in ,

Filem Lelaki Harapan Dunia Berjaya di Festival Filem Antarabangsa

Bagi bulan September, kedua-dua pengarah dan penerbit Lelaki Harapan Dunia akan berada di beberapa kontinen, filem Malaysia ” LELAKI HARAPAN DUNIA ” telah dipilih untuk Festival Filem Antarabangsa Toronto edisi ke-38 dan Festival Filem Antarabangsa Nara edisi ke-7.

Lelaki Harapan Dunia (judul Inggerisnya ‘Men Who Save the World’), ditulis dan diarahkan oleh Liew Seng Tat akan ditayangkan dalam kategori Cinema Dunia Kontemporari dan layak untuk Anugerah Pilihan Penonton Grolsch di Festival Filem Antarabangsa Toronto. Festival tahun ini berlangsung dari 4hb-14hb September.

Tayangan perdana Amerika Utara untuk Lelaki Harapan Dunia adalah pada 9 September.

Di Festival Filem Antarabangsa Nara, Lelaki Harapan Dunia akan bertanding dalam kategori utama yang iaitu “NARAtive Film Project” until Anugerah “Golden Shika”. Festival ini akan berlangsung dari 12-15 September.

Filem Liew Seng Tat yang dinanti-nantikan ini dahulunya dinamakan „In What City Does It Live?’. Filem ini telah menerima sokongan dana antarabangsa termasuklah dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Torino Film Lab (Itali), Hubert Bals Fund (Belanda), Netherlands Film Fund, World Cinema Fund (Jerman), Visions Sud Est (Switzerland), Fondation Groupama Gan pour le Cinéma – Cinefondation (Perancis), Prince Claus (Belanda), Mahindra Global Filmmaking Award di Sundance Institute, Sundance Institute Feature Film Program dan Doris Duke Foundation (Amerika Syarikat).

Liew telah mengembangkan filem Lelaki Harapan Dunia semasa di program Cannes Director’s Residence – Cinefondation lagi dan turut mengambil bahagian di Sundance Screenwriters Lab 2011. Filem sulungnya, Flower in the Pocket’ (2007) meraih beberapa anugerah dan hadiah di beberapa ajang filem festival antarabangsa termasuklah di Busan, Rotterdam, Fribourg, Deauville dan Pesaro.

Lelaki Harapan Dunia ialah sebuah filem komedi drama yang mengisahkan beberapa kejadian malang yang menimpa sebuah perkampungan Melayu yang aman yang mengakibatkan salah faham, tuduhan palsu dan suasana riuh sekampung.

Filem ini membariskan pelakon berpengalaman. Antaranya Wan Hanafi Su, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, Jalil Hamid, dan Azhan Rani. Ia diterbitkan oleh Sharon Gan dan diterbitkan bersama oleh Everything Films Sdn. Bhd. (Malaysia) dan Volya Films (Belanda), Flying Moon Filmproduktion (Jerman) dan Mandra Films (Perancis).

Lelaki Harapan Dunia akan menemui penonton Malaysia di layar perak pada 27 November 2014. Ikuti berita-berita terkini tentang filem ini dengan melayari laman www.facebook.com/lelakiharapandunia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Pantene #ChanceToShine With Fathia Latiff

Showcase Afgan L1VE TO LOVE di Kuching Sarawak