saya pergi pun atas tiket yang dihadiahkan oleh Klubbkidd. Kalau tak kerana Joe, takde la nak merasa duduk di tempat duduk yang berharga RM220… Thanks Joe! Tadi, ketika Fail AF bersiaran, dia ada muncul di kaca TV (siap dengan T shirt yang tertera alamat url blognya)… satu strategi promosi yang kreatif! Komen Joe pasal pakaian yang digunakan ketika Konsert Akademi Fantasia memang agak pedas juga. Apa-apa pun harapan saya, biarlah pihak tatarias astro tu, lebih terbuka dan dapat menerima kritikan. Untuk Akademi Fantasia 5 yang akan datang nanti, perbaiki untuk menjadikannya lebih relevan dan lebih elegan!

OK, berbalik kepada tajuk asal kita. Banyak lagu-lagu popular Boyz II Men dialunkan pada konsert itu yang sememangnya menjadi siulan dari zaman kelahirannya hinggalah lagu terbaru. Namun, saya terkilan juga kerana mereka begitu banyak memberi penekanan kepada lagu-lagu terbaru dalam album The Remedy.

Memang tak pernah dengar pun. Hahaha… Walaupun lagu R&B mereka mesra dan catchy di telinga, namun satu apa pun saya tak dapat tangkap apa yang mereka nyanyikan. Sebab apa? Sebabnya…

Mutu bunyi tidak berapa baik. Jurutera bunyi yang duduk di depan saya tu…lebih menguatkan bahagian bass dan drum. Membuatkan vokal agak tenggelam. Nak kata tempat saya tak strategik, saya rasa tak jugak sebab memang duduk di tengah-tengah dewan Arena of Stars. Mmm… ntah lah!

Apa-apa pun saya terhibur dengan persembahan mereka. Ini adalah kali pertama saya menyaksikan persembahan artis luar negara pada tahun ini. Dengar cerita keesokannya, penyanyi terkemuka dari Korea Selatan, Rain turun mengegarkan bumi Kuala Lumpur. Sekali lihat video klip terbarunya, Rain nampak macam klon Usher dan Michael Jackson sedikit. Ini merujuk kepada corak tariannya. Tapi dia unik sikit… Peminat Rain jangan marah deh kalau aku cakap Rain ni klon!

Penulis blog yang pernah saya temubual di sini, Waiem ada juga ke sana. Seronok tengok Waiem chasing Rain dari KLIA lagi. Hinggalah kata Waiem, konsert Rain memang power giler!

Sila baca temubual bersama Waiem di sini: Temubual Eksklusif Bersama Waiem

 

 

Antara reaksi penonton. Ramai yang lebih selesa berdiri sambil menari sepanjang Konsert. Happening dengan penonton yang begitu sporting.

Dan ini… ntah sape budak nih. Anak cina mana ntah!

Saya telah pun mendapatkan tiket Anugerah Bintang Popular 2006 yang akan berlangsung di Arena of Stars pada hari Ahad ini… siapa mahu ikut?

Tags: , , ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Showcase Meet Uncle Aznil Times Square First World Hotel Genting Highlands
  • Konsert Boyz II Men di Arena of Stars Genting Highlands
  • Tomok Masih Vokalis NB – Dulunya New Boyz
  • Olivia Newton-John Live In Genting
  • Gambar Fara Fauzana di Sidang Media Top 5 ABP 2008
  • Gambar Meet Uncle Hussain @ Pra Kemuncak ABP-BH
  • Sepanjang Ranjau Sensasi Selebriti 2007: Part 1
  • Konsert Agnes Monica di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pada 12 April 2009
  • Keris Patih Showcase di The Funtheque The Ship Bukit Bintang



  • 2 Komen untuk entri “Foto Sekitar Konsert Boyz II Men di Arena of Stars, Genting Highland”

    1. wai em kata:

      Hehehe…idola Rain salah sorangnya Maikel Jeksen. Tak dinafikan sedikit sebanyak pasti akan terikut sket gaya tarian kemdian dicampur ngn tarian ciptaan Rain sendiri maka tercetus la Rain. Aja aja fighting…hehehe

    2. Budiey kata:

      ooo patutla.. MJ tu idola rain… sib baik tak tiru dan copy ngan perangai2 MJ yang pelik-pelik tu..

      Orang kata, buang yg keruh ambil jernih. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK