in ,

Film Asia Menarik Sepanjang April di 8TV

FILEM-FILEM MENARIK SEPANJANG APRIL INI!

Penuhi malam Sabtu anda dengan filem-filem menarik dari Asia yang disiarkan di saluran hip 8TV. Bermula 4 April ini, anda bakal dihiburkan dengan filem-filem popular yang akan disiarkan pada jam 8.30 malam setiap hari Sabtu. 

“Kami hanya menyediakan yang terbaik untuk penonton-penonton setia kami. Semoga anda semua terhibur,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi.

Tricky King
TX Date: 4 April 2009
Time: 8.30pm – 10.30pm
Eric Kot melakonkan watak Ohmygod yang telah kehilangan pekerjaan dan maruah kepada King of Tricks. Beliau kemudiannya bekerja dan menjadi anak didik kepada Supreme King of Tricks bersama dengan beberapa rakan yang lain. Mereka kemudiannya ditugaskan oleh Go Lumbus untuk memalukan kakak tirinya. Ohmygod pula jatuh cinta dengan Dkny (Anthena Chu) yang bekerja sebagai seorang jururawat. Filem ini penuh dengan adegan yang cukup melucukan!
Dibintangi oleh: Athena Chu, Sherming Yiu, Mark Lui, Eric Kot, Ann Lee, Wong Jing, Nat Chan 

Just Married
 TX Date: 11 April 2009
 Time: 8.30pm – 10.30pm
Pelakon popular Anita Yuen bergandingan dengan penyanyi popular Emil Chau dalam filem Just Married sebagai pasangan yang abru berkahwin. Filem komedi ini mengisahkan Kau Siu Suet (Anita Yuen) seorang eksekutif pemasaran yang bertemu dan akhirnya berkahwin dengan seorang jejaka yang baik hati bernama Kong Chi Wah (Emil Chau). Namun perkahwinan mereka mula dilanda masalah apabila Madam Kong (ibu Wah) yang dilakonkan oleh Lydia Sum datang ke rumah mereka dan sentiasa mencari salah Siu Suet.  Adakah Siu Suet berjaya menjadi seorang menantu yang baik di mata ibu mertuanya?
Dibintangi oleh: Lydia Shum, Anita Yuen, Emil Chow & Christine Ng.

Welcome to DongMakGol
TX Date: 18 April 2009
Time: 8.30pm – 10.30pm
Neil Smith seorag juruterbang tentera laut dari US telah ditimpa kecelakaan apabila kapal terbang yang dipandunya terhempas di Dongmakgol iaitu sebuah perkampuangan terpencil di Korea. Neil yang tercedera telah diselamatkan oleh penduduk di kampung tersebut. Tidak jauh dari kampung ini, perang telah tercetus antara Korea Utara dengan Korea Selatan dan askar dari utara Korea telah membunuh ramai penduduk. Namun hanya tiga orang askar dari Korea Utara yang terselamat iaitu Rhee Soo-hwa (Jeong Jae-yeong), Chang Young-hee (Lim Ha-ryong) dan Seo Taik-gi (Ryu Duk-hwan). Mereka telah dijumpai oleh seorang budak perempuan yang terencat akal bernama Yeo-il (Kang Hye-jeong). Yeo-il membawa askar-askar itu ke kampung beliau dan di sana mereka telah bertemu dengan dua orang askar dari Korea Selatan iaitu Pyo Hyun-chul (Shin Ha-kyun) dan Moon Sang-sang (Seo Jae-kyung). Penduduk kampung tidak tahu menahu yang mereka semua bermusuhan. Namun Dongmakgol telah berjaya merubah persepsi dan pendirian masing-masing dan mereka akhirnya menjadi rakan baik.
Dibintangi oleh: Shin Ha Kyun & Gang Hye Jung.

Final Romance
TX Date: 25 April 2009
Time: 8.30pm – 10.30pm
Ah Dik (Edison Chen) dan Jean (Amanda Strang) bertemu di Jepun untuk membawa abu mayat adik mereka yang merupakan pasangan kekasih untuk disemadikan. Ah Dik dan Jean akhirnya jatuh cinta namun hubungan mereka terganggu apabila bapa Jean membawanya pulang ke Hong Kong untuk dijodohkan degan seorang doktor. Ah Dik pulang ke Hong Kong untuk bertemu dengan Jean dan beliau mendapat tahu bahawa kematian adiknya bersangkut paut dengan bapa Jean. 
Dibintangi oleh: Edison Chen, Amanda Strang, Sam Lee & Simon Yam.

Tandakan kalendar anda dan jangan lupa untuk menyaksikan filem-filem menarik dari Asia ini secara PERCUMA setiap Sabtu jam 8.30 malam hanya di 8TV. Siaran 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 di Astro!

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amalan Tidak Sihat Ketika Memandu Di Jalan Raya

Show Orkestra Tradisional Malaysia di Istana Budaya