in

Filem Lakonan Salman Khan, Shah Rukh Khan & Abhishek Bachchan Mac Ini

Slot Bollygood Di TV2 Sepanjang Mac Ini Tampil Pelakon Hindustan Popular

Peminat filem Hindustan dan aktor terkenal seperti Salman Khan, Shah Rukh Khan dan Abhishek Bachchan, sepanjang Mac ini anda berpeluang menyaksikan artis pujaan anda muncul membintangi filem-filem hebat mengisi slot Bollygood, setiap Rabu, jam 10.00 malam menerusi saluran TV2 menerusi filem Bodyguard (6 Mac 2013), Mohabbatein (13 Mac 2013), Dhoom (20 Mac 2013) dan Dhoom 2 (27 Mac 2013).

Saksikan gandingan aktor Salman Khan di samping heroin Kareena Kapoor dalam Bodyguard yang mengisahkan seorang pembantu peribadi Lovely Singh, merupakan seorang pemuda yang jujur, baik dan setia kepada Sartaj lakonan Raj Babbar. Sartaj meminta Lovely untuk menjaga anak gadisnya, Divya (Kareena Kapoor) saban waktu tidak kira siang atau malam dengan pengawasan yang ketat.

Lovely melakukan tugasnya dengan sangat baik, namun ia tidak menyedari bahawa Divya menyamar ditelefon sebagai Chhaya dan jatuh cinta padanya. Hal ini berlaku tanpa di duga ketika musuh Sartaj cuba membunuh Divya disaat Sartaj menyangka bahawa Lovely yang telah menculik anaknya itu.

Menerusi Mohabbatein pula penonton dapat menghayati erti kasih sayang, cinta kasih, persahabatan, penolakan dan kematian. Plot cerita mendebarkan diserikan dengan lagu dan tarian yang membuai rasa dilengkapkan dengan kemunculan aktor terkenal Shah Rukh Khan dalam filem popular tahun 2000 ini. Menariknya untuk pertama kalinya Shah Rukh Khan bekerjasama dengan 10 aktor dan artis Bollywood dalam sebuah cerita yang sama.

Menyusul filem Dhoom (2004) nyata mampu mengubat rindu peminat aktor Abhishek Bachchan terhadap watak lakonan aktor bertubuh sasa ini. Dhoom memaparkan plot kisah menarik geng motor diketuai oleh Kabir yang merompak di Mumbai. Sementara itu ACP Jai Dixit adalah anggota polis yang bertanggungjawab mengendalikan kes tersebut. Dia melatih mekanik bernama Ali untuk mengejar kumpulan itu dan membantu Jai menangkap mereka. Kabir menerima cabaran itu, dan melaksanakan satu lagi rompakan. Jai meletakkan pasukan polis dan Ali kembali kepada tugas harian beliau. Sementara itu, Kabir telah kehilangan salah seorang ahli pasukannya dan di penghujung kisah ini berlaku pertempuran antara polis dan perompak.

Kemudiannya teruskan menyaksikan kesinambungan filem Dhoom dalam Dhoom 2 yang menyusul minggu berikutnya menerusi slot sama. Ia menceritakan seorang pencuri berteknologi canggih dimana setiap aksi pencuriannya selalu meninggalkan jejak berhuruf A. Sehingga pencuri ini disebut MR. A. Sedangkan nama dibalik MR. A sesungguhnya adalah Aryan Singh. Filem aksi tahun 2006 ini turut dibintangi oleh pelakon terkenal Abhishek Bachchan, Hrithik Roshan, Aishwarya Rai, Uday Chopra dan Shonali Bose.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Baju T Edisi Khas Rock Oo Rimba Bara Kembali KUKU BESI Memang ROCK

Telemovie Rentas Samudera Lakonan Fahrin Ahmad dan Nur Fathia