in ,

Filem Menarik Sepanjang Julai di TV2

HIMPUNAN FILEM-FILEM KOMEDI MENARIK SEPANJANG JULAI MENERUSI SLOT CINEMA @ 2 DI TV2

Bergelak ketawa sepanjang bulan Julai ini menerusi slot Cinema @ 2 setiap Rabu, jam 10 malam kerana Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi Saluran Dunia Ria, TV2 akan menyiarkan rangkaian filem-filem komedi untuk tontonan umum seisi keluarga yang pastinya menceriakan malam anda.

Dibarisi oleh ramai pelakon-pelakon popular antarabangsa seperti Jim Carey, Whoopi Goldberg, Marlon Wayans, Adam Sandler dan ramai lagi, penonton semua pasti tidak kering gusi dengan lakonan dan aksi-aksi yang ditayangkan.

Pada 1 Julai 2009, TV2 akan menyiarkan filem Sister Act 1 yang dibarisi oleh pelakon seperti Whoopi Goldberg, Maggie Smith, Kathy Najimy, Wendy Makkena, Mary Wikes dan Harvey Keitel. Filem yang bercorak komedi ini mengisahkan tentang kehidupan seorang penyanyi  Deloris Van Carter yang terpaksa menyamar sebagai rahib disebuah gereja setelah mendapat perlindungan daripada polis akibat daripada satu kes pembunuhan. Deloris merupakan saksi utama kes pembunuhan yang melibatkan teman lelakinya Vince. Di gereja, Deloris cuba untuk membentuk kumpulan koir gereja yang moden. Tetapi adakah rahsia Deloris akan terbongkar dan mampukah Doleris menarik minat golongan muda untuk menyertai kumpulan koir gereja?

Siri sekual, Sister Act II pula akan menyusul pula pada 8 Julai 2009, yang masih menampilkan Whoopi Goldberg sebagai teraju utama sebagai Deloris dan Sister Mary Clarence. Selain itu, ia turut dibarisi pelakon seperti Kathy Najimy, Bernard Hughes, Mary Wiskes, James Coburn dan Michael Jeter. Deloris yang ditugaskan sebagai guru koir di gereja ingin membentuk satu kumpulan kior gereja untuk satu pertandingan. Namun salah seorang pelajarnya yang berbakat dihalang oleh ibunya daripada menyertai kumpulan koir tersebut. Selain itu, mereka juga mendapat berita bahawa sekolah tersebut bakal ditutup disebabkan kekurangan murid.

Pada 15 Julai 2009 pula, sebuah lagi filem komedi akan ditayangkan di saluran Dunia Ria TV2. Click dibintangi oleh Adam Sandler, Kete Beckinsale, Christopher Walken, David Hasselhoff dan Henry Winkler. Click mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan mewah dan senang. Micheal Newman tinggal bersama isteri kesayangannya Donna dan dua orang anak Ben dan Samantha. Kemewahan dan kesenangan yang dikecapi oleh Michael bagaimanapun diannggap kurang dek kerana kekurangan waktu bersama keluarga disebabkan kesibukan bekerja Oleh itu, Micheal mengharapkan alat yang dapat mengawal kehidupannya.

Suatu hari, semasa Micheal ke Bed, Bath & Beyond Store, dia berjumpa dengan Morty mempunyai alat kawalan yang bukan hanya untuk alat kawalan tv tetapi dapat mengawal kehidupannya. Namun Michael mulai sedar bahawa hidupnya seperti dikawal oleh alat kawalan tersebut dan sedar kehidupan ini adalah suatu yang sangat bermakna dan tidak boleh dilupakan.

Menerusi slot Cinema@2 juga, penonton akan dihiburkan dengan lakonan Jim Carey yang sememangnya terkenal dengan watak komedi anataranya menerusi filem Fun With Dick And Jane yang akan bersiaran pada 22 Julai 2009. Dick Harper merupakan seorang ahli perniagaan dalam bidang komunikasi. Dia hidup dengan mewah dengan rumah yang besar dan kereta mewah. Namun Dick tiba-tiba jatuh muflis apabila saham dalam syarikatnya ditarik balik disamping hilang pekerjaannya. Tanpa sebarang sumber kewangan dan simpanan, Dick dan Jane terpaksa mencari jalan untuk mengekalkan gaya hidupnya. Bagaimanakah cara yang dilakukan oleh Dick dan Jane untuk meneruskan cara hidup mewahnya? Jangan lupa untuk saksikan lakonan Jim Carey dalam filem Fun With Dick And Jane di TV 2.

Meneruskan aksi-aksi komedi dalam bulan Julai adalah filem Little Man yang akan bersiaran pada 29 Julai 2009. Menampilkan lakonan adik beradik Marlon Wayans dan Shawn Wayans disamping Kerry Washington dan Molly Shannon. Calvin Sims merupakan bekas banduan kerdil yang bersuhabat dengan abangnya Percy mencuri sebutir mutiara. Semasa dalam buruan polis, Calvin telah meletakkan mutiara itu dalam beg seorang wanita, Vanessa dan Calvin terpaksa menyamar sebagai bayi untuk mendapatkan kembali mutiara tersebut. Vanessa yang tertarik dengan Calvin mengambilnya dan peluang ini digunakan oleh teman lelaki Vanessa, Darryl untuk membuktikan bahawa dia boleh menjadi bapa yang baik. Calvin mendapati hidup sebagai bayi dan mendapatkan balik mutiara itu sangat sukar berbanding yang difikirkannya.

Oleh itu, jangan lupa untuk menyaksikan rangkaian filem-filem komedi hebat sepanjang bulan Julai setiap hari Rabu, jam 10.30 malam dalam slot Cinema@2 hanya disaluran Dunia Ria, TV2. Sister Act I (1 Julai 2009) Sister Act II (8 Julai 2009) Click (15 Julai 2009) Fun With Dick And Jane (22 Julai 2009) dan Little Man (29 Julai 2009).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Tony Eusoff Bersama Kekasih

Rancangan Terbaik Sempena Ulangtahun ke-11 NTV7