in

Filem TIME BOMB, 14 HOURS, CONFINED di 8TV

POPCORN AND WEDNESDAY
TAHUN BARU INI, 8TV AKAN MENYIARKAN FILEM YANG ANDA MAHU DAN LEBIH LAGI!

Sempena tahun baru ini, 8TV membawakan anda barisan filem terbaru untuk menaikkan bunyi “POP” dalam Popcorn and Wednesdays! Pernahkah anda merasai apakah perasaannya melihat bencana alam secara dekat dan peribadi? Di dalam rancangan 14 Hours anda pasti akan merasainya!

Pekerja-pekerja di sebuah hospital harus merisikokan diri mereka bukan sahaja untuk menyelamatkan diri mereka sahaja, malah mereka perlu menyelamatkan pesakit-pesakit sekali!

Dengan terdapatnya banjir, angin kencang dan banyak lagi, ia adalah perlumbaan untuk hidup dalam wayang penuh aksi ini! Rasailah kehidupan penuh misteri apabila seorang ejen FBI perlu menyamar untuk menyertai kumpulan mafia yang paling bahaya di Bad Apple.

Di dalam wayang psikologikal thriller Confined, seorang jiran disukai ramai yang mempunyai rahsia gelap mengancam kehidupan Victoria Peyton, sementara Department of Homeland Security perlu menggunakan segala sumber yang mereka ada untuk memberhentikan sebuah bom di Time Bomb! Semua rancangan ini dan banyak lagi pada bulan Januari hanya di 8TV!

image003

TIME BOMB
TX TARIKH: 5 JANUARI 2011
TX MASA: 10.00 MALAM

Sebutir bom , sebuah stadium dan 65,000 orang! Semuanya gabungan sempurna untuk bencana! Department of Homeland Security, Ejen Mike Bookman harus berlumba dengan masa untuk memberhentikan sebutir bom berdetik dari membunuh semua orang yang berkumpul di stadium!
Dalam perjalanan untuk bertemu dengan keluarganya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Washington Memorial, Ejen Bookman menerima panggilan dari pihak atasan tentang ancaman bom. Penonton-penonton yang menyaksikan perlawanan di bar telah diikatkan dengan bom-bom!. Bom pertama merupakan sekadar peringatan untuk apa yang akan terjadi di masa akan datang…
Disimpan di dalam stadium adalah set bahan letupan yang sedia untuk menyebabkan tragedi besar kepada ribuan penonton di stadium. Selepas memberi amaran kepada keluarganya untuk melarikan diri dari stadium, Ejen Bookman mendapati bahawa pengganas telah menjadikan keluarganya sebagai tebusan. Dengan setiap saat berdetik, Bookman harus mencari jalan untuk menyelamatkan keluarganya serta 65,000 orang yang lain. Dengan saat-saat yang mencemaskan, Time Bomb pastinya akan mendebarkan jantung anda semasa menonton filem ini!

image005

14 HOURS
TX TARIKH: 12 JANUARI 2011
TX MASA: 10.00 MALAM

Jika anda mempunyai 14 jam sahaja untuk hidup, apakah yang akan anda lakukan? Meluangkan masa dengan orang yang tersayang? Membuat semua benda yang selalu anda ingin lakukan, tetapi pernah sempat untuk itu? Bagi pekerja-pekerja hospital yang berani ini, ianya adalah perlumbaan mengejar masa setelah salah satu ribut taufan yang terburuk telah melanda di bandar Houston, Texas. Menghadapi bencana alam, hero-hero tersebut harus melakukan apa sahaja untuk memastikan keselamatan pesakit-pesakit.
Berdasarkan kisah benar, cerita penuh aksi ini menguji tahap kapasiti manusia. Bagi semua pesakit-pesakit yang terperangkap di hospital, ianya merupakan situasi antara hidup dan mati. Harapan mereka adalah doktor dan jururawat, sementara bertempur dengan ribut taufan merbahaya itu, harus memastikan pesakit-pesakit dan mereka sendiri terus hidup.
Dengan tenaga kecemasan telah digunakan sampai ke tahap batasan, 14 jam berikutnya merupakan masa yang tergenting mereka akan hadapi! Dibintangi oleh JoBeth Williams, Rick Schroder dan Kris Kristofferson, lihatlah bagaimana usaha untuk terus hidup dalam menghadapi ribut taufan yang membunuh! Saksikanlah bencana alam yang menakjubkan dan naluri yang timbul semasa anda berjuang untuk kehidupan anda!

CONFINED
TX TARIKH: 19 JANUARI 2011
TX MASA: 10.00 MALAM

Kita semua telah diajar untuk berhati-hati dan berwaspada dengan orang di sekeliling kita. Suka atau tidak, Kita akan mencurigai seseorang yang menaiki motorsikal, orang yang berjalan melalui lorong atau orang yang tampaknya seperti mengikut kami tetapi sebenarnya hanya berjalan di dalam arah yang sama. Siapa tahu samada orang yang tidak dikenali ini datang untuk mendapatkan anda? Siapa tahu apa yang tersirat di sebalik senyuman mereka? Tetapi apakah yang terjadi jikalau kesemua itu datangnya dari jiran anda yang paling dihormati dan disayangi di kawasan perjiranan anda?
Untuk Victoria Peyton, mimpi ngerinya menjadi benar apabila suatu hari dia telah melihat perkataan “HELP” tertulis pada tingkap bawah tanah jirannya Fritz. Dengan perasaan curiga untuk mengetahui apa yang berlaku, Victoria telah menyiasat dan mendapati anak lelaki dan anak perempuannya telah hilang. Victoria yakin bahawa jirannya itu menyembunyikan sesuatu tetapi tiada siapa yang mempercayainya; polis, jiran, malah suaminya sendiri! Victoria hanya boleh membuktikan kebenaran itu dengan merisikokan keselamatan dirinya. Cengkamkan diri anda sementara thrilleri misteri ini akan dibongkarkan!

BAD APPLE
TX TARIKH: 26 JANUARI 2011
TX MASA: 10.00 MALAM

Pernahkah anda membayangkan diri anda sebagai seorang ejen FBI? Filem ini adalah untuk mereka yang mempunyai minat dalam dunia membanteras jenayah! Chris Noth memainkan watak peranan sebagai Mike Tozzi, seorang ejen FBI yang menyamar untuk menyusup ke dalam dunia mafia yang bahaya! Berdasarkan pada novel Anthony Bruno, Tozzi dan rakannya Cuthbert Gibbons di bawah ke dunia bawah tanah Mafia.

Terjebak dalam rangkaian penuh penipuan dan muslihat, keadaan menjadi huru-hara apabila Tozzi terjatuh hati kepada adik perempuan penyampai maklumatnya! pencintaan bernasib buruk ini menyebabkan ejen-ejen FBI dan mafia berperang antara satu sama lain! Filem komedi penuh aksi ini pasti akan menyebabkan anda tidak mahu meninggalkan tempat duduk dan menginginkan lebih lagi! Mafia atau FBI? Siapa yang akan menang akhirnya? Tontonilah untuk mendapat tahu hanya di 8TV!

“ Pada tahun baru ini, kami akan memastikan malam Rabu anda tidak seperti biasa! Kami telah menyediakan barisan rancangan yang tidak kurang dari luar biasa,” kata Ms. Lam Swee Kim, General Manager 8TV. Kim menambah,” Kesemua rancangan telah dipilih secara teliti untuk menyediakan gabungan cinta, aksi dan komedi yang memastikan anda terpaku di skrin!”

Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di lama sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Dilantik Sebagai Hos Penyiar Le Tour De Langkawi 2011

Gelak Habis Tonton Filem HOMECOMING