Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Filem Mukhsin: Kemegahan atau Kejelikan?

 Lirik lagu Hujan, lagu tema filem Mukhsin ciptaan ayah Yasmin Ahmad sendiri:

Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara

Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa

Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung

Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi

Irama keroncong dari lagu tema Filem Mukhsin ini kini bergema di segenap ruang. Lagu ini banyak memberi gambaran isi luar dan dalam filem ini. Tema cinta dan kasih sayang yang cukup artistik masih lagi utuh menjadi tema utama filem Mukhsin.

Lagu keroncong yang dipasang berulang-ulang dalam dewan panggung Golden Screen Cinemas menambahkan rasa teruja yang menghantui saya sebelum pra tonton hari ini. Merdu dan mendayu-dayu sungguh lagu ini apatah lagi apabila dinyanyikan oleh Adibah Nor, yang juga menjadi pelakon utama filem ini. Lagu ini seolah-olah ingin menyuntik memori dan nostalgia. Seperti filem ini juga yang boleh menggamit memori zaman kanak-kanak saya.

Untuk melihat foto sekitar tayangan pra tonton filem Mukhsin, sila klik: http://budifoto.blogspot.com/2007_02_28_archive.html

Foto sneak preview filem Mukhsin. Foto kredit & ihsan daripada Grand Brilliance Sdn Bhd :

Akhirnya, saya sudah pun menonton Filem Mukhsin. Filem yang saya tunggu-tunggu. Filem yang juga dinanti-nantikan oleh penggemar filem arahan Yasmin Ahmad. Selepas Rabun, Sepet dan Gubra, karya Yasmin Ahmad kali ini menjadi buah tangan yang punya nilai sentimental bagi saya. Apa yang menjadi nilai sentimental itu, nanti saya ceritakan kemudian ya.

Nantikan juga foto-foto sekitar pra tonton Filem Mukhsin yang akan dipublish di blog ini.

Petang tadi, majlis pra tonton filem Mukhsin berlangsung dalam suasana meraikan kemeriahan sambutan kemenangan filem ini di Berlin. Apa tidaknya, filem Mukhsin diiktiraf sebelum tayangan di negara sendiri. Umum sudah tahu yang Filem Mukhsin telah memenangi Anugerah Filem Terbaik bagi kategori Generasi Baru di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57 pada 17 Februari lalu. Bukan itu sahaja, filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd turut mencatatkan kemenangan berganda apabila berjaya meraih tempat kedua bagi Anugerah Juri Kanak-Kanak.

Apakah kemenangan ini bisa menutup mulut-mulut jahat yang menidakkan mutu dan terus mendakwa filem Yasmin menconteng budaya dan adat Melayu? Atau apakah kali ini mereka akan terus mengorek segala yang jelik dalam filem Mukhsin? Korek dan galilah… silakan.

Filem ini akan menemui penonton pada 8 Mac ini di 30 pawagam seluruh negara. Persoalan, apa lagi isu atau kontroversi yang bakal datang menerjah naskah Yasmin kali ini? Ya, saya dengar juga. Belum apa-apa lagi sudah ada yang mengatakan filem ini seolah ingin mengajak dan mengajar budak-budak remaja belasan tahun bercinta. Apakah ukuran mereka mendakwa sedemikian? Adakah dengan hanya membaca sinopsis atau sekadar melihat poster?

Tontonlah dahulu sebelum buat apa-apa andaian.

Saya anggap, dengan pengiktirafan negara luar terhadap filem Mukhsin, ini satu kemenangan buat semua sekurang-kurangnya nama negara dikenali sebagai antara pengeluar filem bermutu. Ini yang sepatutnya dilahirkan bukan melempar rasa kurang senang dengan garapan stail Yasmin yang dikatakan sentiasa mengundang kontroversi dengan menyentuh sensitiviti Melayu yang terkurung dalam taboo (pantang larangnya… Ops!)

Sebaliknya bagi penggiat dan pencinta filem tempatan semuanya meraikan kemenangan ini dengan rasa cukup rendah diri. Dua anugerah di Berlin berjaya menggamit perhatian juri. Bukan senang untuk mendapat kepercayaan orang luar. Semua itu tidak akan tercapai sekiranya tiada mutu keunggulan dan nilai estetika yang tinggi.

Lagu OST Tema filem Mukhsin:

Ne Me Quitte Pas (Don’t Leave Me) - Nina Simone
ENGLISH TRANSLATION:

Ne me quitte pas
Il faut oublier
Tout peut s’oublier
Qui s’enfuit déjà
Oublier le temps
Des malentendus
Et le temps perdu
A savoir comment
Oublier ces heures
Qui tuaient parfois
A coups de pourquoi
Le coeur du bonheur
Ne me quitte pas

Don’t leave me
We must forget
All we can forget all we have done
Let’s forget the cost of the breath
We’ve spent saying words unmeant
And the times we’ve lost hours that must destroy
Never knowing why everything must die at the heart of joy
Don’t leave me

Moi je t’offrirai
Des perles de pluie
Venues de pays
Où il ne pleut pas
Je creuserai la terre
Jusqu’après ma mort
Pour couvrir ton corps
D’or et de lumière
Je ferai un domaine
Où l’amour sera roi
Où l’amour sera loi
Où tu seras reine
Ne me quitte pas

I’ll bring back to you pearls of rain
From a distant land where rain never fell
And until my death I’ll keep mining the ground
To cover your body in gold and light
I’ll build you a domain where love is law
Where love is king and you are queen
Don’t leave me

Ne me quitte pas
Je t’inventerai
Des mots insensés
Que tu comprendras
Je te parlerai
De ces amants-là
Qui ont vue deux fois
Leurs coeurs s’embraser
Je te raconterai
L’histoire de ce roi
Mort de n’avoir pas
Pu te rencontrer
Ne me quitte pas

Don’t leave me
For you I’ll invent
Meaningless words that you will understand
Tales of lovers who fell apart and then fell in love again
I will tell you of a king
Who died from not meeting you
Don’t leave me

On a vu souvent
Rejaillir le feu
De l’ancien volcan
Qu’on croyait trop vieux
Il est paraît-il
Des terres brûlées
Donnant plus de blé
Qu’un meilleur avril
Et quand vient le soir
Pour qu’un ciel flamboie
Le rouge et le noir
Ne s’épousent-ils pas
Ne me quitte pas

Often we’ve seen that flames spill anew
From an ancient volcano we thought too old
When all’s said and done scorched fields
Could give more corn than the finest April
And when evening is nigh with flames overhead
The black and the red aren’t they married in the sky
Don’t leave me

Ne me quitte pas
Je ne vais plus pleurer
Je ne vais plus parler
Je me cacherai là
A te regarder
Danser et sourire
Et à t’écouter
Chanter et puis rire
Laisse-moi devenir
L’ombre de ton ombre
L’ombre de ta main
L’ombre de ton chien
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas

Don’t leave me
I will cry no more
I will talk no more hide myself
To watch you dance and smile
And hear you sing and laugh
Let me be the shadow of your shadow
The shadow of your hand
The shadow of your dog
Don’t leave me

Berikut foto-foto detik indah kemenangan filem ketiga garapan Yasmin Ahmad di Berlin. Foto ihsan daripada Grand Brilliance Sdn Bhd :

Syarifah Aryana dikerumuni peminat untuk tandatangan autograf.

Syarifah Aryana yang sentiasa tersenyum macam kakak-kakaknya.

Di red karpet… si cilik yang akan terus digilap.

Tags: , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Filem Mukhsin Menang Pingat Perak di Netpac Festival Di Jogjayarta
  • Sekitar Pra Tonton Filem Mukhsin
  • Filem Mukhsin Menang 2 Anugerah!
  • Gambar Nikki, Mila, Sarimah, Mukhsin dan Hazami
  • Pencalonan Akhir Finalis Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20
  • Pemenang Festival Filem Malaysia 20
  • Biodata Sharifah Amani Pelakon Filem Muallaf
  • Ulasan Filem Mukhsin: Skrip & Falsafah Kehidupan
  • Sinopsis Filem Mukhsin
  • Sharifah Amani & Que Haidar Bercinta?



