in ,

Filem Valkyrie Lakonan Tom Cruise Di TV2

Tema Perjuangan dan Cintakan Negara Dalam Filem Valkyrie Lakonan Tom Cruise Di TV2

Masih lagi dalam bulan kemerdekaan sebelum menjelangnya Hari Malaysia yang disambut 16 September depan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan tayangan filem Inggeris hebat, Valkyrie yang mengangkat tema perjuangan bagi menghindarkan negara dari diancam pihak tidak bertanggungjawab.

Disiarkan pada 14 September 2012, jam 10.00 malam menerusi TV2, filem Valkyrie diterbitkan tahun 2008 di Amerika merupakan filem thriller set sejarah di Nazi Jerman semasa Perang Dunia II. Filem ini menggambarkan plot berlaku pada tahun 1944 oleh pegawai-pegawai tentera Jerman untuk membunuh Adolf Hitler dengan menggunakan pelan kecemasan Operasi Valkyrie Kebangsaan untuk mengambil alih kawalan negara.

Valkyrie arahan Bryan Singer menampilkan bintang filem Tom Cruise memegang watak utama sebagai Kolonel Claus von Stauffenberg, salah satu komplot utama dalam filem ini. Dia turut bergandingan dengan pelakon Kenneth Branagh, Bill Nighy, Eddie Izzard, Terence Setem dan Tom Wilkinson.

Menerusi filem Valkyrie, Tom ‘menghidupkan’ watak Oberst Graf Claus von Stauffenberg-Schenk yang terkenal karena usaha pembunuhannya yang gagal terhadap Hitler. Seperti filem Hollywood lain, Nazi selalu digambarkan sebagai pihak yang ‘jahat’ segala-galanya serta tidak layak untuk hidup.

Filem ini mengangkat cerita murni kisah kepahlawanan dari orang-orang terhormat Jerman yang berusaha menghindarkan negaranya dari kehancuran. Plot kisahnya menjadi semakin menarik dan makin tegang seiring dengan menjelangnya tarikh 20 Julai 1944 yang dirancangkan sebagai waktu yang tepat untuk pembunuhan Hitler.

Valkyrie adalah sebuah filem thriller yang menggambarkan usaha perlawanan dan kepahlawanan kolonel Claus Schenk von Stauffenberg di Perang Dunia II. Filem ini pastinya akan terus dikenang dalam usahanya mengingatkan dunia bahawa terdapat usaha penentangan yang serius terhadap rezim Nazi.

Ini bukanlah filem perang sebaliknya thriller yang mengambil latar berlaku pada masa berlaku peperangan. Filem ini bercerita tentang misi rahsia, plot, konflik kesetiaan, kehormatan seorang prajurit, patriotisme, moral dan juga akibat menolak Hitler.

Tempat-tempat bersejarah yang menjadi lokasi utama pembuatan filem ini antaranya Tempelhof International Airport Columbia Haus (bekas penjara Nazi), beberapa rumah pribadi di Berlin yang digunakan oleh para konspirator untuk menyembunyikan senjata dan bahan peledak, dan terutama, Bendlerblock Memorial di dalam kompleks Kementerian Pertahanan di Berlin (lokasi Stauffenberg dan kawan-kawannya).

Menariknya pada bulan November 2007, Tom Cruise mendapat anugerah dari perusahaan media Hubert Burda di Jerman, karena ‘telah mengangkat cerita yang tak pernah diekspos di Hollywood sebelumnya’ kepada umum.

Semarakkan rasa kecintaan anda terhadap negara dengan melaungkan masa menyaksikan filem ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kain Batik Kain Pua Selongkar Dilema Wanita Mualaf

Filem Hantu Kapcai Lakonan Zizan Razak