in

Fitri Hakim Perkenal Single SELEPAS BERPISAH

Fitri Hakim anak muda yang berbakat besar dan berprinsip `hidup usaha tangga kejayaan’. Beliau mula memperkenalkan bakat nyanyiannya seawal usia 6 tahun dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian dan jemputan membuat persembahan.

Kegigihan dan kesungguhan Fitri Hakim anak kelahiran Pahang ini dapat dilihat menerusi banyak pertandingan nyanyian yang diceburinya dia mendapat tempat ke -3 Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan, RTM Kuching Sarawak pada tahun 2003, Naib Juara Bintang Klasik Nasional Peringkat Kebangsaan tahun 2010 dan dia merupakan Naib Juara Bintang RTM tahun 2012. Fitri Hakim juga pernah dianugerahkan sebagai Ikon Berpotensi di dalam program ”IKON KEM BINTANG BINTANG’ di TVi @ ASTRO 180.

Fitri-Hakim

[pullquote]Memiliki suara yang lantang dan bernada tinggi, Fitri Hakim mampu membawa lagu `Selepas Berpisah’ dengan baik dan penuh emosi. Artis solo terbaru di bawah label KRU Music ini dijangka dapat menyaingi penyanyi solo tempatan yang sedia ada dengan berbekalkan bakat dan komitmennya.[/pullquote]

Selepas Berpisah ciptaan komposer Edry Abdul Halim sebenarnya lagu tersebut khas untuk kumpulan KRU tetapi peluang telah diberikan kepada Fitri Hakim menyanyikan sebagai demo semasa sesi diujibakat, penyampaian Fitri Hakim di dalam lagu tersebut telah menambat hati Norman dan Edry. Edry menaruh harapan yang tinggi yang lagu ini dengan penyampaian Fitri Hakim bakal melonjakkan nama Fitri Hakim sebaris dengan penyanyi-penyanyi solo lelaki di negara kita.

`Selepas Berpisah’ berkisarkan tentang perasaan kepedihan yang dihadapi seseorang yang telah dikecewakan oleh orang yang tercinta kerana adanya cinta orang ketiga. Isu orang ketiga yang kian hangat diperkatakan sekarang pastinya sinonim dengan apa yang hendak disampaikan menerusi lagu `Selepas Berpisah’. Apa pun yang diharapkan `Selepas Berpisah’ pastinya kita bisa mampu untuk bangkit untuk meneruskan kehidupan dan menemui peluang kedua.

Pada 5hb Mac 2014, lagu `Selepas Berpisah’ telah dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian `You Tube’ KRU Music. Lagu ini juga dipasarkan melalui i-Tunes dan nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

FITRI HAKIM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FINDIT Perkhidmatan Direktori Digital Terbesar Di Malaysia Dilancarkan

Steve & Shazmin Penyampai The Lite Breakfast Show Terbaru