in

Jom Tonton Filem SEJOLI di Pawagam Mulai Hari Ini

Pada hari ini, 20 Februari 2014, filem SEJOLI akan berada di pawagam seluruh Malaysia. Pada minggu lepas, majlis malam gala filem SEJOLI telah pun berlangsung pada hari Jumaat tanggal 14 Februari 2014 . Tak pernah berlaku sebelum ini di mana penganjur menghadapi masalah teknikal pada auto focus projector menyebabkan kelewatan atas penayangan. Namun, Malam Gala SEJOLI tetap meriah dengan dihadiri pelakon utama seperti Maya Karin, Bront Palarae, Remy Ishak, Izara Aishah dan ramai lagi. Paling best bila Shery Alhadad memjadi emcee. Kelakar habis lah dia dengan lawaknya yang spontan.

Jom Tonton Filem SEJOLI di Pawagam Mulai Hari Ini

[dropcap]D[/dropcap]i atas kelewatan tayangan membuatkan ada media yang hadir pulang tanpa sempat menonton. Jadi, untuk menunaikan janji, Grand Brilliance sekali lagi memberi peluang kepada media yang belum lagi menonton dengan mengadakan tayangan sekali lagi pada hari inj 20 Februari 2014.

Grand Brilliance telah memohon maaf atas kelewatan penayangan filem Sejoli khususnya untuk rakan-rakan media pada Malam Gala Sejoli.

Kesulitan ini turut diakui oleh pihak pengurusan Cathay Cineplex melalui surat rasmi mereka kepada Grand Brilliance bertarikh 17 Februari dan sememangnya tidak kami jangkakan dan tidak dapat dielakkan.

Jam 10 pagi ini, Budiey telah meluangkan masa untuk menghadiri tayangan media anjuran Grand Brilliance bersama 20 orang media. Turut hadir pengarah Osman Ali, pelakon Maya Karin dan Bront Palarae.

Filem ini sudah pun berada di pawagam mulai hari ini. Go watch it guys! Best!

LiveUpdate : Sidang media filem #SEJOLI sdg berlangsung sejurus slps tayangan eksklusif bersama media. @grandbrilliance @maya_karin @iestatiptra @osman_ali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ainan Tasneem Cedera Dalam Kemalangan Di Kangar

Tawaran Diskaun Tiket Konsert UNGU Live di Malaysia