in

Fitnah Cabul Rahim Beri Tempoh Ezany Nizariff Mohon Maaf

[dropcap]P[/dropcap]engarah drama, Abdul Rahim Awang memberi tempoh seminggu bermula Selasa (hari ini) kepada pelakon Ezany Nizariff bagi membuat permohonan maaf secara terbuka, ekoran pelakon itu cuba memfitnah, kononnya diri beliau mencabul seorang pelakon tambahan serta mengadakan hubungan seks dengan seorang pelakon baru.

Rahim yang juga Timbalan Presiden, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) berkata, dia nekad membuat laporan polis pada petag semalam, selepas kata-kata fitnah yang dilemparkan Ezany melalui media telah menjatuhkan maruahnya.

“Apa yang telah dia (Ezany) lakukan telah memalukan saya sekeluarga. Kenyataannya itu juga telah mengundang persepsi negatif oleh masyarakat umum terhadap saya. Usia saya sudah 64 tahun. Adakah sesuai saya melakukan perkara sedemikian (mencabul)?”

Katanya jika pelakon tersebut enggan berbuat demikian, Rahim akan mengambil tindakan seterusnya dengan membawa kes tersebut ke mahkamah.

Terdahulu pada 17 Jun lalu, Ezany bersama enam orang kru produksi telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Serdang dekat sini selepas mendakwa sebuah syarikat produksi, NR Network, tidak membayar baki wang kerja-kerja lakonan kepada mereka menerusi drama Titian Dua arahan Abdul Rahim.

Malah Ezany turut mendedahkan produksi tersebut turut mempunyai masalah lain apabila pengarahnya iaiti Rahim telah cuba mencabul seorang pelakon baru dikenali sebagai Farrah di lokasi penggambaran. Pelakon itu telah pun membuat laporan polis pada hari sama di Balai Polis Kota Damansara.

Sementara itu Ezany yang dihubungi berkata, dia tidak akan membuat sebarang permohonan maaf kepada Rahim kerana yakin berada di pihak yang benar. Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awi Rafael & Hanez Suraya Putus Cinta

AirAsia Launches New Route from Kota Kinabalu Hangzhou