in

Filem Nanny McPhee & The Big Bang Fantasi Budak Nakal

Budiey sudah pun menonton filem Nanny McPhee & the Big Bang di Mid Valley baru-baru ini. Ternyata, filem ini pasti akan diminati oleh budak-budak degil sedegil 5 orang budak yang mana mereka ini sangat degil ya. Gila degil sampai terpaksa ada amah free datang jaga diorang ni.

Filem ini diarahkan oleh Susanna White dan antara pelakonnya ialah Emma Thompson, Maggie Gyllenhaal, Maggie Smith, Asa Buuterfield, Eros Vlahos, Lil Woods, Rosie Taylor-Ritson, Oscar Steer dan Rhys Ifans. Kalau kita teliti baik-baik nama ini, bukannya ada A-List pun. Cuma Emma Thomspon sorang je yang mantap. Namun, sokongan lakonan mereka memang menjadi real.

Watak seorang bibik bergigi kapak jonggang tu sudah tentu dipegang oleh pemenang Pelakon Wanita Terbaik Academy Award, Emma Thompson. Sekuel kali ini membawa kembali semangat filem pertama Nanny McPhee yang pernah ditayangkan pada tahun 2005 lalu.

Ceritanya sama sahaja. Nanny, seorang amah yang mempunyai kuasa ajaib untuk menjinakkan 5 orang budak dengan beberapa ajaran. Tapi Budiey kira untuk sekuel ini, ternyata skripnya terlalu serius dan plotnya juga lebih menarik untuk ditonton oleh penonton dewasa.

Mrs Green lakonan Maggie Gyllenhaal yang ditinggalkan suami yang katanya keluar untuk berjuang di medan peperangan terlalu sibuk untuk menjaga anaknya di rumah. Mana taknya, 3 orang anaknya, Megsie, Vincent yang tak henti-henti bergaduh.Kemudian datang pula sepupu mereka yang dibesarkan dengan kehidupan yang lebih urban, Cyril dan Celia untuk melawat Rhys Ifans yang mahu menjual ladang bagi melunaskan hutang piutangnya.

Dalam kekalutan dan juga keadaan yang sangat tak terurus, Mrs Green memerlukan seseorang yang datang membantunya. Ya, hanya Nanny McPhee mampu membuatkan budak-budak ini duduk diam.

Budiey rasa, scene yang menarik dalam filem ini adalah ketika mana budak-budak ini dijinakkan dengan cara yang sangat magikal. Karakter Nanny juga memang sama ditampilkan dengan giginya yang sebatang itu terjojol, hidung yang besar dan dua tompok sanggul.

Lakonan Emma Thompson tak mengecewakan membawa watak amah yang diadaptasikan dari buku Christianna Brands. Karakter yang agak tegas dan ketenteraan ini menjadikan ia digeruni oleh budak-budak.

Gaya pengarahan yang berjaya mencipta karakter dengan dunia yang berbeza boleh dikira agak berjaya. Walaupun ada teman-teman media sikit kecewa dengan filem ini yang dikatakan sangat klise. Namun, harus faham juga, filem ini direka khas untuk kanak-kanak.

Sudah tentu kesan khas tidak boleh lari jauh dari filem yang berasaskan khayalan ini.

Suka dengan suasana ladang di London? Ya, filem ini mungkin membawa anda ke sana!

Budiey memberikan 2.5/bintang untuk filem ini.

Filem ini telah ditayangkan mulai 10 Jun yang lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anmum Essential Tom Tom Bak Musim Ke-3 Lebih Meriah

Armada Lancar Album Hal Terbesar di Malaysia