in

Filem Menarik Sepanjang Cuti Sekolah

Keseronokkan berganda menanti kanak-kanak dan seisi keluarga tibanya cuti penggal persekolahan ini apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 menjanjikan tayangan filem-filem terbaik kepada penonton setia salurannya.

Menariknya keseronokkan menonton berpanjang sepanjang hari bermula seawal pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam dengan variasi filem animasi menghiburkan iaitu Open Season (24 Mac), The Swan Princess : The Mystery of The Enchanted Treasure (25 Mac), Lilo & Stitch (26 Mac) dan Nuttiest Nutcracker (27 Mac) yang kesemuanya disiarkan pukul 10.00 pagi.

[pullquote]Menyusul hiburan pukul 2.00 petang barisan filem Bridge to Terabithia (24 Mac), Toy Story 2 (25 Mac), Toy Story 3 (26 Mac), Cow Belles (27 Mac) dan The Princess Diaries 2 : Royal Engagement (29 Mac) juga pukul 10.00 malam tayangan filem The Water Horse : Legend of The Deep (29 Mac).[/pullquote]

Open Season mengisahkan seekor beruang berbulu kelabu yang hidup di Amerika Utara, Boog. Hidup dalam keadaan serba sempurna namun setelah bertemu dengan seekor rusa dikenali sebagai Elliot segalanya berubah. Elliot terkenal dengan kebolehan bercakap selain bentuk fizikalnya yang kurus kering. Kedua-duanya sama-sama menyertai pertandingan berburu yang turut disertai haiwan hutan yang lain.

The Swan Princess : The Mystery of The Enchanted Treasure pula berkongsi kisah pasangan Diraja Odette dan Derek berdepan dengan ahli silap mata jahat bernama Zelda. Zelda telah menculik Odette sebagai tebusan membuatkan Derek dan beberapa rakan-rakan haiwan menuju untuk menyelamatkan Odette.

Diikuti kemudiannya Lilo & Stitch tentang Dr. Jumba Jookiba dibicarakan atas sebab eksperimen genetik yang tidak sah, termasuk Eksperimen 626, makhluk agresif dan licik. 626 dibuang negeri di atas asteroid. Namun, 626 dapat melarikan diri ke bumi. Di bumi dia ditempatkan di bawah perlindungan haiwan kerana dia dianggap sebagai anjing. Lilo yang kematian ibubapa yang kini di bawah jagaan Nani. Lilo sentiasa dibuli dan dia akhirnya ditempatkan di pusat perlindungan dan berminat untuk berkawan dengan 626. Lilo menamakan 626 dengan nama Stitch.

The Nuttiest Nutcracker melatari kisah Marie, yang meraikan sambutan Krismas. Dia mula mengerti kepentingan mempercayai diri sendiri setelah menerima hadiah kenderaan ajaib yang mampu membawanya ke Christmas Kingdom pemberian bapa saudaranya.

Kisah menarik Bridge to Terabithia berkongsi pengalaman dua kanak-kanak yang kesunyian cuba untuk mencipta kerajaan hutan yang ajaib.

Saksikan juga dua siri sekuel Toy Story 2 dan Toy Story 3 berturut-turut yang pastinya mencuit hati penonton dengan memaparkan tentang kitaran hidup sesebuah alat permainan yang menghadapi pelbagai dilemma apabila pemiliknya meningkat dewasa. Di antara barisan pelakon terkenal yang menjadi suara latar di dalam filem animasi ini adalah Tom Hanks, Tim Allen, Joan Cusack, Kelsey Grammer dan ramai lagi.

Lakonan Aly Michalka, AJ Michalka dan Jack Coleman dalam Cow Belles berkongsi pengalaman untuk belajar bagaimana menjadi individu bertanggungjawab dalam diri dua saudara perempuan remaja kaya dipaksa untuk bekerja dalam perniagaan keluarga mereka. Apabila dana syarikat hilang, ia terpulang kepada gadis-gadis untuk menyelamatkan keadaan.

Aksi lucu dan mencuit hati di kongsi RTM dalam filem The Princess Diaries 2 : Royal Engagement bila mana Puteri Mia menetap di Genovia, berdepan situasi baru dan dia bersedia untuk perkahwinan yang diaturkan kepadanya oleh peminang Inggeris.

Rancangan khas menghiburkan penonton cuti sekolah diakhiri dengan tayangan filem The Water Horse : Legend of The Deep cuba mendalami perasaan seorang budak lelaki kesepian mendapati telur misteri tentang makhluk laut legenda Scotland.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UNIQLO Launches Special Collaboration With Ines de La Fressange

Senarai Peserta Bintang Mencari Bintang Musim Kedua