in ,

Filem Pecah Bakal Pecah Panggung?

[dropcap]F[/dropcap]ilem adaptasi novel terlaris di pasaran Buku Fixi bertajuk “Pecah” kini dikatakan bakal ‘Kasi Pecah’ panggung kerana kelainan dan kemantapan para pelakonnya.

Filem arahan Asrulhisham Ahmad atau lebih dikenali sebagai Black ini bakal bersaing dengan filem terkenal antarabangsa yang turut ditayangkan pada minggu yang sama. Grand Brilliance nampaknya begitu yakin pasti ramai peminat-peminat di luar sana akan memilih filem Pecah berbanding filem antarabangsa tersebut terutamanya dari kalangan pembaca buku Fixi.

[pullquote align=”right”]Filem terbitan Lightbulb Pictures dan edaran Grand Brilliance ini akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 13 Jun 2013 ini.[/pullquote]

Antara barisan pelakon yang membintangi filem Pecah adalah Fizz Fairuz (Pelakon TV Lelaki Popular, ABP 2011), Sofi Jikan (Watak Jahat Dalam Drama atau Filem Popular, ABP 2013), Tony Eusoff, Ako Mustapha dan Izreen Azminda.

Pecah berkisarkan sebuah rompakan bersenjata oleh Alan, Herman, Radi dan Don di salah sebuah bank terkemuka negara dan kekecohan yang berlaku selepasnya. Bakal ditayangkan di pawagam pada pertengahan tahun 2013, Pecah dijangka akan menggegarkan industri perfileman tempatan yang dahagakan filem penuh aksi seperti ini.

Segala informasi dan gambar filem Pecah boleh didapati di laman Facebook Page Filem Pecah dan OST Turun Dari Langit (Project Pistol) di laman Youtube Grand Brilliance yang kini juga bakal memasuki carta-carta radio tempatan. Ikuti juga perkembangan filem ini melalui akaun Twitter @PecahTheMovie untuk memenangi beberapa hadiah misteri.

Grand Brilliance juga bakal mengegarkan industri perfileman tanahair dengan beberapa buah filem terbaik mereka seperti Kil (30 Mei 2013), KL Zombi, Pencinta, Pengapit, Mamak Cupcake, Lebuhraya Ke Neraka, Penanggal, KL Gangster 2, Anak Jantan, Sejoli dan Gila Baby. Filem 7.7.77 (arahan Raja Mukhriz) dan Showdown (arahan Khai M. Bahar) pula bakal menjalankan penggambaran.

Pecah Film Official Poster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Natasha Hudson & Carleed Terima Cahaya Mata Pertama

Program Menarik & Eksklusif di Indo Pek Astro