in

Filem The Bride With White Hair di TV2

Filem The Bride With White Hair dan The Bride With White Hair 2 Di TV2

Slot yang menyiarkan filem-filem kantonis hebat, Golden Dragon setiap Khamis, jam 10.00 malam di TV2 berkongsi dua sekuel filem klasik antara aksi pertarungan dan cinta bertajuk The Bride With White Hair dan diikuti kemudiannya oleh The Bride With White Hair 2.

Filem The Bride With White Hair (14 Jun 2012) tahun 1993 yang watak utamanya dibintangi oleh Briggette Lin dan Leslie Cheung ini berkongsi kisah Zhuo Yi-Hang seorang pendekar pedang yang mula bosan dengan cara hidupnya. Dia adalah individu yang begitu diyakini untuk menggantikan tuannya, Tzu Yang sebagai pemimpin dalam puak mereka. Pertemuannya dengan gadis cantik bernama Lien yang juga seorang pendekar telah berjaya merubah segalanya. Lien sebenarnya adalah pembunuh upahan bagi puak yang menjadi musuh ketat kepada puak Yi-Hang. Puak yang disertai oleh Lien diketuai oleh ahli sihir kembar yang jahat dikenali sebagai Ji Wushuang.

Kedua-duanya menjalinkan hubungan cinta dan berjanji untuk setia selamanya. Begitu pun pada masa yang sama Ji Wushuang turut menyukai Lien dan Lien telah dihantar untuk menjadi pengintip puak Yi-Hang. Apabila puak Yi-Hang diserang, dia mula tidak mempercayai kekasihnya, Lien. Dia beranggapan Lien bertanggungjawab membunuh tuannya dan ketika itulah timbul rasa menyesal kerana menjalin hubungan dengan Lien.

Menyusul kemudiannya sekual filem The Bride With White Hair 2 (21 Jun 2012) popular tahun 1994, di mana 10 tahun kemudiannya Yi-Hang telah berada di dalam Gunung Salji Shin Fung menunggu untuk bunga yang jarang diperolehi untuk mekar bagi mengubati isterinya. Secara perlahan-lahan dia membunuh semua anggota Lapan puak Big. Ketika itu rambut Yi-Hang telah bertukar putih rambut dan menyebabkannya menjadi tidak waras.

Anak saudara Yi-Hang, Kit telah berkahwin dengan Lyre setelah keduanya dilamun cinta. Pada malam perkahwinan mereka, Ni-Chang, pengantin perempuan dengan rambut putih telah menculik Lyre dan melarikannya.

Ketika itu juga Kit cuba untuk memimpin sebuah parti penyelamat tetapi terpaksa berdepan dengan pihak lawan yang menggerunkan. Adakah Yi-Hang datang dalam masa yang tepat masa bunga mekar untuk melembutkan hati Ni-Chang?

Saksikan filem lakonan Sunny Chan, Joey Meng, Christy Chung, Brigette Lin dan Leslie Cheung ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mesyuarat Tahunan Persatuan Seniman Tidak Sah?

Bkay Nair Brings Out Your Inner Starlet