in ,

Filem Komedi Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris

Astro First Eksklusif (Saluran 480) bakal membawakan sebuah filem televisyen komedi yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga sempena sesi cuti persekolahan yang bakal tiba, berjudul Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris.

Cerita ini, yang merupakan kesinambungan drama bersiri Strawberi & Karipap, berkisar tentang pengembaraan dua orang kanak-kanak iaitu Nini dan Haikal ke kota Paris dalam usaha mereka menyatukan cinta Aunty Lisa dan Pak Su Hairi.

Budiey difahamkan Majlis Pratonton & Sidang Media Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris akan diadakan di sebuah pawagam pada minggu hadapan.

Antara barisan pelakon yang terlibat seperti Nabil Ahmad, Lisa Surihani, Zizan Nin, Mia Sara dan Ryqarl Iskandar turut akan berada pada majlis ini nanti. Sama-sama kita nantikan ulasan dan rebiu tentang filem bergenre drama komedi Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris.

strawberi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Star Wars Episode VII has an Official Title: The Force Awakens

TERRAROSSA Buat Comeback Bakal Lancar Album Terbaru