Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Filem Yasmin Ahmad Talentime Ditayangkan Semula



FILEM TERAKHIR YASMIN AHMAD DITAYANG SEMULA

Atas permintaan ramai, Primeworks Studios telah memutuskan untuk menayangkan semula filem terakhir Allahyarham Yasmin Ahmad, “Talentime”.

Primeworks Studios telah mendapat kerjasama daripada pengusaha-pengusaha pawagam untuk menayangkan filem berkenaan mulai 13 Ogos ini untuk tempoh yang terhad.

Primeworks Studios serta pengusaha-pengusaha pawagam bersetuju untuk masing-masing menyumbangkan RM1 bagi setiap tiket yang dijual untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan. Selain itu, mereka berharap dapat memberikan peluang kepada peminat-peminat Yasmin yang telah terlepas peluang untuk menonton filem itu di pawagam Mac lepas.

“Yasmin Ahmad adalah ikon industri filem negara kita yang akan dirindui, dan kami ingin mengingati sumbangan beliau kepada industri ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato’ Sri Farid Ridzuan. “Kami juga berharap mereka yang pernah menonton filem ini akan menontonnya sekali lagi bersama kami untuk menghargai sumbangan Yasmin Ahmad, sambil membantu mereka yang kurang bernasib baik.”

Talentime menceritakan kisah beberapa pelajar dan guru yang menganjurkan pertandingan mencungkil bakat di sekolah. Sepanjang sesi latihan, mereka mengharungi pelbagai cabaran dan berdepan dengan soalan-soalan mengenai kepercayaan, perkauman, percintaan dan kehidupan.

Talentime akan ditayangkan di pawagam-pawagam berikut di seluruh negara termasuk:

GSC Cinemas di Midvalley Megamall (KL), Queensbay Mall (Penang), Sunway Carnival (Prai), Dataran Pahlawan (Melaka), Alamanda (Putrajaya);

TGV Cinema di KLCC (KL), Bukit Tinggi (Klang), Bukit Raja (Klang), Tebrau City (Johor), Cheras Selatan (KL), 1Utama (Petaling Jaya);

MBO Cinemas di Ampang (Selangor), Batu Pahat Mall (Johor), MBO Kluang (Johor), MBO Skudai (Johor)

Independent Cinemas di Growball (Kota Kinabalu) and The Mall (Brunei).

Big Cinemas / Lotus 5 Star in Taiping (Perak), Teruntum (Kuantan), Riverside (Kuching), Alor Setar (Kedah)

Filem Talentime telah membawa Allahyarham Yasmin Ahmad menggondol Anugerah Pengarah Terbaik di FFM22 yang telah berlangsung diUniversiti Malaysia Sabah Chancellor Hall, Kota Kinabalu, Sabah~! Tahniah~!

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Keputusan Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-22
  • TALENTIME TIME TO SHOW OFF YOUR TALENTS
  • Keadaan Kesihatan Yasmin Ahmad Bertambah Buruk
  • Tawaran Hebat di Tonton Premium Sempene Merdeka
  • Jaclyn Victor Menang Anugerah Pelakon Harapan Wanita di FFM22
  • Sekitar Pra Tonton Filem Talentime Arahan Yasmin Ahmad
  • Majalah 3 Paparkan Pewarisan Yasmin Ahmad Ahad Ini
  • Filem Mukhsin Menang Pingat Perak di Netpac Festival Di Jogjayarta
  • Sinopsis Filem Talentime Arahan Yasmin Ahmad
  • Yasmin Tak Sempat Lihat Filem Terakhirnya, Go, Thaddeus



    • i hate our living film maker.

      yes i’m looking forward to go the cinema. i love yasmin ahmad now n forever. rip~

    • i hate our living filmmaker.

      nothing compares to u dear yasmin ahmad.. says who can? ahmad idham?pierre?shamsul yusuf? arghh u guys are just making a lot of mess. learn from the best from p.ramlee n yasmin ahmad such a great filmmakers indeed. please aflin shauki, khabir batia, yuhang, farid kamil n zarina abdullah….come out with a brilliant ideas for our own industries. peace out.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK