in

Filem Menarik Sempena Hari Wesak di RTM

LIMA FILEM INGGERIS HEBAT SEMPENA HARI WESAK DI RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan tayangan lima program khas berturut-turut sempena Hari Wesak yang disambut pada 17 Mei ini. Ternyata RTM mengutamakan penonton setia salurannya dengan variasi program yang menghiburkan terutama ketika meraikan sesebuah perayaan.

Lima filem hebat yang dijanjikan tayangannya sepanjang 17 Mei ini termasuklah filem Monster Vs Alien : Mutant Pumpkin From Outer Space (jam 9.30 pagi), Secret of The Furious Five (jam 10.00 pagi), Mulan 2 (jam 10.30 pagi), George of The Jungle (jam 01.00 petang) dan The Golden Child (jam 03.00 petang) menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

filem secret of the furious five

Bermula tayangan filem Monster Vs Alien : Mutant Pumpkin From Outer Space yang menonjolkan kesemua watak dijayakan Reese Witherspoon, Seth Rogen, Hugh Laurie, Will Arnett, Conrad Vernon, Rainn Wilson, Kiefer Sutherland, Stephen Colbert dan Paul Rudd. Filem animasi komputer terbitan tahun 2009 yang dihasilkan oleh DreamWorks Animation dan diedarkan oleh Paramount Pictures ini menceritakan bagaimana orang mempersiapkan diri untuk Halloween dan banyak mengangkat tema Halloween dan dekorasi membuat animasi pendek yang tampak sangat meriah. Filem ini ditujukan terhadap anak-anak kerana banyak kelimpahan gula-gula dalam setiap babak.

Menyusul animasi Secret of The Furious Five yang mengambil suara Jack Black, Dustin Hoffman, David Cross, Randall Duk Kim, Carol Kane, Jaycee Chan, Jessica Dicicco dan Tara Strong yang mengisahkan watak Po yang ditugaskan untuk melatih sekumpulan arnab dengan seni Kung Fu. Po menggunakan pendekatan melalui teknik bercerita tentang asas konsep falsafah ‘ Furious Five’ untuk melatih mereka menjadi individu yang hebat dalam seni Kung Fu.

Setelah itu saksikan pula Mulan 2 yang mengambil latar kisah kesinambungan Mulan bersama tunangnya General Lee Shang dengan misi baru mereka mengiringi tiga orang puteri Maharaja menyeberangi negera untuk bertemu dengan bakal tunang mereka. Filem animasi ini berkisar kepada mengatur perkahwinan, ketaatan, perhubungan, membuat keputusan, kepercayaan dan bertemu cinta sejati. Filem ini mengetengahkan watak Fa Mulan menggunakan suara Ming Na, Mark Moseley (Mushu), B.D. Wong (General Li Shang) dan Lucy Liu (Puteri Mei).

Bagi mereka yang gemarkan filem bercorak komedi, luangkan masa menonton George of The Jungle lakonan hebat Brendan Fraser, Leslie Mann, Thomas Haden Church dan Richard Roundtree yang mengajak penonton bergelak ketawa dengan watak George yang telah membesar bersama sekumpulan beruk di dalam sebuah hutan. Pelbagai kejadian yang mencuit hati berlaku setiap hari yang menyaksikan bagaimana George menyesuaikan diri di situ.

Peminat aktor hebat Eddie Murphy jangan ketinggalan menyaksikan filem The Golden Child yang mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai kebolehan misteri di sebuah kuil yang terletak di sebuah lokasi di Tibet. Kanak-kanak tersebut digelar ‘Golden Child’. Kanak-kanak itu diculik dan Chandler Jarrell seorang pekerja sosial berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Filem ini turut dibintangi Charles Dance, Charlotte Lewis, Victor Wong, Randall Cobb dan James Hong.

FILEM GEORGE OF THE JUNGLE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BIO Mariah Carey

TV3 Bakal Anjurkan Mom & Baby’s Day Out