in

Finalis Program Da’i Ahmad Khairul Ikhwan Tarik Diri

PENGENDALIAN HATI ADIK-ADIK REMAJA

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan silih berganti dan kini tiba episod yang keenam yang pastinya tugasan yang diberikan kepada barisan finalis Da’i semakin mencabar fizikal dan mental. Daripada yang senang kepada yang susah dan daripada yang susah kepada yang lebih mencabar. Bertitik tolak daripada itu, selepas mendapat dan menimba kemahiran-kemahiran penting untuk diserap ke dalam diri, pada minggu lalu barisan finalis Da’i diberi tugasan untuk mngendalikan anak-anak remaja dalam mengajak ke arah kebaikan.

Program Da'i minggu ke-6

Berbaki lapan orang, setelah seorang lagi finalis Da’i Ahmad Khairul Ikhwan Bin Abdullah menarik diri atas komitmen yang tidak dapat dielakkan, finalis Da’i dibahagi kepada dua kumpulan dan mereka menggalas tugasan yang diberikan dengan penuh persedian dan keyakinan. Seperti biasa, finalis Da’i diuji dengan tugasan yang memerlukan pemikiran kreatif serta praktikal, dan pada minggu ini juga finalis Da’i perlu mendekati golongan adik-adik remaja lingkungan umur 13 tahun sehingga 17 tahun dalam membimbing adik-adik ini menerusi motivasi-motivasi yang relevan dengan mereka.

Bagi pusingan cabaran minggu lalu, peserta Da’i dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan ‘Jundullah’ dan kumpulan ‘Remaha Mus’abb’. Setiap kumpulan mendapat adik angkat seramai 15 hingga 18 orang dari kelas tingkatan satu hingga tingkatan enam Sekolah Menengah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam, Selangor.

Setiap kumpulan perlu menjalankan aktiviti yang bersifatkan motivasi, kerohanian dan intelektual untuk adik angkat masing-masing. Setiap aktiviti perlu diselitkan dengan satu sesi tazkirah berbentuk motivasi sebagai tanda syarat kepada tugasan kali ini.

Walaupun tugasan kali ini tampak mudah, namun finalis Da’i perlu bijak memikirkan cara untuk berinteraksi dan menggunakan medium penyampaian yang bersesuaian dengan adik angkat masing-masing kerana golongan adik-adik remaja agak berbeza dengan golongan dewasa dari segi penerimaan dan pemikiran.

Minggu lalu, penilaian setiap kumpulan akan dilihat dari sudut komunikasi dua hala di antara kumpulan dengan adik angkat. Juri jemputan kali ini yang membantu proses penilaian bagi tugasan adik angkat ini merupakan penceramah agama & motivasi seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura, Ustaz Wan Akashah Bin Wan Abdul Hamid.

Penerbit Da’i, Shukri Hj Ibrahim berkata,

“Minggu lalu penonton dikejutkan dengan pengunduran finalis Khairul Amar Bin Samsuri dari program Da’i atas sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan. Namun perjuangan lapan lagi finalis Da’i harus diteruskan. Meskipun minggu ini hanya tinggal lapan finalis, akan tetapi proses penyingkiran finalis Da’i tetap dijalankan untuk mencari ‘Pendakwah Milenia dan keputusan dari proses penyingkiran minggu lalu terjawab apabila finalis Nasaruddin Bin Samsudeng harus meninggalkan program Da’i. ”

Mengenai tugasan minggu lalu pula, finalis Da’i menerima adik angkat dari Sekolah Menengah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam, Selangor. Menerusi tugasan kali ini, finalis Da’i didedahkan dengan golongan muda remaja di mana mereka perlu menggunakan teknik pengendalian yang berbeza jika dibandingkan dengan minggu-minggu sebelum ini kerana golongan remaja mempunyai pemikiran yang berbeza. Kepada lapan finalis Da’i, mereka harus memanfaat peluang yang diberikan dan berkongsi ilmu serta pengalaman mereka bersama adik angkat masing-masing dalam berdakwah secara berhikmah”, tambah Shukri Hj Ibrahim.

Da’i menampilkan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin sebagai pengacara program untuk musim ini. Sementara itu, beliau turut ditemani dua rakan seperjuangan iaitu Mohd Zhafran Mohd Zainuldin dan Muhamad Hilmi Idris yang bertindak mengendalikan segmen khas mingguan. Manakala panel juri tetap pula menampilkan salah satu ikon pengacaraan yang tidak asing lagi iaitu Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail bersama Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie yang bertanggungjawab menilai keterampilan semasa peserta dan pemarkahan berdasarkan tugasan yang diberikan.

Juara Da’i bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM50, 000. Siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara sulung program Da’i? Ikuti program realiti Da’i yang disiarkan secara langsung dari Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada setiap hari Sabtu jam 6.00 petang hingga 7.00 petang. Penonton yang terlepas menyaksikan episod mingguan Da’i boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Sila layari www.tv3.com.my/dai dan akaun Twitter rasmi Da’i iaitu @DaiTV3 serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Juri Tetap Da'i- Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail dan Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie ditemani juri jemputan Ustaz Wan Akashah Bin Wan Abdul Hamid (kanan)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Rentas Samudera Lakonan Fahrin Ahmad dan Nur Fathia

Michael Wong Duta Terbaru BRAND’S & Take the Lead Campaign