in , ,

Final AF Megastar, Shahir Tak Mahu Hampakan Peminat

NAMPAKNYA kontroversi yang melanda juara Akademi Fantasia (AF) musim ke-8 ini sedikit sebanyak memberi impak kepadanya dan juga peminat-peminat yang mendoakan kejayaannya itu.

Khamis lalu, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi telah memuat naik satu entri yang menyatakan dia bakal menarik diri dari menyertai Konsert Akhir AF Megastar yang bakal berlangsung pada malam ini.

Final AF Megastar, Shahir Tak Hampakan Peminat

Namun, semalam menerusi satu video yang dimuat naik oleh pihak Akademi Fantasia di laman Instagramnya, Shahir menjelaskan dia bakal muncul di konsert malam ini.

“Insya-Allah saya ada esok (Ahad). So, jangan lupa saksikan Final AF Megastar. Saya ada, ada,” katanya di dalam video tersebut.

Syukur Syahir tidak menghampakan peminat-peminat yang ingin melihat dia berjuang menghabiskan apa yang dimulakannya sejak beberapa minggu lalu.

Dalam pada itu, pengacara AF Megastar, Datuk Aznil Nawawi turut memuat naik screenshot perbualan antaranya dan Shahir menerusi aplikasi WhatsApp di laman Instagram miliknya.

“Jangan risau. Demi Pak Nil, saya teruskan,” tulis Shahir.

Perbualan tersebut sekaligus mengesahkan yang penyanyi lagu Kebahagian Dalam Perpisahan ini bakal muncul dalam pertandingan yang bakal melabuhkan tirainya itu.

Aznil secara tidak langsung turut memuji tindakan Shahir untuk meneruskan perjuangannya di pentas AF Megastar.

“Alhamdulillah, kita akan melihat lima finalis AF Megastar berentap termasuk Shahir.

“Tindakan Shahir itu bijak. Ramai yang mahu melihatnya bersaing dengan empat lagi finalis iaitu Marsha, Idayu, Bob dan Syamel.

“Ini menjadi ruang untuk Shahir membuktikan dirinya serius dan kuat meneruskan perjuangan seni ketika ada pihak yang mungkin tidak senang dengan dirinya,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Aznil selaku pengacara Akademi Fantasia yang paling lama dan telah menganggap peserta AF dari musim pertama hingga sekarang sebagai adik-adik kandungnya sendiri sudah tentu mahu melihat mereka berjaya dalam bidang yang dipilih ini.

“Saya tak mahu mereka cepat mengalah dalam hidup. Begitu juga dengan Shahir.

“Saya mahu dia serius dalam dunia seni ini. Dia ada bakat tersendiri. Saya tak mahu dia ‘hilang’ lagi seperti sebelum ini,” katanya.

Tahniah di atas keputusan yang dibuat dan bersikap professional. Selamat maju jaya diucapkan kepada kelima-lima finalis yang bakal berentap menyampaikan dua buah lagu pada malam ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bermula Jadi Skuad Era, Kemudian Ke Hot FM, Kini Fara Fauzana Menembusi Era Digital

Ada Sebab Izreen Azminda Tarik Diri Dalam Teater Kontena 404