in

Filem SUAMI AKU USTAZ Adaptasi Novel Terlaris

Karya Seni Production mempersembahkan sebuah filem adaptasi novel terlaris karya novelis Hannah Dhaniyah berjudul Suami Aku Ustaz yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei bermula 14 Mei 2015. Filem sulung terbitan Karya Seni Production diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar bersama Adi Putra menampilkan barisan pelakon popular seperti Nora Danish, Adi Putra, Izzue Islam, Jue Aziz dan Betty Rahmad.

Buat julung-julung kalinya novel adaptasi terbitan Karya Seni diterbitkan sepenuhnya oleh Karya Seni menerusi syarikat produksinya sendiri iaitu Karya Seni Production. Sebelum ini banyak novel terbitan Karya Seni telah diadaptasi ke drama bersiri dan filem berjaya mendapat sambutan hebat sehingga mencapai rating tertinggi yang diterbitkan oleh syarikat produksi lain. Antara novel-novel tersebut ialah Love You Mr. Arrogant, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Teman Lelaki Upahan, Suamiku, En. Perfect 10!, Hati Perempuan dan banyak lagi.

Filem SUAMI AKU USTAZ

Penerbit filem Suami Aku Ustaz, Dato’ Wan Mohd Muzri Ramli berkata novel dan filem Suami Aku Ustaz ini penuh dengan ilmu dan pengajaran. Sambutan terhadap novel begitu hebat sehinggakan karya novelis Hannah Dhaniyah ini telah 14 kali dicetak dan melebihi 150,000 naskhah.

“Sebagai penerbit, saya berharap agar penonton bukan sekadar terhibur, tapi dapat mengutip ilmu dan pengajaran yang cuba disampaikan menerusi filem ini. Semoga Suami Aku Ustaz akan menjadi pemangkin untuk banyak lagi filem sebegini diterbitkan. Kami sangat berpuas hati dengan hasil keseluruhan filem ini ditambah pula dengan lakonan mantap para pelakon yang dipilih untuk menjayakan filem ini.”

Suami Aku Ustaz mengisahkan Alisa (Nora Danish) dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah. Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam). Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.

Filem bergenre romantik ini menelan belanja kos produksi sekitar RM2 juta termasuk pembikinan dua muzik video bagi lagu tema yang dinyanyikan oleh Adi Putra bersama Zizan Razak berjudul Ustazku Rajaku dan Cintaku Kernamu nyanyian Adi Putra berduet bersama Betty Rahmad. Kedua-dua lagu tema tersebut ciptaan Faiz Alberto. Filem edaran Alternate Pictures ini bakal ditayangkan sekitar 70 buah pawagam Malaysia dan Brunei.

Filem Suami Aku Ustaz

Tarikh tayangan : 14 Mei 2015
Bahasa : Bahasa Malaysia
Genre : Cinta, Drama
Durasi : 94 minit
Klasifikasi : P13
Pelakon : Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam, Betty Rahmad, Jue Aziz, Liza Abdullah,
Razak Ahmad, Norman Hakim & Kamaliah Mat Don
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Pengarah Bersama : Adi Putra
Penerbit : Dato’ Wan Mohd Muzri (DM)
Datin Nur Syafira
Penerbit Eksekutif : Wan Mohd Ariff
Penerbit Penyelaras : Adi Putra (ADP)
: Hairi Zakaria (Maxiworks Solution)
Idea Asal & Penulis Skrip : Hannah Dhaniyah
Olahan Skrip & Lakon Layar : Adi Putra, Ghaz Abu Bakar, Fadzil Zahari & Helmi Jamil
Syarikat Penerbit : Karya Seni Production Sdn. Bhd
Syarikat Pengedar : Alternate Pictures Sdn. Bhd

Official Trailer : https://youtu.be/i0eVvSa8LRA
Official Facebook : www.facebook.com/FilemSuamiAkuUstaz
Twitter : Hastag #SuamiAkuUstaz

Filem SUAMI AKU USTAZ

Sinopsis Suami Aku Ustaz :

Alisa (Nora Danish) dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah.

Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam). Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.

Apa terjadi setelah rahsia status Alisa dengan Ustaz Hafiz terbongkar? Akan wujudkah cinta Alisa buat suaminya dan bertahankankah jodoh mereka berdua? Saksikan kesudahannya dalam Suami Aku Ustaz, filem adaptasi novel terlaris di pawagam bermula 14 Mei 2015!

Senarai Barisan Pelakon Filem Suami Aku Ustaz
Adi Putra sebagai Ustaz Hafiz
Nora Danish sebagai Alisa
Izzue Islam sebagai Johan
Betty Rahmad sebagai Wati
Jue Aziz sebagai Cikgu Liana
Liza Abdullah sebagai Mak Alisa
Razak Ahmad sebagai Ayah Alisa
Kamaliah Mat Don sebagai Umi Ustaz Hafiz

Penampilan khas
Norman Hakim sebagai Pegawai Polis

Filem SUAMI AKU USTAZ

Filem SUAMI AKU USTAZ

Filem SUAMI AKU USTAZ

Filem SUAMI AKU USTAZ

Filem SUAMI AKU USTAZ

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hatta Dolmat Lancarkan Kempen Koleksi Terbaru Ready-To-Wear

Telemovie Misi Adria Lakonan Nadiya Nisaa