Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Filem Rendition Hina Islam



FILEM RENDITION HINA ISLAM  
Persoalan utama, bagaimana filem Rendition ini melepasi kawalan ketat Lembaga Penapisan Filem dan layak ditayangkan di Malaysia, sebuah negara Islam Hadhari, walaupun diberi status sebagai 18PL?

Filem ini mengisahkan bagaimana negara Amerika Syarikat cuba mencari penganas yang terlibat dalam pembunuhan rakyatnya. Ia secara senyap membuka ruang untuk cuba menyebarkan mesej bahawa Islam sebagai agama yang mengamalkan keganasan dan setiap orang Islam wajib membunuh orang kafir.

Filem yang diarahkan oleh Gavin Hooh, pengarah filem kelahiran Afrika Selatan, yang memenangi anugerah Academy Awards ini cukup prejudis dalam menonjolkan apakan sebenarnya yang diajar oleh ajaran Islam.

Agama Islam tidak pernah menyuruh umatnya memerangi orang kafir, tetapi Allah S.W.T sengaja menjadikan manusia pelbagai kaum supaya mereka saling mengenali. Rendition cukup pedas dan panas. Ianya merendahkan dan memperlekehkan umat Islam. Memang benar, di dalam filem ini ada juga secara sinikal mempersenda dasar atau polisi Amerika Syarikat dalam membanteras keganasan, tetapi secara teorinya umat Islam itu adalah penganas.

Persoalan utamanya, bagaimana filem ini mampu melepasi kawalan ‘ketat’ LPF yang selama ini cukup tertutup dan terkawal pintu kedapnya. Adakah kita, di Malaysia  ini telah menjadi satu umat Islam yang cukup liberal sehingga tidak kisah agama kita dijadikan satu bahan sindiran? Atau adakah kita menganggap ini sebagai satu hiburan semata-mata.
Penonton sinema atau massa perlu sedar, filem bukan semata-mata hiburan. Filem atau media cukup berkuasa, dan ada sesetengah pemikir yang meletakkan media di kuasa kedua selepas kuasa politik.

Media dari barat merupakan satu media propaganda. Mereka cuba menanam pemikiran negatif di dalam minda dan menganggap hanya mereka sahaja yang cukup superior dan masyarakat yang lain adalah inferior. Ini ditambah pula mereka secara terang-terangan memasukkan propaganda mereka di dalam filem semenjak bermulanya era filem dahulu, kalau hendak dilihat contoh yang jelas dan nyata, tontonlah filem Rambo yang menunjukkan hero Amerika cukup cemerlang, gemilang dan terbilang di Vietnam, tetapi realitinya Amerika tewas di sana.

Inilah yang cuba dizahirkan oleh Rendition. Semenjak 9/11, media Amerika senantiasa menonjolkan Islam sebagai penganas, walaupun pengebom bangunan persekutuan di Oklahoma adalah rakyat Amerika sendiri.

Rendition cuba mengimbas kembali memori 9/11 kepada masyarakat dunia, mungkin tidak keterlaluan, pengarah Rendition cuba membangkitkan semula pertembungan agama dan menimbulkan kegelisahan dan rasa tidak senang di kalangan umat dua agama.

Rendition adalah propaganda hasil dari pemikiran jumud pengarahnya. Mungkin, Gavin Hood ingin membolot anugerah filem terbaik dalam Anugerah Oskar yang akan datang dengan Rendition, filem yang mengatakan Islam itu agama keganasan.

Dan bagi kita, adakah kita akan bersikap seperti selalu, iaitu sikap “tak apa” dalam perkara-perkara yang menyentuh integriti agama Islam itu sendiri.

Oleh: Azwan Annuar
(Pembantu Pengarang Sensasi Selebriti)
azwanannuar@gmail.com

[tags]chotiros suriyawong, ulasan filem rendition, gambar mayat, chua soi lek, skandal seks, vcd, dvd burner, urban legend, lirik ludah amerika, album hujan baru, terrorist, lembaga penapisan, tips wordpress theme, best wordpress theme, blogging survey[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pengarah Yusuf Haslam & Gerak Khas Hina Mahkamah?
  • Ulasan Filem Rendition Lakonan Reese Witherspoon
  • Michael Jackson Peluk Islam
  • Trailer Filem Keramat Ada Adegan Seks
  • Gambar Nasha Aziz Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Rafflesia
  • Hotel Halal Berbuka Puasa Kedutaan Asing
  • Majlis Agama Islam Selangor Haramkan Lagu Agnes Monica Allah Peduli
  • MISTERI NUSANTARA DI PERUBATAN ISLAM DARUL SYIFAK
  • Filem Ketika Cinta Bertasbih
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 1428H / 2007M



    • zizou

      “Persoalan utamanya, bagaimana filem ini mampu melepasi kawalan ‘ketat’ LPF yang selama ini cukup tertutup dan terkawal pintu kedapnya”

      apa yg nk hairannya..bruce almighty pun lepas…tutup kedap ape kaedahnya.

    • http://blogsport so`od bin meon

      bakar je panggung senang…..

    • BEDAHGEBU

      PADA AKAK LAH…FILEM NI X PATOT DITAYANGKAN KAT MALAYSIA. JUGA X PERLU DIGEMBAR-GEMBURKAN…NANTI SEMUA ORG NAK TENGOK FILEM NI…SEBAB NAK TAU ISI CERITANYA. BOTTOM LINE NYA…BUAT DUNNO JER…KALAU GEMBAR GEMBUR…NANTI FILEM NI LARIS PULAK SEBAB DAPAT PROMO PERCUMA…AHAK…AHAKS



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK