Filem Rempit V3 Arahan Farid Kamil
Melengkapi kalendar tahun 2008, Metrowealth (MIG) sedang menghasilkan filem seterusnya berjudul REMP-IT V3. Mengumpul kutipan box-office RM4.1juta, filem Remp-it yang diterbitkan pada tahun 2006 diyakini masih mempunyai pengikut yang tersendiri. Namun hanya pada tajuk, REMP-IT V3 menampilkan sebuah filem berbeza dengan memngetengahkan mood lebih advance sesuai dengan perbezaan beberapa tahun ini.
REMP-IT V3 juga akan diarahkan oleh pengarah baru iaitu Farid Kamil. Keyakinan penerbit meletakkan tanggungjawab berat ini kepada Farid Kamil setelah melihat beliau sudah bersedia melakukannya. Farid juga menjadi pengarah ketiga dalam skim 10 pengarah muda yang mahu dihasilkan Metrowealth (MIG). Kecenderungan Farid Kamil tehadap konsep aksi sebegini dianggap mampu memberi satu kelainan terhadap look filem ini.

REMP-IT V3 yang dijangka menelan kos sebanyak RM1.8 juta akan menjalani pengambaran di sekitar negeri Kedah dan Lembah Kelang bermula 20 Disember ini. Dua negeri ini dipilih sesuai dengan jalan cerita yang ingin disampaikan.
Menggunakan khidmat pengarah sinematografi tebaik FFM 21 iaitu Raja Mukhriz Raja Kamaruddin, REMP-IT V3 pasti akan menggamit penonton dengan syot-syot memukau. Begitu juga dengan barisan krew produksi yang berpengalaman lain.

Farid Kamil akan menggalas tanggungjawab lebih besar apabila diberi peranan sebagai hero disamping pelakon-pelakon lain. Antara pelakon yang sudah mengesahkan penglibatan di dalam Remp-it V3 adalah Bront Palarae, Intan Ladyana, Lisa Surihani, Radhi OAG, Cat Farish, dan Corrie Lee di samping pelakon-pelakon senior seperti Wan Nor Azlin, Shaharuddin Thamby, Mr. Os, Kamarool Hj. Yusoff dan ramail lagi.
Sememangnya besar harapan yang disandarkan terhadap filem ini dan diharap semua pihak sudi memberi sokongan di dalam merealisasikan harapan ini. Semoga REMP-IT V3 akan dapat mengulangi kejayaan Remp-it pada tahun 2006.




Tags: Farid Kamil, Filem
Tags: Farid Kamil, FilemClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





January 16th, 2009 at 12:35 am
last pic is niceeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
January 16th, 2009 at 1:01 pm
nape brisan pelakon ppuan sume xbez,,,diowg blakon cm kayu….
January 16th, 2009 at 4:14 pm
wow…seksanyaaaa…pelakon yg ada nama pun tak la seksa sngat cam 2 pelakon baru ni…nak cepat laku la tu..tu sb separa bogel dah..ish..ish..
ape la nak jd dgn artis2 baru la ni,klu suruh bogel pun sure dorang nak.. kan,asal dpt jd glamer sudah la..eee..cheq malu..!
January 24th, 2009 at 12:59 am
abg aku jadik gangster. hahaha
February 24th, 2009 at 12:47 pm
x best la lau x de zul hulzaimi sbgai wtak jahat….
April 30th, 2009 at 12:20 pm
cayalah frid kamil..
arap2 dpat smbutan rmai..
pminat no 1 frid..haha
May 28th, 2009 at 11:13 pm
oiiinnaaaaaaaa………farid kamil bcium ngan fasha…..sailllllllllllll……
July 30th, 2009 at 3:23 pm
Kenapalah asyik-asyik keluar filem tentang Rempit jer. Tak de idea lain ke?
Gambar last tu nampak macam minah-minah Filipin kat area aku jer.
October 3rd, 2009 at 4:59 pm
hye farid.. .aku minat btulL ama kau btul.. .!ensem bha kau.. .ehe.. .kimslm ar.. .lebiu.. .
October 9th, 2009 at 3:37 pm
hai nape cite ni truk sngt hahahahahaha!!!!!!! tpi kwn saye suke cite ni sbb awk yg brlakun saye x suke la juliana brlakun ngan awk x sesuai la awk kan ensem ramai mnat awk tau x ha bye muahhhhhhhhhhh!!!!
November 25th, 2009 at 12:57 pm
bila mo tayangkan d pawagam ooo…..iklan ada pa barang rempit sabah penat uda menungu..bentengol
November 25th, 2009 at 1:00 pm
mestila la jiwa kite rempit….la bongok punya Anonymous?????
January 25th, 2010 at 10:00 am
aiiii….kire ok la filem ni..kte lyn je..aku pun mat rempit gak..tp xda la jd rempit bo..
January 31st, 2010 at 2:02 am
caya la lar frid…..gua mnat luuuuuu….
April 2nd, 2010 at 10:51 pm
farid memang cun lah..
April 30th, 2010 at 12:14 am
cayalah lu derrr
April 30th, 2010 at 12:20 am
hiduppppppppp reeemmmpiiitt>>>>>>
rase nk pakai rxz jgak ni
dh brminat kut