in

Filem & Program Menarik Aidilfitri di Astro

PROGRAM MENARIK SEPANJANG AIDILFITRI 2009

MALAM HARI RAYA, 30 September 2009

DUYUNG (Filem)
Astro RIA 104, 9.00 malam

Duyung arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ini menceritakan tentang Jimmy seorang pencinta alam yang tinggal di sebuah perkampungan nelayan. Dia menghabiskan masanya menjaga alam sekitar dengan membersihkan sampah. Jimmy amat mempercayai cerita ibunya bahawa jika alam sekitar terjaga maka akan menjelmalah duyung. Adakah cerita ibu Jimmy itu benar? Adakah usaha Jimmy menjaga alam sekitar sia-sia atau dapatkan Jimmy bertemu dengan duyung?

Pelakon: Maya Karin, Saiful Apek, Yassin Senario, Yasmin Hani, Awie, Raja Noor Baizura, Abu Bakar Omar, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Mat Aris, Liza Zain.

MEGA RAYA AIDILFITRI (Hiburan)
Astro RIA 104, 11.00 malam
  

Sebuah program hiburan istimewa bersempena Hari Raya Aidulfiti yang menampilkan bintang-bintang eksklusif Astro mendendangkan lagu-lagu popular dan klasik Hari Raya. Program ini juga bakal memberi peluang kepada para selebriti untuk membuat persembahan langsung di hadapan para penonton studio. Istimewa juga program ini apabila ia melibatkan penglibatan dari para penonton untuk menyertai para selebriti di atas pentas. Bukan itu sahaja, para penonton juga berpeluang untuk membaca kad ucapan Hari Raya bersama-sama selebriti Astro.

Artis: Anita Sarawak, Erra Fazira, Aaron Aziz, Sarimah Ibrahim, Farid Kamil, Lisa Surihani, Akhill Hayy & Zoey.

HARI RAYA PERTAMA, 20 September 2009

LEMANG SI BUJANG SEPAH (Telemovie)
Astro PRIMA 105, 12.00 tengah hari
 

Setelah gagal mencari pekerjaan, geng Sepah akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke kampong dan memulakan perniagaan menjual lemang. Di situlah bermula pengembaraan mereka yang terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran demi menghasilkan lemang yang terbaik tetapi adakah mereka akan berjaya dalam perniagaan tersebut?
Lakonan: Kumpulan Sepah, Sabri Yunus, Jalil Hamid & Ebby Yus.

HABIBI MAWI AIDILFITRI (Hiburan)
Astro RIA 104, 4.00 petang
  

Pulang ke kampung halaman untuk menyambut  hari raya bersama keluarga adalah impian setiap insan. Ikuti kisah Mawi dalam perjalanannya untuk pulang ke kampung halaman dan semua rakan-rakan yang dijumpainya sepanjang perjalanan. Sepah juga muncul menghiasi perjalanannya.
Lakonan: Mawi, Sepah

HARI RAYA KEDUA, 21 September 2009

RUMAH BARU, BINI BARU, BARU RAYA! (Telemovie)
Astro PRIMA 105, 12.00 tengah hari
  

Mawi dan Ekin bercadang untuk mengadakan rumah terbuka ala kampong di  rumah baru mereka. Oleh itu, semua jiran tetangga turut dijemput untuk sama-sama bergotong-royong bagi memeriahkan suasana hari raya. Walau bagaimanapun, masalah mula timbul apabila jiran sebelah rumah mereka juga bercadang untuk mengadakan rumah terbuka pada hari yang sama.
Lakonan: Mawi, Ekin

LANTERA AIDILFITRI DATO’ SITI NURHALIZA (Hiburan)
Astro RIA 104, 4.00 petang
 

Nantikan Program Khas bersempena Raya Aidilfitri ini dengan persembahan daripada Dato’ Siti Nurhaliza yang akan ditemani oleh Faizal Tahir dan Saiful Apek. Majlis Gala yang dihadiri tetamu khas ini akan menyajikan lagu-lagu kontemporari sambil bertemakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Artis: Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Saiful Apek

HARI RAYA KETIGA, 22 September 2009

CINTA MERIAM BULUH (Telemovie)
Astro PRIMA 105, 12.00 tengah hari

Drama komedi muzikal ini mengisahkan tentang Shahdan yang memendam perasaan terhadap Salina tetapi tidak berani untuk meluahkannya. Tidak sanggup untuk melihat keadaan Shahdan yang sudah angau dan kemaruk cinta, rakan-rakannya merancang sesuatu untuk membantunya. Saksikan pelbagai kisah lucu yang mencuit hati dalam drama ini.
Lakonan: Nabil, Marsha, Mila, Zahid, Haiza, Ajai

GLAMOR RAYA 2009 (Hiburan)
Astro RIA 104, 4.00 petang
 

Makin riuh sambutan hari raya apabila pengacara no. 1 di  Malaysia, Aznil Hj. Nawawi mengacarakan program pertandingan nyanyian dalam program Glamor Raya 2009. Lebih menarik lagi ialah kesemua peserta akan berentap untuk mendendangkan seleksi lagu-lagu raya.
Pengacara: Aznil Hj. Nawawi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hasnol Rahmat Drama Komedi Raya Hidup Bersama dan Gabra

Salam Aidilfitri dan Pesanan Ifa Raziah