• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Filem Laga Gabung Pelakon Otai Berkarisma & Pelakon Muda Berwibawa

0
  • by Budiey
  • in Filem · Wan Hanafi Su
  • — 1 Jan, 2013

Sinopsis Filem Laga:
Filem ini mengisahkan senario di sebuah kampung yang amat menggilakan permainan sabung ayam sehinggakan melibatkan bunuh-membunuh dan pertaruhan isteri. Filem Laga adalah berkisar mengenai kisah orang kampung yang kuat berjudi dengan bermain laga ayam. Wan Hanafi Su yang memegang watak Hassan Laga adalah punca segala perbalahan yang berlaku di kampung tersebut.

Hassan merupakan seorang kaki judi tegar yang gemar menghisap rokok. Kehidupannya penuh dengan gelak tawa bersama rakan judi yang lain. Dia memiliki seorang isteri yang jelita lakonan menggoda dari Marsha. Hassan ini tampak luarannya seperti ganas namun bersama isteri segalanya bertukar menjadi lembut. Terdapat beberapa babak di dalam kelambu bersama Marsha yang boleh saya katakan antara ‘trademark’ Ismail Yaakob di dalam setiap filemnya.

Filem Laga

HASSAN LAGA dilakonkan oleh Wan Hanafi Sue mempunyai isteri yang amat cantik iaitu Marsha Londoh melakonkan watak AYU. Di atas desakan DASUKI (Nasir Bilal Khan) menyuruh Ayu menjadi taruhan kerana Dasuki pernah mengintai Ayu di rumah Hassan Laga membuatkan Hassan Laga menjadi hilang sabar atau pun mencabar kelakiannya. Tyas Mirasih melakonkan watak Maya yang baru tiba ke kampung Sabri kerana melawat makciknya.

Akhirnya SABRI (Syazwan Zulkifli) berjaya memaut hati Maya dan membawanya lari dari kampung tersebut kerana tindakan Sabri tidak sengaja membunuh Hassan Laga.

Filem Laga

Filem Laga

ISMAIL YAAKOB BUAT COMEBACK

Hampir 15 tahun menyepi daripada dunia perfileman tanah air, pengarah yang terkenal menerusi filem ‘Lenjan’ ini kembali mengubati kerinduan peminat filemnya. Tampil bersama filem terbaru atau lebih tepat lagi filem keduanya, Laga, Ismail Yaacob berharap filem ini dapat menonjolkan kelainan berbanding filem sedia ada di pasaran tempatan.

Mengangkat isu ‘laga ayam’, filem membelanjakan kos sejumlah RM1.5 juta ini mempertaruhkan barisan pelakon hebat seperti Eman Manan, Nasir Bilal Khan, Rosyam Nor, Wan Hanafi Su, Ruminah Sidek dan Marsha Milan Londoh.

Menurut Ismail, Laga bukan sekadar filem biasa yang hanya menceritakan mengenai sekumpulan manusia yang obses terhadap laga ayam.

“Di sebalik filem ini saya mahu bercerita kepada umum apa yang berlaku dalam kehidupan pelaga-pelaga ayam ini. Selain suka dan duka perjalanan mereka, konflik yang melanda merupakan mesej utama mengapa isu ini diangkat ke layar perak.”

Mungkin ramai yang tidak sedar laga ayam banyak memberikan kesan kepada pelaganya.

“Adakala mereka lupa terhadap tanggungjawab sebagai suami dan ayah kerana taksub kepada permainan ini. Rumah tangga terumbang-ambing dan pelbagai perkara buruk berlaku, di sinilah kita mahu penonton membuka mata mengenai perkara ini. Meski pun ada yang menjadikan ia punca rezeki, namun yang salah tetap salah dan tidak boleh dikata betul.”

PILIH PELAKON BERKARISMA

Walaupun tidak memilih pelakon yang ada wajah komersial masa kini, kekuatan filem terbaru, Laga tetap hebat apabila bersandarkan kepada jalan cerita yang mantap serta lakonan bintang berpengalaman dan berkarisma.

Mentaliti penonton di Malaysia perlu diubah. Tak semua pelakon dipilih berdasarkan wajah yang cantik atau rupa yang kacak, segalanya berdasarkan kepada kesesuaian watak dan pelakon yang berkarisma dapat memperhebatkan karakter di layar.

Siapa yang mampu menidakkan kebolehan aktor seperti Eman Manan, Zaidi Omar, Wan Hanafi Su dan Nasir Bilal Khan serta dibantu kemunculan pelakon serba boleh seperti Rosyam Nor, Marsha Londoh dan Syazwan Zulkifli. 

Malah syarikat produksi yang menerbitkan filem itu, Business Leader Film Sdn Bhd turut mengundang pelakon Indonesia, Tyas Mirasih bagi mewarnai filem berkenaan. Terbaek kot.

Mungkin ramai yang tak kenal dengan Tyas ni. Tyas yang berusia 25 tahun adalah pelakon sinetron dan filem serta pengacara di Indonesia. Ada sinetron lakonannya ditayangkan di sini seperti Bayu Cinta Luna yang sedang ke udara di Slot Mutiara Hati TV9, pada waktu petang.

Barangkali kerana Tyas bukanlah pemegang watak utama, maka tiada siapa yang perasan kehadirannya dalam sinetron itu. Nama wataknya dalam drama itu adalah Yulia dan barisan pelakon lain termasuklah Bunga Citra Lestari, Chico Jericho dan Fendi Chow.

