in

Filem Komedi Hollywood dan Hong Kong di ntv7

DAPATKAN FILEM KOMEDI MENCUIT HATI DARI HOLLYWOOD DAN DRAMA EPIK DARI HONG KONG, HANYA DI ntv7!

Layarilah hari-hari yang indah bersama ntv7 apabila kami membawakan yang terbaik dari dua dunia berbeza dengan paparan filem antarabangsa terkenal. Harapan kami adalah untuk menawan hati anda dengan babak aksi penuh mendebarkan, romantik dan koleksi lawak jenaka dari filem komedi hebat. Tentunya, anda akan terhibur dengan himpunan filem luarbiasa pada Julai ini, dibawa khas oleh Saluran Kegemaran di kalangan masyarakat Cina dan bandar, ntv7.

Saksikan dunia perjudian yang berisiko tinggi dalam God Of Gamblers 3: The Early Stage. Prekeul ini menyaksikan tahun-tahun awal Ko Chun (Leon Lai) dan pengembaraan yang dilaluinya bagi memenangi jolokan God of Gamblers. Ia bermula dengan kisahnya sebagai seorang anak yatim di bawah pengawasan Kent (Chung King-fai) yang nyaris-nyaris menyebabkan dirinya terbunuh. Saksikan aktor tampan Leon Lai dan Anita Yuen dengan aksi hebat dalam filem menarik ini pada Jumaat, 3 Julai, 10.00 malam.

Adik pula mengisahkan perjalanan seorang kanak-kanak berumur 11 tahun yang lari dari rumah untuk mencari bapanya di Jakarta, apabila ibunya mengambil keputusan berkahwin lagi. Dalam pengembaraannya ke tempat yang belum pernah dikunjunginya itu, Adik tertinggal beg galasnya namun takdir menemukan dia dengan Putra, seorang pelajar berumur 17 tahun. Bibit-bibit cinta mula terbit di antara mereka. Lakonan mantap oleh Amelia Henderson dan Putra Manindra. Saksikan kesudahannya di ntv7 pada Sabtu, 4 Julai, 10.01 malam. 

Salah satu sri anime dan manga terkenal di Jepun dibawakan ke kaca TV anda. Initial D ialah kisah pelumba jalan terpantas di Mt. Akina apabila bakat terpendam seorang anak muda terserlah selepas memenangi sebuah perlumbaan. Kejayaan membawa kepada cabaran oleh beberapa pelumba lain, seorang demi seorang. Dibintangi oleh aktor kegemaran Asia, Jay Chou dan Edison Chen, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan babak perlumbaan mencemaskan pada Ahad, 11 Julai, 10.00 malam.

My Dream Girl ialah sebuah filem romantik mengenai perunding imej dari Hong Kong, Zu (Ekin Cheng), yang ditugaskan untuk menukar imej anak perempuan seorang ikon perniagaan di Shanghai. Gadis tersebut (Vicki Chao) jatuh cinta pada Zu namun malangnya, tidak mendapat perhatian daripadanya. Saksikan kisah lanjut mengenai mereka dan sama ada Zu membalas cintanya di akhir filem dengan menyaksikannya pada Jumaat, 10 Julai 2009, 10.00 malam.

Meriahkan petang anda dengan komedi ternama dari Stephen Fung – Enter The Phoenix yang mengisahkan seorang anak muda yang tampan, bergaya dan menawan hati, Georgie Hung (Daniel Wu), yang rupa-rupanya seorang homoseksual. Bapa Georgie merupakan seorang ketua mafia yang cukup digeruni di Hong Kong. Selepas kematian bapanya, mereka memaksa Georgie pulang dari Amerika Syarikat untuk mengambil alih takhtanya. Lebih mencuit hati ialah apabila berlaku kekeliruan di mana mereka membawa pulang pewaris takhta yang salah iaitu, Sam, rakan serumah Georgie dan menganggapnya sebagai anak ketua mafia yang baru meninggal dunia itu. Hiburkan hati anda dengan filem terkenal pada Jumaat, 17 Julai, 10.00 malam.

Sertai detektif Ace untuk menyelesaikan misteri berkaitan haiwan di dalam Ace Ventura: Pet Detective. Bagi memburu maskot sebuah pasukan bola sepak yang gagal ditemui, dia terpaksa melakukan segala-galanya termasuklah berkelakuan sebagai haiwan, demi merungkai kes berkenaan. Filem yang dicalonkan di Anugerah MTV Movie ini diserikan lagi dengan kehadiran pemenang Anugerah Golden Globe dan pelawak Jim Carrey di samping Courtney Cox sebagai barisan pelakon utama. Saksikan komedi yang mencuit hati pada Sabtu, 18 Julai 2009, 10.01 malam.

Seterusnya ntv7 membawakan filem aksi 2002 yang menyatukan elemen asas filem seram dan babak ala Matrix. Loner Chiu dan sejenis makhluk halus – Sam merupakan teman seperjuangan dalam 2002, sebuah unit polis khas yang membongkar kes paranormal. Saksikan Nicholas Tse dan Stephen Fung bergabung tenaga pada Jumaat, 24 Julai 2009, 10.00 malam.

Saksikan suasana lebih meriah di dalam Ace Ventura: When Nature Calls, apabila Jim Carrey kembali dengan sekuel kepada Ace Ventura: Pet Detective. Kali ini, Ace ditugaskan untuk menjejaki kelawar sakti milik kaum Wachati and Wachootoo. Jangan ketinggalan untuk menonton filem yang turut memenangi Anugerah MTV Movie pada Sabtu, 25 Julai, 10.00 malam.

Kembali pada zaman silam di sebuah tanah purba – Huadu di mana kaum lelaki tunduk pada kaum wanita. Twins Effect II mengisahkan kepercayaan mengenai seorang lelaki yang akan ditabalkan menjadi seorang raja dan mengembalikan regim lelaki. Untuk menghalang takdir tersebut, maharani menghantar satria-satrianya untuk membunuh mana-mana anak lelaki yang mencurigakan. Barisan bintang ternama termasuklah Gillian Chung, Charlene Choi, Daniel Wu dan Jackie Chan. Twins Effect II bersiaran pada Jumaat, 31 Julai 2009, 10.00 malam.

Kini anda tidak perlu berganjak dari keselesaan tempat tinggal anda kerana berpeluang menonton filem-filem antarabangsa ini sepanjang sambutan Ulang tahun ke-11 ntv7, hanya dengan menonton Saluran Ceria Anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raja Azura dan Wahid Pengacara Ewah Ewah Musim Baru

Dokumentari Si Tanggang dan drama Ibu, Ampunkan Aku di Astro Prima