in

Filem MAT MOTO Lakonan Shaheizy Sam & Syamsul Yusof

Tidak dinafikan, sudah banyak kisah mengenai permotoran yang telah diadaptasi ke layar perak. Kini, sebuah lagi filem bercorak permotoran yang dihasilkan berjudul Mat Moto dengan menggunakan tagline ‘Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit’.

Merupakan kolaborasi antara Pekin Ibrahim selaku Pengarah serta Syafiq Yusof yang bertindak sebagai Pengarah Bersama, filem terbitan Skop Production Sdn. Bhd., Viper Studios dan Fimtab Professional Film diterajui oleh Pekin dan Felisha Crossley.

Untitled

MAT MOTO – ‘KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT’

[dropcap]B[/dropcap]agaimanapun, Mat Moto juga turut menampilkan keunikan yang tersendiri apabila terdapat beberapa artis popular lain turut membintangi filem ini. Antaranya seperti Shaheizy Sam, Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Syamsul Yusof dan Kamarool Hj. Yusof.

Mat Moto mengisahkan lelaki bernama AL yang juga merupakan seorang pemilik sebuah syarikat suntingan filem yang telah mengembara ke empat buah negeri untuk menunaikan hajat sahabatnya, Spark yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

Hajat AL dalam pengembaraan tersebut adalah untuk memiliki 4 jenis helmet ‘rare’ yang amat berharga dan digilai oleh penggemar motosikal di tanah air.

Dalam masa yang sama Sikha, seorang pelajar praktikal di pejabat AL telah mengikutinya dalam pengembaraan AL untuk mencari keempat-empat helmet tersebut dan ketika itulah bermula bibit cinta diantara mereka.

Malangnya, hubungan mereka terhalang disebabkan satu peristiwa yang dirahsiakan oleh Sikha.

Apakah kesudahannya? Berjayakah mereka menamatkan pengembaraan untuk mencari helmet itu? Semuanya akan dapat disaksikan dalam filem Mat Moto yang akan ditayangkan di pawagam pada 14 Januari 2016.

YouTube Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=cAZaaIlyVyU

Facebook rasmi: https://www.facebook.com/filemmatmoto2016/

Barisan pelakon Mat Moto

Pekin Ibrahim sbg AL

Felisha Crossley sbg Sikha

Datuk Rosyam Nor sbg Sharul

Shaheizy Sam sbg Acai

Syamsul Yusof sbg Mus

Faizal Hussein sbg Pit

Kamarool Hj Yusof sbg Farouk

Zul Huzaimy sbg Spark

Cat Farish sbg Macha

Hakim Nawawi sbg Bangcik

Nazri Nawawi sbg Osman

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Chicago Live in Malaysia 2016

Wak Doyok Menang Anugerah Top Influencer Asia 2015