Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Filem Zombi Kampung Pisang – Komedi ala Mamat Khalid



Zombi Kampung Pisang Movie

Pada 3 April 2007 (Selasa), Sensasi Selebriti dijemput ke Malam Gala Filem Zombi Kampung Pisang di Golden Screen Cinemas Mid Valley. Terima kasih kepada Tayangan Unggul Sdn Bhd atas jemputan.

Berlangsung dalam majlis yang sederhana dengan dihadiri oleh para pelakon filem, krew produksi, penggiat seni perfileman, artis, selebriti, media wartawan dan penulis blog hiburan. Sebelum tayangan, hadirin sempat menjamah hidangan makan malam di Amarin Heavenly Thai Restaurant. Sedap dan lazat sekali menu juadahnya. Setelah perut kenyang, barulah dapat menonton filem arahan Mamat Khalid ini dengan lebih selesa.

Melihat kepada poster ‘gothic’ dan nama pelakon yang tertera, saya dah dapat meneka apa yang akan dipertontonkan. Di posternya ada Awie memegang obor api dikelilingi oleh mayat hidup. Ada sepasang tangan di hadapan mereka dalam suasana malam yang menyeramkan. Jelas menceritakan filem genre komedi seram ini mengisahkan tentang gelagat penduduk Kampung Pisang yang diserang hantu Zombi.

Nama-nama besar seperti Awie, AC Mizal, Zami Ismail, Nadia Mustafar, Soffi Jikan, Ezlynn dan Que Haidar pasti menjadi pertaruhan utama filem ini. Yang penting, filem ini bisa ‘memecahkan’ pawagam dengan ketawa penonton. Memang lawak habislah kan.

Sempat lagi tuh Zombi ni posing.

Sesiapa yang gemar dengan komedi ala Mamat Khalid yang sebelum ini pernah mengarah Lang Buana (2003), Rock (2005) dan Man Laksa (2006) pasti terpanggil untuk menonton filem ini. Bagi saya, filem ke-16 terbitan Tayangan Unggul ini menghiburkan dengan lawak-lawak yang ringan dan santai. Plot ceritanya senang difahami.

Tambah lagi, filem ini menggunakan garis masa yang selari (timeline) bermula dengan malam berakhir pada malam itu juga. Hanya sekali sekala penonton diberi imbas kembali tentang apa yang berlaku pada siangnya.

Tampil dengan unsur ‘spoof’. Menggunakan asap dan tata cahaya yang samar-samar untuk babak yang menggunakan ciri-ciri teknik filem jenis noir seperti mood, stail dan warna di dalam filem ini.

Sebuah lagu tema nyanyian Awie dan AC Mizal berjudul Zombifikasi (lirik ditulis oleh Mamat Khalid & ciptaan Shamril Salleh) turut berkumandang dalam filem ini.

Mesej tentang isu semasa seperti alam sekitar, vandalisme, mat rempit, gejala dadah dan budaya muzik rock turut diberi penekanan. Semangan patriotik juga diselitkan oleh Mamat Khalid dengan ada imej Tugu Negara dan nyanyian lagu negaraku. Mesej patriotik itu sampai walaupun disampaikan dengan humor. Lagi pun, sebelum tontonan bermula hadirin disuruh bangun untuk menyanyikan lagu Negaraku. Lama tak nyanyi lagu Negaraku dalam panggung, rasa ralat pulak. Dulu, masa menonton wayang di zaman persekolahan dulu memang wajib nyanyi lagu Negaraku dalam panggung Lido Kota Bharu. Aduhai, semua itu tinggal kenangan manis…

Yang kelakarnya, semua mesej ini diselit-selit dalam adegan-adegan yang sukar untuk kita duga. Agak sinis juga Mamat Khalid bercerita. Begitu juga dengan karakter-karakter yang dibentuk dalam setiap watak. Semuanya mewakili masyarakat Melayu kita.

Mamat Khalid juga sudah terkenal dengan semangat anak jati Peraknya. Apa taknya, hampir semua pengambaran filemnya dibuat di Perak. Termasuklah filem ini dibikin di Kuala Kangsar. Katanya, penggambaran dibuat sepanjang bulan puasa dan menelan belanja RM1.2 juta. Langkah menggunakan 100% loghat Perak sebagai medium jenaka adalah satu idea yang bijak. Lelucon yang bisa buat anda senak perut ketawa.

