in , ,

Foto Aizat AF5: Eksklusif Untuk Fanatik Aizat Sahaja!

Khusus buat Aizoners & fanatik Aizat sekalian… Budiey sediakan gambar-gambar aksi spontan Aizat ketika mendendangkan lagu Warisan; lagu asal daripada Allahyarham Sudirman di Konsert minggu ke-3 petang semalam. Penuh jiwa, penuh semangat, penuh perasaan.

Kepada yang tidak suka dengan Aizat, anda boleh tutup mata ya! Atau alihkan pandangan ke entri seterusnya. Kerana mungkin foto-foto berikut ini boleh mengakibatkan anda mengidap sakit mata. Hehe… gurau saje, jangan marah aaaa….

Saya tidak mahu mengulas persembahan Aizat di ruangan ini, sebaliknya saya ingin menyatakan di sini, perasan atau tidak, Aizat telah menampilkan sesuatu yang belum anda saksikan sebelum ini. Dua minggu berturut dihidangkan dengan lagu dalam genre rock, sekali mendengar alunan lagu berentak perlahan memang dinantikan oleh Aizoners.

Masalah utama Aizat ialah tidak cukup stamina dan tercungap-cungap. Cara nak selesaikan masalah ini, Aizat kena banyak bersenam, jogging dan kuruskan sikit badan. Bukan senang sebab ini perlu masa yang lama dan konsisten yang tinggi.

Agak malang sekali AF musim 5 ini seperti tidak cukup duit untuk sediakan alat senaman dan riadah untuk pelajar. Kerusi pengurut pun dah takde kan? Kenapa tidak ada yang mahu kasi sponsor ke?

Rasanya, akademi kena sediakan alat-alat senaman atau gym untuk pelajar bagi memantapkan fizikal khususnya pernafasan masa persembahan.

Nota Budiey: Suka dengan baju yang dipakai oleh Aizat… nak beli kat mana ek?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Konsert Akademi Fantasia 5 Minggu Ketiga

Ulasan Konsert Akademi Fantasia 5: Minggu ke 3