in ,

Filem Siri Harry Potter Sepanjang Julai di TV2

Filem-Filem Siri Harry Potter Sepanjang Julai Ini Setiap Jumaat, Jam 10.00 Malam Di TV2

Bagi yang mengikuti siri filem Harry Potter, anda akan dapat melihat barisan pelakonnya; Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson (Harry, Ron dan Hermione), membesar di depan mata kita daripada filem pertama mereka sehinggalah sekuel terakhir filem itu yang pernah ditayangkan di seluruh dunia.

Banyak perubahan sejak filem Harry Potter : Harry Potter & The Sorcerer’s Stone (2001) hingga Harry Potter & The Goblet of Fire di mana pelakon utama siri fiksi kegilaan kanak-kanak, remaja dan seisi keluarga ini melalui momen transformasi menjadi dewasa.

Setelah siri pertamanya Harry Potter : Harry Potter & The Sorcerer’s Stone menemui penonton saluran TV2 pada 6 Julai lalu, RTM menjanjikan tayangan tiga sekual filem hebat ini iaitu Harry Potter & The Chamber of Secrets (13 Julai 2012), Harry Potter & The Prisoner of Azkaban (20 Julai 2012) dan Harry Potter & The Goblet of Fire (21 Julai 2012), setiap Jumaat, jam 10.00 malam mengisi slot English Blockbuster di TV2.

Kesinambungan menerusi Harry Potter & The Chamber of Secrets (2002) mengisahkan watak Harry berkembang apabila dia mengabaikan amaran tidak untuk kembali ke Hogwarts dan dia berusaha untuk mencari sekolah yang dibelenggu oleh satu siri serangan misteri dan suara yang aneh menghantuinya.

Plot Harry Potter & The Prisoner of Azkaban (2004) pula berkongsi kisah seorang penjenayah misteri, Sirius Black, telah melarikan diri dari penjara Azkaban dan berada di Hogwarts yang memaksa dementor ditempatkan di sana untuk melindungi Harry Potter dan rakan-rakannya.
Ikuti kesudahannya dalam Harry Potter & The Goblet of Fire Harry (2005) bila mana Harry mendapati dirinya dipilih sebagai pesaing bawah umur di sekolah yang menyaksikan persaingan diterima daripada bermacam ahli silap mata yang berbahaya.

Peminat-peminat filem siri Harry Potter pastikan anda meluangkan masa menyaksikan filem-filem hebat ini hanya di TV2.

Filem Harry Potter the Goblet-of-Fire-Harry

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video Jaclyn Victor Jagalah Diri

Concert Maroon 5 LIVE at Shah Alam Stadium