Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Filem Pertama Bollywood Shooting di China Chandni Chowk To China di TV2



FILEM PERTAMA BOLLYWOOD BERLOKASI DI CHINA DI TAYANGKAN DI TV2 SEMPENA DEEPAVALI

Sebuah filem yang telah mencipta sejarah dalam industri Bollywood apabila memilih lokasi utamanya di Tembok Besar China telah dipilih untuk ditayangkan sempena Deepavali di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pastinya pemilihan filem Chandni Chowk To China arahan Nikhil Advani ini membuka peluang kepada peminat industri filem Bollywood yang sebelum ini tidak berpeluang menyaksikannya di pawagam.


  
Chandni Chowk To China mengisi slot Bollygood Deepavali pada 17 Oktober 2009 (Sabtu), jam 12.30 tengah hari di TV2 ini mengisahkan watak pemuda bernama Sidhu, seorang pemotong sayur di Chandni Chowk yang dilakonkan aktor terkenal  Akshay Kumar. Dia menjadi anak angkat kepada majikan yang cukup mengambil berat soal kebajikannya, Dada (Mithun Chakraborty).

Bosan dengan kerja sehariannya yang tidak membina, Sidhu mula terfikir untuk mengubah nasibnya setelah bertemu dengan seorang tukang tilik yang berpengetahuan luas terhadap bidang astrologi Cina dan India digelar Chopstick lakonan Ranvir Shorey. Dia begitu menyakini kemampuan Chopstick yang menjanjikan kehidupan yang baik untuknya pada masa depan kelak.

Sidhu kemudiannya dibawa ke China untuk membantu sebuah perkampungan di sana. Seorang kawannya yang berbangsa Cina dan tukang tilik itu menyatakan akan muncul seseorang yang dilahirkan semula di kampung itu. Malah kemunculannya diyakini mampu menyelamatkan kampung mereka daripada kumpulan penjahat.

Bergandingan dengan artis Mithun Chakraborty, Ranvir Shorey dan Chia Hui Liu, filem lakonan pasangan Deepika Padukone dan Akshay Kumar ini pastinya menonjolkan kelainan daripada pelbagai sudut antaranya melibatkan lokasi, pelakon gaya pengarahan sekaligus mengangkat filem ini supaya ditonton terutama ketika sambutan perayaan Deepavali ini.

Kepada anda yang ingin menyaksikan kesudahan dan berkongsi plot-plot menarik filem ini, usah ketinggalan menyaksikan Chandni Chowk To China pada 17 Oktober 2009 (Sabtu), jam 12.30 tengah hari di TV2.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Irama Bollywood Menerusi Bollywood Times, Minnal FM
  • Pelakon Bollywood Dev Anand Meninggal Dunia
  • Ucapan Hari Deepavali Artis Bollywood di TV2
  • Sah! Abhishek Bachchan & Aishwarya Rai Bertunang
  • Johnny Bravo Dances Back Into The Limelight In Bollywood
  • Photo Aishwarya Rai & Abhishek Bachchan at Cannes Film Festival
  • Artis Bollywood Sanjay Dutt Dibebaskan Dari Penjara
  • Kuch Kuch Hota Hai Pecah Rating Penonton Paling Tinggi
  • Filem Dostana Sempena Deepavali di TV2
  • Living With A Superstar Shah Rukh Khan Di TV1



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK