in , ,

Fizz Fairuz & Almy Nadia Selamat Nikah

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon Fizz Faizruz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, sah bergelar suami kepada dramatis terkenal, Almy Nadia Aminuddin Shah, 27 disaksikan oleh keluarga dari kedua belah pihak. Pasangan ini disatukan dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada jam 5.15 petang.

Pasangan berkenaan diijabkabulkan oleh jurunikah Ustaz Norazli Mat yang juga Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Pulau Pinang dan turut disaksikan ahli keluarga kedua-dua pengantin baru itu. Almy Nadia berwalikan wali hakim.

Gambar Majlis Nikah Almy Nadia & Fizz Fairuz

Pada majlis itu Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, menyerahkan mas kahwin RM1,001 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pengantin perempuan. Selain itu barangan hantaran iaitu kek berbentuk adiwira Ironman turut menarik perhatian mereka berada di majlis itu.

Pihak lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, sirih junjung, kek dan cincin.

Ia dibalas sebelas dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, jam, kasut iPad Mini dan cincin.

Fizz melahirkan rasa syukur dengan pernikahan itu dan berharap rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah, akhirnya kami disatukan selepas pelbagai rintangan yang dilalui. Saya harap kali ini kami dapat hidup bersama sehingga akhir hayat, InsyaAllah.”

Fizz dan Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun.

Sepanjang tempoh percintaan itu mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan semula. Dalam pada itu, Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya yang berusia lima tahun.

Gambar Majlis Nikah Fizz Fairuz & Almy Nadia

Gambar Majlis Nikah Almy Nadia & Fizz Fairuz

Gambar Majlis Nikah Almy Nadia & Fizz Fairuz

Gambar Majlis Nikah Almy Nadia & Fizz Fairuz

Gambar Majlis Nikah Almy Nadia & Fizz Fairuz

Gambar Majlis Nikah Fizz Fairuz & Almy Nadia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zam Juara Skool of Lawak Musim Pertama

Tune Hotel KLIA2 Opens 9 May