  • 18 Komen untuk entri “Filem Mukhsin: Kemegahan atau Kejelikan?”

    1. fiebie kata:

      wahhh dah siap ke review. akak tak siap lagi.

    2. Budiey kata:

      Ni baru ulasan fasa pertama… hehehe…

    3. abby kata:

      hi budiey, great review and pictures! Saya baru je posted mine. Susah nak buat review dari segi teknikal, jiwa mesti puitis untuk menginterpretasikan sebuah karya yasmin.

    4. Sensasi Selebriti » Blog Archive » Sekitar Pra Tonton Filem Mukhsin kata:

      [...] Mesti baca: Filem Mukhsin: Kemegahan atau Kejelikan? [...]

    5. one kata:

      wah cool review..buat lagi teruja untuk pergi nonton
      One tak pandai komen pasal seni2 ni tapi yang pasti kalau ianya menepati selera, no words can best describe apa yang kita rasa..
      Mukhsin..a definite collection.

    6. talib kata:

      x tengok lagik.. tapi sure akan tengok.. orang luar dah mengiyakan, takkan kita plak nak diam diri? mari sama-sama menonton Mukhsin. Sokong filem tempatan.. :p

    7. princewen kata:

      the best malay movie that i hv ever seen…. honestly im not realy like malay movie… garbage!!! but yasmin ahmad movie is realy nice… keep on da good work……. love peace..

    8. ummiaiman kata:

      Petang tadi tengok cerita arahan yasmin ahmad nie bersama anak2 at first nak menonton pukul 12 ticket sold ou n pukul 2 ptg hanya tinggal baris depan jadi decided ambil pukul empat petang mmg penantian yang tak sia2,

      2 thumb up for yasmin. mmg bestttttttt yang teramat sgt cerita nie sesangat simbolik dan mengimbau kembali zaman kanak2.

      My boy suka sesangat cerita nie yang buat saya terkejut aiman cakap lagu hujan tu best sangat ummi, perghhhh anak aku dah layan lagu keroncong hehehhee apa pun tahniah buat yasmin ahmad mmg hasil kerja yang bermutu.

    9. nor kata:

      aku tgk citer ni sbtu lps…lgsung xboring….gelak sakan tgk…smpai member aku tension je aku gelak giler smbil tgn tepuk2 kat die…
      ahaha…aku rase dlm byk2 citer yasmin ni, citer ni paling enjoy…best!..
      mane nk dpt ye mp3 lagu ujan tu…sedap seh…

    10. faris kata:

      ade sape2 yang bleh tolong bagitahu tajuk lagu spain or italy dlam mukhsin tak…? tak tahu lagu apa, tapi lagu yang pembantu umah lelaki dia main then diorg dancing malam masa mukhsin jengah dari luar…

    11. ESHAH HASSAN kata:

      Saya sememangnya menanti-nanti filem MOHSIN ditayangkan tapi apa yang menyedihkan filem tersebut ditayangkan pada 8 March 2007 di pawagam dan belum sempat saya ke pawagam pada 8 March 2007 saya dapati banyak CD cetakrompak telah dijual berleluasa di Johor Bahru dengan harga RM5.00 seunit. Saya cuba membeli CD tsb dengan alasan utk melihat buat sementara saya menanti CD original dikeluarkan. Amat mengecewakan kerana saya rasa pihak yg tidak bertanggungjawab mencetak filem tsb seolah-olah hanya ingin mengaut keuntungan dari hasil titik peluh orang lain. Saya amat terkilan dan merasa sedih kerana orang lain yang berlakon, orang lain yang dapat untung. Harap ambil tindakan segera.

      Saya harap pihak bertanggungjawab dapat membenteras gejala cetakrompak ini.

