in

Filem Lemak Kampung Santan di Tonton Premium

Sebuah filem gandingan mantap aktor kacak Hans Isaac bersama pelakon popular Neelofa, LEMAK KAMPUNG SANTAN bakal ditayangkan secara ekslusif menerusi portal video Tonton (www.tonton.com.my) mulai Isnin, 9 September 2013 jam 12 tengah hari. Menampilkan pelakon termasuk Khir Rahman, Natasha Hudson, Harun Salim Bachik, Awie, Adlin Aman Ramli, Afdlin Shauki dan Ashraff Fahmy; filem arahan Hans Isaac dengan modal sebanyak RM1.7 juta ini mengisahkan suka-duka percintaan antara lelaki kaya dengan si gadis kampung.

Filem yang menjalani penggambaran pada tahun 2011 ini turut mengguna-pakai teknik CG (Computer Generated) dan telah berada di pawagam mulai Aidilfitri yang lalu. Tonton kini dengan bangganya membawakan tayangan filem yang menjadi bualan ramai ini menerusi kemudahan tontonan ‘online’ secara peribadi di mana-mana sahaja dengan harga minima cuma RM8 di saluran Tonton Premium!

LEMAK KAMPUNG SANTAN mengisahkan tentang seorang pemuda bandar, Ridzuan (Hans Isaac) yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung, Tiqa (Neelofa). Pertemuan pertama mereka berlaku secara tidak sengaja di Kampung Santan. Ridzuan yang merupakan ketua projek pembinaan bakal membangunkan sebuah resort bertaraf antarabangsa di Kampung Santan dan memaksa semua penduduk Kampung Santan untuk berpindah. Namun, sepanjang perkenalan mereka Ridzuan cuba menyembunyikan kenyataan perit ini demi menjaga hati Tiqa serta penduduk lain disebabkan perasaan cinta yang mulai mekar di dalam dirinya terhadap Tiqa.

Dalam masa yang sama, Tiqa tidak mengetahui akan kewujudan Sofia (Natasha Hudson), kekasih Ridzuan yang turut terlibat dalam projek pembangunan Kampung Santan. Tiqa bersama ayahnya, Pak Wan (Harun Salim Bachik), Abu (Awie) dan penduduk lain menentang projek tersebut dengan bersungguh-sungguh. Adakah Ridzuan menyembunyikan sesuatu daripada Tiqa? Atau Tiqa turut menyembunyikan rahsia Kampung Santan daripada Ridzuan?

Tonton LEMAK KAMPUNG SANTAN di Tonton Premium hari ini! Daftar akaun anda secara PERCUMA menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet (peranti Android & iOS) untuk akses ke Tonton pada bila-bila masa, di mana jua. Aplikasi TV Tonton juga turut terdapat di Samsung SMART TV dan ikuti Tonton menerusi Facebook, Twitter & Instagram (@tontonMY) untuk berita dan perkembangan terkini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Prebiu Media Filem Dampak

Konsert Lamb of God di Malaysia Dibatalkan