in

Flashforward di 8TV

FLASHFORWARD

Fenomena luar biasa di 8TV…

TARIKH SIARAN : 28 JUN 2010, ISNIN
MASA : 9.30PM
EPISOD : 22 EPISOD
BAHASA : INGGERIS

PELAKON : Joseph Fiennes, Sonya Walger, John Cho, Jack Davenport, Zachary Knighton

Sekiranya anda gemarkan cabaran misteri dan plot cerita yang rumit, 8TV membawakannya khas kepada anda! Pada 6 Oktober, 2009, dunia tidak sedarkan diri selama 2 minit 17 saat…..di sinilah permulaan aksi hebat drama bersiri FLASHFORWARD di 8TV!

Tanpa ragu, fenomena sains fiksyen kini mempunyai ikutan ramai di seluruh dunia. FLASHFORWARD yang menemui penonton bermula 28 Jun 2010 lalu menerusi stesen hip 8TV, turut mempunyai kelompok peminatnya tersendiri. Berdasarkan novel sains fiksyen karya penulis dari Kanada, Robert J. Sawyer, FLASHFORWARD pasti memukau!

Tirai drama bersiri ini dibuka dengan bintang utama, Mark Benford yang tersedar dari pengsan dan mendapati dirinya berada dalam keadaan persekitaran yang huru-hara. Kekeliruan bermula apabila manusia sejagat tidak sedarkan diri selama 137 saat, dan setiap daripada mereka dapat melihat imbasan masa depan mereka sendiri – suatu fenomena global “FLASHFORWARD”.

Saksikan bagaimana sekumpulan egen FBI Los Angeles yang diketuai oleh Stanford Wedeck memulakan proses mencari punca berlakunya fenomena luarbiasa ini, dan bagaimana ia berlaku, serta adakah keadaan sama akan berulang di masa hadapan?

Penduduk dunia menjadi huru hara kerana masing-masing mengalami imbasan masa hadapan yang berlainan. Ada antara mereka nampak keadaan yang menakutkan, sedih, gembira malah ada yang langsung tidak mengalami apa-apa imbasan. Masing-masing cuba menyelesaikan teka-teki dan mencari-cari orang yang menjelma dalam imbasan mereka. Ada juga yang terus murung kerana tidak sanggup berhadapan dengan kekecewaan yang dikatakan akan berlaku dalam masa enam bulan.

Apa yang telah Benford nampak pada imbasan masa hadapannya – “FLASHFORWARD” dijadikan sebagai klu bagi memulakan sisatannya terhadap fenomena luarbiasa itu. Walaubagaimanapun rumahtangga Benford juga mula goyah akibat imbasan yang telah dilihat oleh isteri tercintanya.

Siri ini dibintangi oleh Joseph Fiennes, John Cho, Jack Davenport, Zachary Knighton, Peyton List, Dominic Monaghan, Brian F. O’Byrne, Courtney B. Vance, Sonya Walger, dan Christine Woods.

“Apa yang saya dapat katakana adalah…Wow!!!” kata Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim. Tambah beliau, “Struktur drama dan lakonan terbaik menggambarkan FLASHFORWARD! Drama hebat ini pasti membuatkan setiap saat anda berbaloi!”

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri 22 episod, FLASHFORWARD setiap Isnin, 28 Jun 2010, pada pukul 9.30 malam, eksklusif di 8TV dan juga menerusi saluran Astro 708.

Kini, anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit di mobile.8tv.com.my ataupun melayari laman sesawang rasmi kami www.8tv.com.my.

Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pawn Stars on History Channel

Smallville Season 7 di TV3