    12. Tengku Zaim bin Tengku Zulkarnain kata:

      Assalamualaikum ,,,, / Hello Everyone / Hai

      Pertama-tamanya ,, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yasmin Ahmad , Syarifah dan krew 2 yg tlh menjayakan Filem Mukhsin ,,,,,,,,

      teringat saya , sewaktu hendak menonton wayang Filem Mukhsin tersebut ,,, tension ! kami sekeluarga ,,,,, Al-Maklumlah ,,,,, sewaktu kami hendak pergi ke panggung wayang kereta kami buat hal ,,,tetapi kami bernasib baik sebab kereta kami dah masuk dah tempat parking ,,, kami buat keputusan terus park kereta ,,, terus tengok Filem tu terus ,,,,,,
      lepat tengok tu …. Fuhhh …hilang terus tension sbb .. citer Mukhsin tu dia melambangkan keharmonian sesebuah keluarga ,,,,,

      Akhir kata …. saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia …. sokonglah filem tempatan

      Wassalam ……

    13. alieya kata:

      pe pun.tahniah to kak yasmin kerana menghasilkan flem yang memang menarik perhatian saya. dan tidak dinafikan karya2 anda memang menarik dan mampu membuat saya tersentuh.tahniah.

    14. fazli kata:

      memang best la mukhsin nie

    15. AZHAR kata:

      1. KENAPA CERITA YASMIN AHMAD BEST ?.
      = Sebab ceritanya berkisar kehidupan sebenar yang sebelum ini kebanyakkan produser filem menidakkan kebenaran dan hanya mengejar keuntungan.
      2. APA YANG MEMBUATKAN MUKHSIN BEST ?.
      = Kerana watak dalam cerita yang dilakonkan oleh pelakonnya mempunyai jiwa. kalau dilihat ianya adalah kejadian yang berlaku disekeliling kita sahaja.
      3. KENAPA MUKHSIN MEMENAGI ANUGERAH DI BERLIN ?.
      = cerita yang berpijak dibumi nyata dan cerita yang membawa kita menyelami setiap watak dalam cerita tersebut.
      ….P/S: FILEM INI MEMANG LAYAK MENDAPAT ANUGERAH KERANA TERDAPAT BERIBU ASPEK KEHIDUPAN DALAMNYA. YASMIN AHMAD BERJAYA MEMERTABATKAN FILEM MELAYU SEMULA KE TARAF YANG LEBIH TINGGI YANG TIDAK SAMA DENGAN KEBANYAKKAN SAMPAH YANG ADA SEBELUM INI. (P.RAMLEE ADALAH INSAN PERTAMA YANG MEMERTABATKAN FILEM MELAYU).

    16. Iskandar kata:

      Patutla leh menang kt Berlin tu, mmg best upenyer..
      tahniah utk Yasmin Ahmad, filem melayu yg mmg bermutu tinggi, kali pertama menonton cite melayu yg seumpama ini, (selalunye hampa je kuar wayang after tgk filem melayu) n pada kali ni, kuar je wayang, terus tanye kedai vcd, “mukhsin ori punya ada??” tak sabar nk beli vcd yg ori, nk wat koleksi la pulak..
      n diharapkan filem2 maelayu akan dtg, cube contohi mcm cite ni.. best!
      p/s: jgn beli vcd yg pirate, sbb cite ni, mmg best..! superb!

    17. feli kata:

      Saya baru sahaja habis menonton mukhsin. I love the story so much…hebatlah pelakon-pelakon utama dia. Part akhir sekali Mukhsin menangis, saya pun termengalir air mata. Teringat semula kenangan saya pada lingkungan usia yang sama. I am sorry for Mukhsin…beban hidup yang dia alami amat berat untuk usia muda begitu. Orkid pula memberikan kegembiraan pada hidup Mukhsin (pada masa yang singkat sahaja).

      Pelakon Mukhsin ada dapat award jugakah? Both of them are really great.

    18. mYn kata:

      salam.. knape sy bole jmpe web ni?? sbb sy cari lagu Ne Me Quitte Pas (Don’t Leave Me) - Nina Simone. thanx admin sbb letakkn lirik lagu ni same.. kalau tak mesti tak tau tajuk lagu ni..

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET