in

Filem PENCINTA Arahan Khir Rahman

ADA APA DENGAN PENCINTA?

Filem terbaru yang berjudul Pencinta, di bawah arahan Khir Rahman, seorang pelakon dan juga pengarah berbakat baru sahaja tamat pengambaran.

Filem yang bakal membuka tirai di panggung pada tahun 2013 ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Johan Asari (Artis Baru Lelaki Popular ABPH 2011) bersama dengan Siti Saleha, Sein Ruffedge, Norish Ismail, Miera Liyana, Azhan Rani, Iedil Putra, Faizal Hussein, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee dan ramai lagi.

Filem yang bergenre aksi romantik ini mengisahkan tentang kisah cinta terlarang di antara bekas kongsi gelap Amir (Johan Asari) yang ingin memulakan kehidupan baru dengan menjadi seorang pemuzik jalanan, sementara Aisyah (Siti Saleha) pula adalah seorang yang amat meminati seni dan juga bangsawan.

Kisah cinta mereka bertukar menjadi rumit apabila kedua ibu bapa Aisyah sudahpun merancangkan perkahwinan Aisyah bersama dengan Boy (Sein Ruffedge), seorang anak dari keluarga kaya dengan harapan ingin mengembangkan perniagaan kedua – dua keluarga mereka. Adakah Aisyah akan berpaling tadah dan hidup bahagia bersama Amir atau meneruskan kehidupannya bersama Boy yang kaya tetapi tanpa cinta?

Pencinta adalah sebuah filem yang memuatkan pelbagai elemen seperti kasih sayang, romantik, budaya “busking”, kemanusiaan serta pilihan beberapa lagu berlainan genre bagi menghasilkan suatu filem yang bagus dan memberi mesej tersendiri selain digarap dalam situasi yang menghiburkan. Tambahan lagi, filem ini juga dapat menarik perhatian segenap masyarakat Malaysia tidak kira usia dan darjat.

“Pencinta bukan hanya menengahkan konsep cinta sahaja tetapi menggabungkan setiap elemen dalam kehidupan biasa yang dialami oleh sesiapa sahaja dan filem ini dapat mendorong penonton untuk senantiasa beringat bahawa setiap masalah yang dihadapi pasti mempunyai jalan penyelesaiannya,” ujar pengarah, Khir Rahman.

Filem Pencinta merupakan filem terbitan dan edaran Grand Brilliance dan bakal menggegarkan penonton di pawagam pada 2013.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Lancar Saluran MUSTIKA HD

Adi Putra Nafi Nora Danish Punca Keretakan Rumahtangga