in

Filem The Sentinel Lakonan Michael Douglas & Eva Langoria

DALANG PENYIASATAN DALAM THE SENTINEL MENGISI SLOT CINEMA ON 2 : 16 JULAI INI

TV2 sentiasa membawakan peminat filem dengan tayangan filem-filem menarik sepanjang tahun untuk tontonan pelbagai golongan masyarakat. Minggu ini Friday Nite Live kembali dengan sebuah filem aksi berjudul The Sentinel pada 16 Julai 2010 (Jumaat), jam 12.00 malam di TV2.

The Sentinel lakonan bintang filem popular Michael Douglas bersama pelakon wanita Eva Longoria Parker serta Kiefer Sutherland, Kim Basinger dan beberapa nama popular lain mengisahkan tentang seorang Lagenda pejuang USA iaitu Pete Garrison, yang merupakan veteran ejen perisik Amerika yang berpengalaman menyelamatkan Presiden Ronald Reagan daripada terkena tembakan dua puluh tahun lalu.

Dengan tugasan baru sebagai pengawal peribadi kepada Ballentine yang merupakan Presiden Amerika Syarikat dan isterinya Sarah Ballentine, Pete Garrison mempunyai segala maklumat mengenai Ballentine.

Akibat terlalu rapat dengan Isteri Presiden, Pete kemudian menjalinkan hubungan cinta bersama Sarah Ballentine. Kemunculan rakan sekerja iaitu Charlie Merriweather dalam cubaan mendapatkan maklumat rahsia kerajaan, Charlie kemudian terbunuh dalam satu pembunuhan yang dirancang. Pete menjangkakan pembunuhan itu dirancang oleh rakan sepasukan.

Justeru, kejadian pembunuhan itu mewujudkan tanda tanya dalam pasukan perisik siapa sebenarnya dalang kepada pembunuhan Charlie. David Breckindridge yang bertindak selaku penyiasat kepada kes pembunuhan itu menjangkakan berlaku pengkhianatan dalam pasukan.

Beliau kemudiannya cuba mengesan ‘musuh dalam selimut’ itu melalui kaedah penyiasatan mesin poligraf. Pete Garrison mengelak kerana bimbang akan kesan hubungannya dengan Sarah dari diketahui pihak penyiasat.

Bagi mengelakkan dari diketahui umum, Pete terus menyiasat kejadian tersebut demi menyelamat nyawa Presiden dan kekasih gelapnya Sarah dari terancam. dan siapa dalang disebaliknya hanya akan diketahui di penghujung filem The Sentinel.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sahronizam & Badrul Muhayat Bintangi Drama Fitrah Wanita

Carton Network Club