Satu lagi filem Mamat Khalid yang masih dalam pembikinan iaitu filem Kala Malam Bulan Mengambang. Katanya menggunakan warna hitam putih seperti filem lama. Mamat Khalid sempat mempromosi filem  Kala Malam Bulan Mengambang dalam filem Zombi Kampung Pisang.

Saya tidak mahu bercerita panjang lagi. Apa kata, anda ke pawagam untuk mengikuti kisah penduduk Kampung Pisang ini selanjutnya. Gelaklah sampai anda menangis!

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam mulai 19 April 2007.

TRIVIA:

1.  Zombi Kampung Pisang sebuah filem ‘spoof’ melayu sentuhan Mamat Khalid.

2.  Dari hero romantik bermotor besar, Awie bertukar ke hero berkain pelikat menunggang motor kapcai.

3.  Que Haidar  – Deris yang suka bercakap besar tapi penakut.

4.  Filem kedua Que Haidar di bawah arahan Mamat Khalid selepas ‘Rock’.

5.  Zombi Kampung Pisang menjalani penggambaran sepanjang bulan puasa, selepas solat terawih hingga ke pagi.

6.  Membabitkan  kira-kira 100 penduduk kampung sekitar Kuala Kangsar.

7.  Filem melayu pertama menampilkan rupa bentuk ‘Zombi’ versi melayu

8.  ‘Zombi’ beerti mayat hidup.

9.  Hakikatnya, hantu jenis ‘Zombi’ tidak dapat ditemui (tidak pernah wujud) di kalangan masyarakat melayu atau keseluruhan masyarakat Malaysia .

10.Lakonan Mak Mah @ Ruminah Sidek tetap ‘happening’; memberangsangkan walaupun beraksi sebagai ‘Zombi’.

11.Banyak unsur patriotik yang ditonjolkan secara tidak langsung di dalam filem Zombi Kampung Pisang.

12.Salah satu babak dalam Zombi Kampung Pisang:- Awie bercakap dengan kamera seperti aksi allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam beberapa buah filem seperti ‘Masam Masam Manis’ dan ‘Keluarga 69’.   

13. Perkataan ‘Dahsyat giler ..!’ yang dituturkan oleh Awie dalam loghat Perak, kedengaran amat melucukan dan pasti meninggalkan kesan pada penonton.

14. Awie memang berasal dari Perak.

kredit: Tayangan Unggul Sdn Bhd

Ezlynn

Ezlynn ditemubual.

Antara selebriti yang hadir

Tags: , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Teaser Filem Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit
  • Gambar Sekitar Pra Tonton Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Sensasi Selebriti Readers ToGether-Gather di TGV KLCC Sabtu Ini!
  • Zombi Kampung Pisang – Gimik, Komedi & Keseronokan
  • Filem Noir Hitam Putih Pertama 2007
  • Sinopsis Filem Zombi Kampung Pisang
  • Filem Apokalips Arahan Mamat Khalid
  • Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Shashi Tharan Pelakon Utama Filem Estet
  • Senarai Top 5 Pengarah Filem Terbaik & Barisan Juri FFM23



    • http://www.wenkt.com/blog wenkt

      rasany jgn pandang blkg lagi best dari zombi ni kot.. tapi tak sure ah..

    • http://izham-miyake.blogspot.com Izham

      jgn pdg blkg lg bst.. (tulis cecepat sebab takut hahahahaha)

    • IzzatroxZZZ

      rambut zombi tuh x stright la…… zombi tuh kena buat teknik rebonding ( sritka rambut )baru bley berlakon muahahahahaha…………………

    • http://- kilom

      sya rasa siok juga la 2 filem zombie….tapi kmu kenal c jemluk ka cute 2….. : )

    • http://- bulot

      kanapa kmu tidak try bt filem di sabah…macam d tagaroh ka,itulah kg saya..boleh muka saya keluar c.d…tukang ptong gatah….mau lawan c john samud ba

    • alien

      sy dh tgok cite ni, bestla.. tambah dgn lawak loghat kelantan q haidar n negori ac mizal, kelakar abis…… maaf menulis, walaupun cite ni bsaing dgn jgn pndg belakang(pun dh tgok) cite nie lg seronok ditonton, xla rsa rugi duit menontonnya.. hehe..

    • http://www.princesstopipink_696yahoo.com IeRa..

      best gler cite nie..klakar habiss..time zombi nak tangkap ac mizal tu klakar.ac nyanyi lagu negaraku..negaraku..tanah tumpahnya darahku….lan pet pet plak nyanyi lagu seroja.mari menyusur..seroja bunga serojaa..aarrrr………que haidar plak ckp bsr leh2 penakut..awie je ttp terer…dasyat giler…….korang smua tgkla cite nie..best..xrugi punyer.BAIK PUNYERRR…….
      (“,)HAHAHAHA

    • LaDy26

      KLu iKuTkN sYa cRiTa nI LG bEsH….sBb,kLAkAr gILLeR BeB!!!aPa-ApA PuN MaMaT KhaLiD Iz dA bEsT!KLu IkUtKaN WyG jGn pnDnG bLaKaNg 2 Tak sBeRaPa sERaMLaH!!!tP WyG NiE kLaKAR+sErAm!!!HaHaHa!KwAnG222………SyA sUka TyMe Ac NyAnYi LgU NeGArAkU….Q hAiDaR sLaLu cKp bEsAR tP PuNyALaH PnAkUt tYmE 2!AdA kE ZoMbI pKaI tUdUnG?pERcAyALAh SaYa!!!!HeHeHe…SaYa tAiP NiE KomEn pUn cPaT2 sBb nNt aDa PuLaK ZoMbI yG bCa yE?
      aPa-aPApUn sYa NaK UnDUr dIrI!

    • Bunga

      cerita zombi kampung pisang best gilerr….kelakar abisss…masa tengo wayang ni kat panggung (kk) semua penonton tak bole duduk diam..asyikk ketawa sahaja..SYABAS MAMAT KHALID…!!!!!

    • jamian

      otak….

    • azhar

      best wo….

    • http://azman205.multiply.com azmanidah

      My opinion. Cerita ni tak best. (Enough Said)

    • mida,nad & mira

      emmm…..komen cek kat c’ni,”ZOMBI-ZOMBI”ney x ensem cngat ar…bgilah yg ensem2 ckit brulah tringan nak ngoqhat…hehehehe….

    • peminat

      rs2nye citeni boleh mnjadi cite yg pling popular di slruh dnia………

    • pugeniswery

      memang best giler

    • pugeniswery

      lwk

    • naz

      cter nie best………….jgn pndg blkg pown best

    • http://BAGINDARASULALLAH BANYAK YANG BERNAMA BUDI

      SALAM:BAGINDA RASULALLAH:KALAU BAGINDA ABMNDYNQ RASULALLAH BERTANGGUNG JAWAB TERHADAP COMENTAR DAN ARTICLE KAMU TETAPI KAMU SENDIRI YANG TIDAK BISA MEMBEDAHKAN ANTARA HUKUM AGAMA DAN KEHINAAN TERHADAPMU DAN ANTARA HUKUM DUNIA HAQ AZASI YANG KAU KIRIMKAN KEDALAM MMS ATAU SMS MELALUI HUKUM AGAMA SEDANGKAN HUKUM AGAMA ADA LAKNATAN HINAHAN CERCAHAN JULUKAN DAN SEBAGAINYA.DAN NAMA BUDI ITU BANYAK TETAPI ADAKAH ANDA TAU = B= BANGINDA,U=UTUSAN,D=DIDIK,I=SAYA. KALAU DIRUJUK BANYAK ARTI NYA .CONTOH NYA . NAMA HURUF (R) BERAPA BANYAK YANG ADA DIDUNIA INI = HUKUM HARUS ADA DALAM SENARAI HUKUM HAQ YANG SHAH .KALAU MENJADIKAN POLITIK BUKAN DI TEMPAT KAMU HUJAH NAMA KARENA NAMA ADA HUKUMNYA HAQ MILIK YANG SHAH ANTARA DUNIA DAN AKHIRAT = PERUTUSAN AHLI HUKUM

    • http://facebook pplemint

      crita ni bkan seram pun.jangan tegur lagi serAM

    • http://Budiey.com razer666L

      saya suka babak dimana ac mizal kata,”hantu katik!!!!”,siap dengan rambut panjangnya berdiri tegak dan que haidar takut hingga tak boleh berdiri. saya ketawa dengan perut saya hampir nak pecah. hahahahahaha

    • http://25/february2011 nurleyana

      zombi namanya muhamad ashraff atau yap jadi zombi



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK