in

Floor Fever Juara Dynda Hanya Kamu Dance Off

Pada jam 3 petang 20 Februari 2011 Ahad telah berlangsungnya satu pertandingan Akhir Dynda Hanya Kamu Dance Off ajuran Alibi Music di Sungei Wang Plaza. Sebanyak 4 kumpulan telah layak untuk ke pusingan akhir ini selepas sesi saringan yang diadakan pada minggu lepas.

Pertandingan ini juga turut mendapat kerjasama dari Sungei Wang Plaza sebagai penaja lokasi dan blog Sensasi Selebriti (budiey.com) sebagai blog rasmi untuk pertandingan ini.

Sebanyak 4 buah kumpulan telah menunjukkan aksi tarian K-Pop yang semuanya mantap-mantap. Mereka ialah Floor Fever, Hype 7.0, Perimbun Starzz dan Gorgeous Girls.

Budiey nak ucapkan tahniah buat Floor Fever yang telah berjaya dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 serta berpeluang untuk muncul dalam video klip Dynda yang berjudul Babe… Hanya Kamu.

Dynda Dance Off

Tempat kedua membawa pulang wang tunai RM1500 dan tempat ketiga pula RM700.

Dynda Dance Off

Menurut Ferhard Ahmad, Pengarah Urusan Alibi Music Sdn Bhd, pertandingan ini dianjurkan sempena single terbaru Dynda… Babe Hanya Kamu yang telah dilancarkan sekitar penghujung tahun 2010.

“Kami anjurkan pertandingan ini untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh kami tampilkan dalam video klip muzik Dynda. Kumpulan yang kami cari haruslah sinonim dengan ciri-ciri yang sedia ada pada Dynda.”

Gerak tari hendaklah lincah dan koreografinya pula kenalah menarik. Di samping itu, ia bersesuaian dengan aliran fesyen tarian jalanan dan K-Pop yang ranggi, peserta stailo mempunyai peluang yang lebih cerah untuk bergelar juara.”

Dynda Dance Off

Dihoskan oleh Bob Ringgo dari Suria FM

Dynda yang sebelum ini turut muncul dalam konsert Jom Heboh di Kuantan dan Pestaraya di Theatre Studio, Esplanade Singapura, begitu teruja sekali dengan penganjuran pertandingan ini dan mereka cukup berterima kasih kepada Alibi Music yang membawa memperkenalkan Dynda kepada peminat di Malaysia.

Di Pertandingan ini, Dynda juga turut menjadi juri bersama dengan ketua juri iaitu Belalang. Sebagai penutup, Dynda menghiburkan hadirin dengan lagu tersohornya, Babe… Hanya Kamu. Lagu ini semakin mendapat tempat di kalangan penggemar muzik sejak diputarkan di HOt FM dan memasuki Carta Hot FM 30 awal tahun ini.

Dynda ditubuhkan pada Disember 2009 dan memulakan karier mereka sebagai penari dan setelah bergelar penyanyi, mereka mahu imej penari itu ditampilkan dalam persembahan mereka.

Dynda Dance Off

Dynda Dance Off

Dynda Dance Off

Dynda Dance Off

Dynda Dance Off

Dynda Dance Off

Dynda Dance Off

Dynda Dance Off

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2010

Nur Fazura Teruja Jadi Duta Eliksir Haruman Eksklusif LUX