Tyas kini sedang intim dengan pelakon Malaysia yang menempa nama di Indonesia iaitu Keith Foo dan peluang berlakon dalam Laga pun khabarnya disebabkan teman lelakinya itu.

Filem Laga

Filem ini juga disokongi oleh 300 orang pelakon tambahan. Wah! Ramai tu. Kira sekampung la kan?

“Filem ini sebuah karya yang berbeza memandangkan isu yang diperjuangkan sangat unik dan menarik. Jadi pelakonnya juga perlu menepati setiap watak dan karakter yang diolah dalam filem ini. Pemilihan pelakon utama ini bagi saya amat penting dan saya yakin semua nama besar ini mampu memainkan peranan mereka dengan baik. Lagi pun, orang lama dalam industri seperti mereka perlu diberi penghargaan menerusi filem sebegini.”

Bukan mahu meraih populariti sesiapa, Ismail yakin filem Laga mempunyai kekuatan tersendiri untuk menarik perhatian penonton.

“Jika mahukan pelakon yang lebih popular, kami boleh menggunakan khidmat pelakon baru yang lebih muda dan mempunyai rupa. Namun, mereka dipilih berdasarkan kehebatan, kemampuan serta sumbangan kepada industri ini. Sekadar popular sahaja, ia tidak mencukupi kerana orang mahu melihat keberkesanan lakonan itu. Lagi pun jika di luar negara, watak pelakon berumur boleh diterima mengapa tidak di sini.”

Lebih menarik filem ini turut menggunakan khidmat pelakon yang sedang meningkat naik, Syazwan Zulkifli serta pelakon popular Indonesia, Tyas Miraseh.

Filem Laga

TUNGGU SAMBUTAN

Ismail berharap agar filem ini mendapat sambutan daripada penonton. Dalam pada itu, filem terbitan Business Leader Film Productions ini turut mengambil latar belakang sekitar Kuala Kangsar, Perak.

“Ada beberapa tempat di sini yang masih melakukan permainan laga ayam ini, jadi ia adalah kawasan paling sesuai untuk melakukan penggambaran filem ini. Pun begitu, kami perlu bijak mendapatkan syot terbaik supaya nampak hidup dan menarik di mata penonton.”

Baginya, selain di persada seni sendiri, dia juga menginginkan filem ini pergi ke peringkat yang lebih tinggi.

“Filem ini sesuai bagi semua peringkat umur, semua orang tahu apa itu laga ayam, dan masih banyak masyarakat di Malaysia mahu pun luar mengamalkan permainan ini. Cuma ada baik dan buruknya jika berlaga ayam. Apa pun, ia satu filem yang segar dan baru untuk dipertontonkan di peringkat antarabangsa.”

Senarai pelakon filem Laga

  1. Wan Hanafi Su sebagai Hassan Laga
  2. Marsha Milan Londoh sebagai Ayu (isteri Hassan)
  3. Syazwan Zulkifly sebagai Sabri
  4. Tyas Miraseh sebagai Maya
  5. Nasir Bilal Khan sebagai Orang Kaya Dasuki
  6. Eman Manan sebagai Seman
  7. Ruminah Sidek sebagai Mek Yah (Nenek Maya)
  8. Fadhilah Mansor sebagai Mek Zainab ( Mak Sabri)
  9. Yus Jambu sebagai Indera
  10. Zaidi Omar sebagai Papa Maya
  11. Rosyam Nor sebagai Inspektor Jeffri
  12. Maimunah Ahmad (Mak Jah) sebagai Tukang Urut
  13. Siti Mardiyana sebagai Siti Zulaikha (isteri Dasuki)
  14. Along Eyzuandi sebagai Bujang (pengikut Dasuki)
  15. Riz Amin sebagai Nal Galah (pengikut Dasuki)
  16. Yang Kassim sebagai Azam Kidal (pengikut Dasuki)

Info Filem Laga :
Pengarah : Ismail Yaa’cob
Syarikat Penerbit : Business Leader Film Productions
Lokasi Penggambaran : Sekitar Kuala Kangsar, Perak

Filem Laga

Filem Laga

Filem Laga

Filem Laga

Filem Laga

Filem Laga

Filem Laga

Filem Laga

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Bunga Citra LestariChico JerichoEman MananFendi ChowFilem LagaIsmail YaakobLagaLaga Ayammarsha milan londohNasir Bilal KhanPelakon Filem LagaPengarah Filem LagaRebiu LagaReview Filem LagaRosyam NorRuminah SidekSinopsis Filem LagaTrailer Filem LagaUlasan Filem LagaWan Hanafi SuYoutube Laga

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Siti Nurhaliza Bersyukur Datuk K Semakin Sihat & Selamat Sampai di Malaysia
  • Next story Maxis Buka Tirai 2013 Lancar Servis 4G LTE Pertama di Malaysia

ENTRI BERKAITAN

  • Kuntilanak vs Urban Legend 25 Jan, 2007
  • Sneak Preview Filem Maut Scene Neraka 6 Jan, 2009
  • Filem Idola, Kecoh Betul & Akhirat di TV2 4 Jul, 2012
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem CUN! 9 Mar, 2011

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Zo In Sung of ONE HD Drama That Winter The Wind Blows
    • Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef
    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Synopsis That Winter The Wind Blows
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Zo In Sung of ONE HD Drama That Winter The Wind Blows
    • Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef
    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Synopsis That Winter The Wind Blows
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan Nissan Memasuki Wilayah Timur
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.