Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang



Latar Belakang Filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang

Penerbit : N Azman
Pengarah : Majed Salleh
Penulis Cerita Asal : Shahroom Husain
Syarikat Penerbit : Dayang Digital Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 22 Oktober 2009
Audio : Dolby
Format : 35mm

Filem ini diilhamkan oleh novel tulisan sasterawan Cikgu Shaharom Husain, pertama diterbitkan pada tahun 1957. Ia menceritakan sebuah legenda dari Johor mengenai satu tragedi cinta berdarah.

Malaysia nyata mewarisi berbagai kisah-kisah yang menarik. Malangnya generasi sekarang hanya di dedahkan dengan beberapa legenda terkenal seperti Mahsuri, Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. Sebelum warisan ini lenyap ditelan zaman, sudah tiba masa untuk kisah-kisah seperti Lembing Awang Pulang ke Dayang ini diketengahkan.

Di bawah arahan Majed Salleh, akan tiba pada tahun 2009 sebuah filem tragedi cinta yang penuh dengan aksi pertarungan dan akibah citra, cinta dan cita dan di bintangi oleh barisan pelakun handalan generasi kini dan sebelumnya.

Poster Lembing Awang Pulang Ke Dayang

Sinopsis Lembing Awang Pulang Ke Dayang

Kisah terjadi kira-kira 200 tahun dahulu disebuah pekan bernama Padang (sekarang di daerah Muar). Terdapat seorang gadis rebutan pemuda kampung bernama Dayang (Siti Elizad). Dayang menaruh hati terhadap Awang (Farid Kamil), pemuda tampan harapan Padang.

Apabila Awang masuk meminang, bapa Dayang (Dato Kuswadinata) yang mementingkan darjat, mengenakan syarat yang ketat sehingga Awang terpaksa belayar selama 3 tahun. Awang menyahut cabaran adat dan belayar meninggalkan Padang berbekalkan janji Dayang untuk kekal setia sehingga  ‘keringlah laut tanah Melaka’.

Bachuk  (Zul Huzaimi) juga meminati Dayang. Dengan ketiadaan Awang dan dengan bantuan guru silatnya Panglima Merah (Hattan) yang juga bekas ketua lanun, Bachuk mengumpan Pak Long agar dapat mendekati Dayang.

Pelayaran Awang hampir musnah apabila sampannya di serang lanun. Dia dijumpai terdampar di pantai oleh seorang pengembara aneh yang gemar berfalsafah bernama Dekar Agas (Aziz M Osman).

Dengan bantuan Nakhoda Galigo (Khir Rahman), Awang belayar ke Makasar (Pulau Sulawesi) untuk mencari duit dan kain mastuli. Dia bertemu dengan Claudia (Mei-Ling Ludi), seorang wanita Belanda cantik yang jatuh cinta kepada Awang dan tidak membenarkan dia balik ke Padang.

Apabila tempuh 3 tahun hampir tiba, Awang masih belum pulang dan Dayang diresahi khabar-khabar angin yang tidak baik. Usaha Bachuk mendekati Dayang masih berterusan dan Dayang kini sudah jinak-jinak merpati.

Apakah kesudahan filem ini:
Bagaimana Lembing Awang pulang ke Dayang?
Sempatkah Awang balik ke Padang sebelum tamat tempuh 3 tahun?
Adakah Dayang dapat terus setia dan menahan pujukan Bachuk?
Apakah agenda sebenar Panglima Merah?

Tenaga Kerja & Krew Pengambaraan

Pelakon Utama

Farid Kamil : Awang
Ejad : Dayang
Zul Huzaimy : Bachuk
Lynette Ludi : Claudia

Pelakon Pembantu

Hattan : Panglima Merah
Aziz M.Osman : Dekar Agas & Raja Muda Bugis
Dato’ Mustapha Maarof : Pak Ngah
Kuswadinata : Pak Long
Khir Rahman : Nakhoda Galigor
Datin Hajah Rosnani Jamil : Mak Ngah
Uji Rashid : Mak Long
M.Rajoli : Orang Kaya Aris
Tamrin Ibrahim Pendek 
Zainurdin Ismail 

Krew

Nazim : Pembantu Pengarah
Azizi ‘Byg’ Borhan : Pengarah Fotografi
Rosdi Md Dali : Pengurus Produksi
Zack Kamal : Pengurus Produksi
Hafiz Kamaruzaman : Penyunting
Adnan Mahadi : Jurukamera
Sabri Mat Esa : Gaffer
Mohd Osharinsha : Key Grip
Sharon Shuib : Jurulampu
Shaharudin Shaidan : Grip
Zack Kamal : Pengurus Lokasi
Izatt : Pereka Kostum
Izatt : Jurusolek Artis
Kamarul Bahrin :Pengarah Seni
Mazley Ukays : Muzik

Trailer Filem

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Filem Eeee, Hantu Lakonan Raja Farah & Ashraf Sinclair
  • Gambar Pelakon Filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang
  • Dayang Nurfaizah: Profile & Biodata
  • Lepas Faradhiya, Kat Mentor, Gossip Hattan & Siti Elizad pulak!
  • Sinopsis Filem Wayang
  • Gambar Dayang Nurfaizah @ 10th Anniversary NTV7 Feel Good Channel
  • Filem Wayang Khas Hari Seniman 2011
  • Dr. Rozmey Dakwa Skim Wajib Tayang Tak Memajukan Industri Filem?
  • Parti Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood
  • Party With Dayang at Hard Rock Cafe



