Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Filem Senario Asam Garam di Hari Raya Aidilfitri Ini



Hari raya puasa tahun ini, penonton akan dihiburkan dengan dua buah filem yang pastinya bersaing untuk mendapatkan jumlah penonton yang ramai. Filem 4 Madu dan Senario Asam Garam… kedua-dua filem ini adalah filem kelakar yang pastinya akan menghiburkan penonton.

Semalam telah berlangsung Majlis Prebiu Filem Senario Asam Garam di Cathay Cineleisure, eCurve, Mutiara Damansara pada jam 4 petang.

Senario Asam Garam Still Movie

Turut hadir ialah Lan Pet-Pet, Sathya dan Azlee Jaafar.

Sathia asam garam

Filem Senario Asam Garam terbitan Metrowealth (MIG) tampil dengan nafas baru dan gaya persembahan yang lebih segar arahan pengarah akademik Hatta Azad Khan buat pertama kalinya. Dengan memaparkan kisah kehidupan seharian masyarakat di Malaysia, Budiey kira filem ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Filem yang diterbitkan hasil usahasama Metroweath dan The 8Unit (Primeworks Studios) ini mampu memberi impak yang baru terhadap corak komedi yang sedia ada. Elemen-elemen komedi yang ada juga merupakan idea yang segar dan disampaikan secara spontan oleh pelakon terlibat.

Gabungan pelakon lama dan baru bakal menghiasi filem ini. Antaranya, Mazlan Pet Pet, Azlee Jaafar, Zaibo, Julia Hana, Nadia Mustafa, Sathiya dan dibantu dengan bakat baru seperti Adeline Tsen dan juga Fimie Dion.

Filem senario ini dilihat sebagai satu jambatan ilmiah yang cuba disatukan antara MIG dan juga pihak Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM. Filem ini telah mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi filem pertama menggunakan paling ramai kepakaran di kalangan pensyarah dan pelajar UiTM sendiri. MIG melihat usaha sebegini akan terus dilaksanakan bagi memberi lebih banyak peluang kepada golongan ilmuan perfileman mempraktikkan segala teori yang dipelajari.

Senario Asam Garam Still Movie

Filem ini menggunakan sistem Dolby Digital Surround bagi menambah kepuasan penonton seperti filem-filem terbitan MIG sebelum ini. Selain itu, filem ini menggambarkan suasana kampung dengan pengambaran dibuat di Ijok dan Kuala Selangor. Pemilihan lokasi-lokasi ini dilihat sangat sesuai bersesuaian dengan jalan cerita.

Walaupun dihidupkan dengan komedi, filem ini ada mesej tentang perpaduan kaum dan sifat hasad dengki yang seharusnya dielakkan bagi memajukan diri, masyarakat, bangsa dan negara.

Selain filem ini, MIG akan terus menyemarakkan dunia perfileman negara dengan filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 pada 7 Oktober, Cuti-Cuti Cinta mulai 21 Oktober. Sementara filem-filem lain yang sedang menanti tarikh tayangan ialah Ngangkung, Aku Masih Dara, Damping Malam, Keramat, Kongsi, Kembar Siam, Senario The Movie : Ops Pocot dan lain-lain lagi.

Sathia asam garam

Sathia asam garam

Senario Asam Garam Still Movie

Senario Asam Garam Still Movie

Senario Asam Garam Still Movie

Senario Asam Garam Still Movie

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Senario Asam Garam Menguasai Kutipan Box Office
  • Sinopsis Filem Senario Asam Garam
  • Senarai Pencalonan Filem Anugerah Skrin 2011
  • Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri
  • Pantun Hari Raya Aidilfitri Akademi Fantasia 5
  • Ucapan SMS Salam Aidilfitri daripada Fouziah Gous
  • Pure Salt Dead Sea Selesaikan Masalah Kesihatan Anda
  • Kad Raya, E-kad Aidilfitri, TV Raya, Pelita Raya, Apa Lagi?
  • Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi
  • Program Hebat Sempena Aidilfitri 1430H di Astro



  • 7 Komen untuk entri “Filem Senario Asam Garam di Hari Raya Aidilfitri Ini”

    1. Hamba Allah kata:

      Hmmm..macam nak gi jek tengok movie ni….

    2. Norazlin kata:

      lawak giller………

    3. Norazlin kata:

      nak tengok movie nih skang juga dah tak sabo nih

    4. mohd farhan kata:

      best giler movie nie…..

    5. shah kata:

      aku mnat gler lan pet2x…lawak semulajadi…

    6. sharil kata:

      asam garam 2

    7. pahang gurlz kata:

      hope senario dpt b’lkon cite yg ag best…..cayok2

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK