in

Filem Surviving Christmas di TV2

KEMERIAHAN AMBANG HARI NATAL DALAM SUNDAY NITE MOVIE ON 2: SURVIVING CHRISTMAS DI TV2

Setiap tahun penduduk rakyat Malaysia yang beragama Kristian akan menyambut perayaan Hari Natal pada 25 Disember. Sambutan ini merupakan salah satu sambutan yang meriah selain Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Hari Natal yang juga dipanggil sebagai Hari Krismas diraikan oleh penganut Kristian dengan saling bertukar-tukar hadiah sesama mereka serta meluangkan masa terluang dengan seisi keluarga.

Tentu ramai telah merancang pelbagai aktiviti bagi menyambut sambutan Hari Natal. Oleh itu, Radio Televsion Malaysia (RTM) menyusun rancangan menarik untuk tatapan penonton sempena ambang Hari Natal dengan tayangan filem berbahasa Inggeris dalam slot Friday Nite Movie On 2 iaitu Surviving Christmas pada 24 Disember 2010 (Jumaat), jam 12.00 Tengah Hari di saluran TV2, Dunia Ria.

49f79d68252c2CRISTMAS SERVIVING

Bagi sesiapa yang mengenali aktor tampan Ben Affleck, filem Surviving Christmas merupakan lakonan komedi yang dibawakan secara bersahaja. Mengisahkan Drew Latham yang dilakonkan oleh Ben Affleck adalah seorang jejaka mewah yang tinggal bersendirian dan tidak mempunyai tempat untuk meraikan sambutan Hari Natal. Dia sering menjadikan hari perayaan itu sebagai waktu untuk melancong ke negara-negara lain atau berehat sahaja di rumah.

Bertentangan dengan kemahuan teman wanitanya yang mahukan suasana Krismas disambut dengan seisi keluarga di rumah berbanding mengikut Drew melancong ke Fiji. Kejadian ini telah menyebabkan mereka berdua sering berbalah kerana tidak sependapat. Akhirnya, Drew ditinggalkan kekasih hati kerana menganggap lelaki itu tidak mahu sesuatu yang indah seperti meraikan hari Natal dengan keluarga.

Drew dapati dirinya kesunyian setelah kehilangan teman wanita yang amat disayanginya. Dia membatalkan pelancongan ke Fiji dan ingin meraikan sambutan hari Krismas yang jarang dilaluinya. Namun, satu masalah melanda Drew apabila dia tidak tahu tempat yang sesuai untuk menyambut Krismas. Memilih kawasan tempat tinggal Drew ketika kecil, dia mengambil peluang untuk melawat kembali kawasan lama itu kerana banyak kenangan manis tersimpan.

Sebaik sampai, dia mendapati rumah lamanya telah diduduki oleh penghuni baru iaitu keluarga Valco. Ketua keluarga itu, Tom Valco berasa curiga di atas kehadiran seorang lelaki yang menghampiri kawasan rumahnya lalu memukulnya. Drew menceritakan perkara sebenar mengapa dia hadir ke rumah Tom. Demi mencapai hajat dirinya, Drew menawarkan sejumlah besar amaun wang kepada keluarga Valco semata-mata untuk merasa kemeriahan Krismas seperti yang pernah dilaluinya ketika di usia kanak-kanak.

Siapa yang tidak akan tertarik dengan jumlah wang yang sebanyak suku juta itu? Hanya dengan memberi peluang Drew untuk bergembira dengan keluarga Valco, nilai itu memang tidak dijangka. Drew boleh mendapat peluang memotong pokok Krismas, membuka kotak hadiah malah dapat meraikan sambutan hari Natal bersama keluarga ’angkatnya’.

Tidak semua ahli keluarga Valco bersetuju dengan tawaran Drew yang boleh dianggap mewah itu. Plot filem Surviving Christmas semakin menarik apabila Alicia, watak anak perempuan Valco oleh pelakon wanita berbakat besar Christina Applegate, pulang ke rumah keluarganya untuk menyambut hari Natal menolak kehadiran Drew yang disifatkan sebagai kebudak-budakan.

Drew menjadikan Alicia sebagai pembantu rumah sebagai syarat yang dia boleh melakukan apa sahaja setelah tawaran bernilai tinggi itu diterima oleh Tom Valco demi meraikan sambutan Krismas yang diidamkannya. Mampukah Alicia bertahan dengan karenah Drew? Bagaimana keluarga Valco mampu menerapkan nilai-nilai kekeluargaan kepada Drew? Ceriakan sambutan hari Natal anda bersama filem Surviving Christmas dalam slot Friday Nite Movie On 2 pada 24 Disember 2010 hari Jumaat jam 12.00 Tengah Hari di saluran TV2, Dunia Ria.

49f79f43f28f1New PiCRISTMAS SERVIVING66cture (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Menarik di Popcorn & Wednesday 8TV

Deborah Henry as Austin Chase Coffee Brand Ambassador