    • http://dauslife.blogspot.com Daus

      best citer ni…

    • http://www.youtube.com/watch?v=60Rblbd1vq4 Manbono
    • Keturunan Daeng Pabitah

      Watak2 dlm filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang telah direka2, hakikatnya arwah datuk ana cdiri pernah menyimpan lembing tersebut tak pernah mereka-reka cerita yg penuh misteri. Ana x nak komen lebih2, nak buat duit pn jgn le nak bohong2 sgt, kira2 cari musibah…..

    • http://www.protonians.com prots

      Salam,

      pertama sekali, saya ingin menyatakan kekecewaan saya yang amat mendalam terhadap filem ini. Pertama, cerita ini sangat menarik jika di garap dengan sempurna.

      Ini kerana, apa yang saya nampak cerita ini seperti nak cepat siap. Audio bnyak lari. Dubbing tak kena. Gambar blur, x seperti yang di gambarkan melalui poster nya yang seakan gempak. Biler masuk wayang, tengok 20 minit pertama da rasa tak senang duduk.

      Saya rasa kalau di lakukan persedian awal, memperbanyakkan pertelitian, saya rasa filem ini memang menarik.

      Persoalan kedua, mengapa ader certain watak macam tak kena. Cina dilakon oleh orang melayu?? Apekah?? Percakap orang Belanda mcam dibuat2..

      Bnyak yang nak saya cakapkan disini, tapi saya harap semua orang yang terlibat tahu.

      Overall yang saya nak cakapkan disini adalah filem ini mahu cepat siap, tanpa memikirkan kualitinya terlebih dahulu.

      Saya amat menyesal. Dan kemungkinan trauma untuk melihat filem melayu lagi. Bukan prejudis atau bias, tapi pengalaman yang byak mengajar.

    • muar_pt raja

      sbg ank jati tempat berlakunya peristiwa sedih ni, aku rasa citer ni mcm menipu penonton pulak.tgok triler pun dah tahu.yg 99 org yang mati 2 kena bunuh dgn lembing bknnya dgn lanun. bersilat pun dah mcm cina opera(gaduh buat2).bkn nak memandai, tpi aku ada dengar dari org2 dlu tentg lagenda ni menyatakan
      awang telah bertunang dengan dayang.kemudian awang berlayar dengan bacuk kononnye nak menentang lanun tetapi bacuk yang bacul melarikan diri kemudian menyatakan awang telah mati. itu pasal dayang kena rampas dengan bacuk.
      pasal tu la awang mengamuk..
      aku rasa penulis novel ni pun xselidik btul2 nak wat buku.

    • Kamen Rider Kabuto

      Saya kecewa dengan filem ni.as a youngster yg meminati sejarah,saya expect cerita ni dapat buatkan saya teruja dengan legenda di tanah air sendiri.tapi bagi saya kualiti cerita ni sgt teruk,dengan bunyi bingit,pastu yang watak nakhoda galigor tu nape plak die nak tiru gaya jack sparrow.i think version lama lembing awang pulang ke dayang (shaharudin thamby jadi awang klau tak silap) lagi best n berkesan sebagai sebuah kisah legenda.walaupun wktu tu saya still kanak2 tp crite tu buatkn saya minat kisah2 sejarah ni,byk lagi crite cam mahsuri(connie ahmad time muda) dan lain2 lg yg bagi saya lebih menarik n berkualiti walaupun crite tu da berdekad dulu dibuat.

    • Pingback: Lembing Awang Pulang ke Dayang « Tempatku bercerita…

    • http://www.google.com ezra

      ok.sye dri brunei.saye belajar dlm tahun 6.dan saye juga gemar bace buku crira.jadi saye pernah bace cite ne dlm buku.saye tak ingatlah pulak apa name tajuk dia.mule mule saye pikir ni cite reka2 je.tapi bile saye tengok kat sne.saya percaya lah pulak.bile saye bace 2 x.sye makin percaye.mule2 dlam buku cite kemudian dlam mastika dan ketige kat internet ne.seram 2 tak lah cume tertarik je.best lah.ape tak nye saye suka kumpul cite legenda org dulu dulu.best.tak mcm skarang.heheheh.harap2 dapat lah saye tengok cite legenda banyak banyak kat tv.best.tak takut pun.tolong ye siarkan cite legenda banyak banyak.

    • Jee

      rasa kecewa tgk filem ni…mcm direka2 pulak jln ceritanye….rasa diperbodoh2kan….99 orang yg mati tu sbb kena tikam dek lembing si awang..bukannya ditikam lanun….yang jadi dayang tu pulak….hampeh….
      cam takde orang lain yg lebih bagus utk watak dayang….kalau nak buat filem lagenda ni…..kena le ikut jln cerita yg betul…Frust sgt2..tertanya2 yg mana satu cerita yang betul.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK