in

Filem Spy Kids & 102 Dalmations Hiburan Cuti Sekolah

Hiburan Cuti Sekolah : Filem Spy Kids dan 102 Dalmations Isi Slot Saturday Matinee Di TV2

Menampilkan plot dan jalan cerita bercirikan kisah kanak-kanak selain menerapkan nilai kekeluargaan dan pengajaran, RTM berkongsi cuti sekolah dengan penonton setianya dua filem menarik, Spy Kids (02 Jun 2012) dan 102 Dalmations (09 Jun 2012) mengisi slot Saturday Matinee, setiap Sabtu, jam 2.00 petang di TV2.

Filem 102 Dalmatians di TV2

Spy Kids arahan Robert Rodriguez bermula dengan mengetengahkan watak Rebecca (Rowan Blanchard) dan Cecil (Mason Cook) yang tidak dapat menerima kehadiran mak tiri baru mereka, Marissa (Jessica Alba) yang berkahwin dengan penyiasat, Wilbur Wilson (Joel McHale). Tanpa pengetahuan keluarganya, Marissa adalah ejen bersara OSS – Organization of Super Spies, agensi perisikan terkemuka dan bekas ibu pejabat Spy Kids dulu yang sudah ditamatkan.

Apabila dunia diancam oleh penjahat yang memanipulasikan masa bergelar ‘The Timekeeper’, Marissa perlu menyerahkan rantai berbatu nilam merah yang telah diberikan kepada Rebecca kepada OSS untuk menghalang manipulasi masa. Pengikut ‘The Timekeeper’ berjaya menjejak rantai tersebut ke rumah Marissa menyebabkan nyawa Rebecca dan Cecil terancam. Mereka berdua perlu menggunakan kebijaksanaan dan kenakalan untuk menewaskan penjahat dengan bantuan gajet dan anjing diberi nama Argonaut.

Menyusul kemudiannya filem diarahkan oleh Kelvin Lima yang sebelum ini muncul dengan dua filem animasi A Goofy Movie dan Tarzan. Filem 102 Dalmations yang meletakkan watak utama Glenn Close ini adalah sekuel kepada filem 101 Dalmations (1996). Ia diadaptasi daripada kisah klasik haiwan kesayangan di mana plot kisahnya berlaku selepas tiga tahun dipenjarakan, Cruella De Vil (Glenn Close) dikenakan hukuman memberikan khidmat sosial kepada masyarakat dan berjanji tidak akan terlibat lagi dengan bulu haiwan terutama melibatkan bulu anjing.

Sementara itu, Kevin (Ioan Gruffudd) mengendalikan tempat pelindungan haiwan namun ketika itu dia berdepan situasi sukar melainkan jika dia mampu untuk mencari sokongan kewangan baru. Begitu juga sekiranya anjing-anjing yang dipeliharanya memiliki tempat perlindungan yang baru. Kevin dan teman wanita Chloe (Alice Evans), pegawai yang menjatuhkan hukuman kepada Cruella kemudiannya mendapat idea berkongsi masalah mereka dengan masyarakat melalui pihak media. Tetapi laporan media lebih menjurus terhadap masalah tempat tinggal Cruella.

Sementara itu Puan De Vil pula cuba menarik perhatian tentang tempat perlindungan itu yang menempatkan sejumlah besar Dalmatians. Dia kemudiannya bersubahat dengan pereka fesyen gila bernama Monsieur Le Pelt (Depardieu Gérard), merancang untuk menjadikan bulu anak anjing menjadi busana yang anggun. Namun adakah perancangan mereka kesampaian?

Saksikan dua filem menghiburkan cuti sekolah ini hanya di TV2.

Filem Spy Kids

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Juara Super Spontan Musim Pertama

Sekitar Perasmian Power Rangers Samurai Di Sungei Wang Plaza