Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











FILEM PENSIL TAK MAU KAUT UNTUNG?



PENSIL – Bukan untuk mengaut keuntungan
Menurut penerbit filem ini, Surenthar yang juga selaku pembantu pengarah, berasa bangga atas  produksi pertama beliau, yang tidak lebih mementingkan untuk mengaut keuntungan, malah lebih mementingkan kualiti, nilai kemasyarakatan dan realiti dalam sebuah filem. Beliau menyatakan rasa puas hati dengan semua pihak yang terlibat dalam produksi ini, M. Subash (pengarah, penulis skrip, penulis lirik lagu tema & pelakon), Indera Che Muda (Pengarah Fotografi) dan pelakon-pelakon lain seperti, Rominah Sidek, Khatijah Tan, Maimon Mutalib, dan Jalil Hamid. Tidak lupa kepada Penduduk kampung Jaya Setia Kuala Selangor (Batang Berjuntai) yang banyak memberikan kerjasama sewaktu pengambaran dijalankan.
 
Tujuan utama filem ini diterbitkan, adalah untuk membuat suatu perubahan dalam pembikinan Filem Di Malaysia. Menurut beliau, setelah membuat tinjauan selama lebih kurang 2 tahun, beliau mendapati bahawa terdapat banyak kelemahan pada jalan cerita di Filem Malaysia. Menurut beliau lagi, sebelum dan semasa proses pembikinan  filem ini (PENSIL), terdapat segelintir pihak yang tidak mengalakkan beliau untuk menerbitkan filem sebegini. Namun dengan tekad dan azam untuk mencuba, beliau bertekad untuk menayangkan filem ini di Layar Perak. Beliau berharap ramai penonton yang akan mempelajari sesuatu yang baru tentang erti hidup dan bersyukur atas pemberian tuhan kepada diri masing-masing.

Filem cereka terbitan GENIUS PARADE SDN. BHD. (GPSB) yang mengambil masa 6 hari pengambaran. Filem ini hanya menelan belanja RM 450 000. Filem ini berdurasi 110 minit. Filem yang bergenre drama kemasyarakatan ini akan menemui penonton pada 12 Jun 2008 ini di pawagam berdekatan.

Menerapkan Agama ISLAM
Filem yang menyayat hati PENSIL, yang menampilkan pelakon seperti M. Subash (Badrul), Rominah Sidek (Mak Nek), Maimon Mutalib (Mon/Ibu Badrul), Khatijah Tan (Zaiton) dan Jalil Hamid (Junid), mengisahkan kehidupan seorang budak cacat yang bernama Badrul, akibat diserang demam panas ketika berumur 8 bulan. Walaupun cacat, Badrul taat dan percaya kepada tuhan dan ajaran Islam. Mak Nek yang dilakonkan oleh pelakon veteran Rominah sidek, selalu menjadi tempat mengadu oleh Badrul apabila didalam kesedihan. Mak Nek yang dianggap seperti neneknya (Badrul), sering memberi tunjuk ajar yang berasaskan ajaran agama, apabila Badrul ditimpa masalah.

‘Kepercayaan kepada Tuhan’ menjadi salah sebuah pengajaran penting dalam filem ini (PENSIL). Dalam filem ini, Rominah Sidek atau Mak Nek, yang begitu menyayangi Badrul, sering mengajar Badrul tentang hal-hal agama dan mengajar Badrul menulis jawi.

Menurut pengarahnya M. Subash (yang juga merupakan Pelakon utama), filem PENSIL™ ialah suatu luahan hati beliau dalam mengekspresikan cinta dan hormat beliau terhadap Islam. Beliau juga terpaksa menjalankan ‘servey’ teliti semasa penghasilan skrip PENSIL. Beliau juga berjumpa dan bertanyakan pendapat Datuk Mohd Husein di Lembaga Penapisan Filem (LPF) di Putrajaya. M. Subash juga menyatakan bahawa melakonkan watak Badrul dalam filem PENSIL tidak menjadi hal yang rumit kerana PENSIL pernah dihasilkan dalam bentuk telefilem Tamil 2 tahun yang lalu. Namun babak yang menyentuh aspek agama, perlu dititik beratkan dengan teliti, kerana ia mungkin akan menimbulkan isu yang sensitif.

none

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Nilai Hidup Masyarakat Melayu Perlu Dicontohi Dalam Pensil
  • Filem Pensil Lakar Sejarah Filem Paling Singkat Tempoh Pengambaran?
  • Trailer Filem Syirik Lakonan dan Arahan M. Subash
  • Pensil – Penuh Dengan Pengajaran Dan Nilai Agama
  • Sinopsis Filem Pensil Arahan M. Subash
  • Filem Congkak Lakonan Erynne Erynna Akan Kaut RM 10 Juta?
  • Gambar Geng Hujan di Karpet Merah AJL 24
  • Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-21
  • Teaser Filem Syirik Untuk Pembaca Sensasi Selebriti
  • Filem Gentayangan



  • 6 Komen untuk entri “FILEM PENSIL TAK MAU KAUT UNTUNG?”

    1. dr.usop kata:

      Kenapa pensil, tidak pensel? Bukankah ejaan yang betul ialah pensel?

    2. obefiend kata:

      the correct spelling should be PENIS

    3. Honeybee kata:

      ada ke org ‘mlabur’ ssuatu (biz / wat filem) tpi x nak untung?

    4. lmfao kata:

      ada . he’s a great actor . also a great teacher . usually teachers count the fees according to the class hours . he gives us a lot of extra classes and yet the fees is still the same . it doesnt even reach rm100 . he’s the best mahn !

    5. pura87 kata:

      dia mmg hbt gila ngajar sains.excellent teacher.the best teacher i ever have

    6. Amy kata:

      citer nie mmg penuh nilai pengajaran,tambahan lagi sentuhan M.Subash mengenai kemasyarakatan memang menyentuh sanubari dan menitis air mata saya menonton citer nie…tahniah M.subash

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK