Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Filem Rasukan Ablasa Merasuk Di Pawagam 26 Februari Ini



Primeworks Studio meneruskan tayangan umum filem terbarunya bagi 2009 dengan genre seram, “Rasukan Ablasa” yang akan memasuki pawagam 26 Februari ini. Pada 17 Februari lalu, media telah dihidangkan dengan filem Rasukan Ablasa di Cathay Cineplex, Damansara dan dihadiri oleh para pelakon utama dan juga pengarah serta penerbit.

Ramai yang tertanya pada Budiey, apakah maksud ABLASA. Setelah diceritakan, Ablasa sebenarnya bermaksud, Ruh Yang Terganggu dan filem ini katanya adalah filem seram ke-4 arahan Prof Razak.

Antara pelakon yang hadir ialah…

Almy Nadia

Hafiz sebagai Jimmy

Sahi

Pertama kali berlakon filem

Gambit Saifullah sebagai Ashraf

Formula mengambil pelakon baru dan fresh yang tak pernah berlakon pada masa itu boleh dikatakan ada pro dan kontra setelah melihat mutu lakonan pelakon begitu bersungguh membawa peranan masing-masing. Strategi pemasaran ini boleh dikatakan berjaya kerana kalau kita lihat sekarang, ramai yang dah mengenali Fauziah Gous dan Almy Nadia. Namun, sejauh manakah dapat membawa filem ini diterima oleh masyarakat? Itu yang kita kena tunggu. Namun, Budiey yakin, filem Prof Razak kali ini tidak begitu mengarut dan dari idea yang bukan-bukan.

Kawan Budiey ada memberitahu, untuk buat cerita atau filem hantu, pengarah kena buat kajian juga. Bukan buat sambil lewa dan syiok sendiri. Namun, dengan menggabungkan Dolby Sorround EX dan CGI dan plot yang dipaparkan secara Non Linear, Budiey percaya, filem ini akan diterima oleh orang kita yang masih dahagakan filem seram.

Pihak produksi menghadapi saat getir dan kesusahan dalam melahirkan filem ini. Mungkin kerana itu, filem ini lambar menemui penonton iaitu 2 tahun 9 bulan. Ianya disebabkan strategi pemasaran, CGI yang digunakan dan ini mengambil proses masa yang lama. Ada 15% CGI. Tapi kalau filem ini dibuat sekarang, pastinya akan menjadi lebih baik.

Apa iktibar dan teladan dari filem ini?

  1. Ada satu kelainan di mana rasukan bukan hanya kerana ada alat tetapi melalui suara atau bunyi-bunyian.
  2. Mahu menyedarkan masyarakat bahawa pemujaan itu haram
  3. Isteri yang tak setia pada suami akan mendapat balasan.
  4. Mungkin akan ada filem lanjutan Rasukan Ablasa 3 selepas ini? Sekurangnya ada drama siri.

Cabaran yang agak susah untuk memilih bunyian setan yang sesuai. Ramai pengubah muzik hantar sample tapi akhirnya Edy Yusri berjaya memikat hati Prof Razak.

Dikenali dengan genre komedi, “Rasukan Ablasa” mencabar sutradaranya, Prof Madya Abd Razak Mohaideen yang sekali lagi menggamit kepercayaan Primeworks Studio selepas berjaya dengan “Sifu & Tongga” awal tahun ini.

Berbanding tiga filem seram arahannya sebelum ini, “Rasukan Ablasa” yang diterbitkan bersama Line Clear Motion Pictures memperlihatkan cabaran Prof. Madya A. Razak Mohaideen dalam mentafsirkan ablasa, diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud “roh yang terganggu” ke layar perak.

Sebelum ini, dia mengarah Mistik, Potret Mistik dan 7 Perhentian.

Pengurus Besar Filem & Drama, Primeworks Studios, Ahmad Puad Onah, berkata buah tangan terbaru Prof Madya A. Razak Mohaideen itu bukan saja mencabar kreativitinya, malah diharap dapat memenuhi tuntutan penonton yang pelbagai citarasa.

Apatah lagi, katanya genre seram mempunyai pengikutnya terutama di kalangan penonton muda yang sering disaji dengan filem, termasuk dari Korea dan Thailand, selain Indonesia.

Prof Razak yang optimistik

Malah, jelasnya sambutan hangat penonton terhadap filem seperti dari Korea dan Thailand yang mengekalkan bahasanya menunjukkan perbedaan bahasa mahu pun budaya bukan batasan dalam penghasilan sesebuah karya seni.

“Ini menyebabkan cabaran lebih besar menanti pengkarya tempatan yang harus pula membuktikan keupayaan untuk dapat memenuhi harapan tinggi yang diberikan oleh penonton. Sekaligus, meneruskan usaha Primeworks Studios untuk terus meniup semangat dan memartabatkan industri perfileman tanahair,” katanya dalam ucapannya di majlis pra-tonton “Rasukan Ablasa” di Cathay Cineleisure, di sini, semalam.

Cerita “Rasukan Ablasa” bermula dengan sebuah tragedi 50 tahun lalu, di mana seorang suami ‘membeli’ ketaatan isterinya dengan memuja iblis. Pemujaan itu sebaliknya membuatkan isterinya bertambah curang, malah berasmara di depan mata sendiri.

Dikuasai marah, lelaki itu memancung kepala isteri dan pasangannya. Sebagai balasan, rumahnya dibakar penduduk kampung sehingga musnah bersama kesesatan amalannya sehinggalah satu hari, kawasan tragedi itu dikunjungi seorang anak muda dan rakan-rakannya.

Mereka bukan saja membawa pulang peti milik pemuja iblis terbabit, malah menghidupkan kembali sang iblis yang menyebabkan hidup mereka tidak lagi tenteram, sekaligus merungkai pertalian antara anak muda tadi dengan peristiwa ini.

Di tengah kemelut pembikin filem tanahair, sentiasa mencari formula bagi mengangkat karya mereka di antara lambakan filem luar yang berbajet besar, “Rasukan Ablasa” sebaliknya menampilkan muka-muka baru.

Ini diakui oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen yang tidak menolak pendekatan ini mencabar keupayaan “Rasukan Ablasa” untuk memikat penonton, sekaligus bersaing dengan filem luar.

“Soalnya, selama mana kita hendak menggunakan muka-muka itu saja?” katanya yang sering menggunakan nama besar industri, termasuk Saiful Apek dan Erra Fazira di dalam karyanya, termasuk “Sifu & Tongga”. Selain memikirkan sudut komersil, saya percaya kita perlu menyediakan ruang buat pelapis baru untuk meneruskan industri ini. Fouzioh Gous misalnya, memang agak dikenali, selain Almy Nadia tapi memerlukan lebih pendedahan untuk menguji keupayaannya. Begitu juga, pengambilan Gambit Saifullah, antara pelakon utama dalam filem ini sebagai usaha mengembangkan bakat baru supaya filem kita terasa lebih segar.”

Selain Gambit yang memegang watak Ashraf, Fouziah (Elly) dan Almy (Kim), “Rasukan Ablasa” juga menampilkan Hafiz (Jimmy) dan Nurnadia (GG) dengan penampilan istimewa oleh Datuk Jalaludin Hassan dan Yusry Abd Halim.

Bagi memperhebatkan promosi filem ini, pelbagai program dirangka termasuk sesi jelajah untuk bertemu penggemar filem tempatan, selain temuramah bersama media.

Sejauh mana ketahanan anda? Rasai “Rasukan Ablasa” di pawagam 26 Februari nanti.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sinopsis Filem Rasukan Ablasa Lakonan Mohd Hafiz & Gambit Saifullah
  • Gambar Fouziah Gous di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa
  • Gambar Almy Nadia di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa
  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • Trailer Filem Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin
  • Dr. Rozmey Dakwa Skim Wajib Tayang Tak Memajukan Industri Filem?
  • Gossip: Artis Gila Publisiti
  • Senarai Pencalonan Penuh Festival Filem Malaysia ke-22
  • Tayangan PERCUMA Filem Khurafat di FINAS
  • Filem Karak Bawa Konsep Hardcore Horror



  • 5 Komen untuk entri “Filem Rasukan Ablasa Merasuk Di Pawagam 26 Februari Ini”

    1. Obefiend kata:

      prof madya razak’s movie?

      AVOIDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD!! run forrest run

    2. ima kata:

      Loya la cite razak mohidin ni…tak tau nak kategori tahap apa, tapi selalu cite-cite arahan dia tahap Bakul sampah…

    3. shima jb kata:

      saya pasti akan menonton filen ini nanti , mengikut review yang diberikan mmg best sangat , saya nie peminat hafiz nafiah , saya percaya dengan lakonan beliau …. all the best , hafiz tu pun pelakon yang dah lama orang kenal dan tahu tahap lakonan dia ….. bukan fauziah gous dan almy nadia jek ….. betulkan statement awak tu sikit ……..huhh!!

    4. mat gila gila kata:

      kalau buat filem seram,penonton ketawa sambil makan kacang putih baik
      tak payah.tapi kalau habis menonton nak balik rumah pun takut baru sukses.filem prof yang lepas2 tu yang seram tidak menyeramkan.

    5. Elaneez Erdeena kata:

      Best ke cerita nih??? macam bowink jer

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK