in ,

Film Warner Bros 16 Blocks Lakonan Bruce Willis di TV2

TAYANGAN ISTIMEWA HARI PEKERJA : 16 BLOCKS DI TV2

Umpama satu kemestian sambutan 1 Mei setiap tahun akan meriah diraikan oleh seluruh masyarakat terutama golongan pekerja yang pastinya mahu memanafaatkan waktu senggang mereka sebaik-baiknya. Ada yang memilih untuk bercuti bersama keluarga tersayang malah tak kurang juga yang memutuskan untuk meluangkan masa menonton program-program menarik di rumah.

Pastinya Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut sama berkongsi meraikan penonton setia salurannya dengan menghidangkan filem hebat arahan Richard Donner popular tahun 2006 terbitan Warner Bros, 16 Blocks mengisi slot Friday Night Movie @ 2 pada 1 Mei 2009 (Jumaat), jam 12.00 malam di TV2.

16 Blocks menceritakan tentang Jack Mosley lakonan Bruce Willis, seorang anggota polis yang bermasalah dan sudah berusia. Ketika itu Mosley bertugas di sebuah balai polis yang terletak di kota metropolitan, New York.

Pada suatu hari seperti kebiasaannya dia ditugaskan untuk mengiringi seorang saksi yang petah berkata-kata, Eddie Bunker (Mos Def) dari balai polis ke sebuah mahkamah. Walau bagaimanapun, dalam perjalanan terdapat usaha jahat cuba menghalang mereka berdua dari sampai ke destinasi mereka.

Lalu bagaimanakan kesudahannya? Dapatkah Jack Mosley membawa Eddie Bunker ke arah destinasi yang ingin dituju? Apakah dugaan yang dilalui mereka?

Justeru usah lepaskan peluang menonton 16 Blocks mengisi slot Friday Night Movie @ 2 pada 1 Mei 2009 (Jumaat), jam 12.00 malam di TV2 yang pada masa sama diyakini mampu memberikan sumber inspirasi kepada semua golongan pekerja agar bertanggungjawab dalam menunaikan amanah kerja yang diberikan oleh majikan masing-masing.

Barisan pelakon hebat yang terlibat dalam filem ini adalah Bruce Willis, Mos Def, David Moss, Jenna Stern, Casey Sander, Cylk Cozart dan David Zayas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru

Gambar Betty Benafe Ibu Tiri Drama Yusuff