in

Filem Klasik Diamonds Are Forever

Slot Golden Classic On 2 Imbas Kegemilangan Filem Klasik Diamonds Are Forever Di TV2

Khas buat penonton yang gemarkan filem-filem dikelaskan dalam kategori klasik Inggeris, usah ketinggalan mengimbas kembali kegemilangan filem-filem yang begitu popular menerusi slot Golden Classic On 2 yang disiarkan saluran TV2.

Terbaharu slot ini memberikan peluang kepada penonton menyaksikan filem Diamonds Are Forever yang membawakan semula filem sekitar tahun 1971 yang bakal menemui penonton khas hiburan hujung minggu pada 19 November 2011, jam 12.30 tengah malam.

Pastinya ia momen dinantikan peminat siri James Bond yang menyaksikan kemunculan aksi aktor terkenal Sean Connery dalam filem arahan Guy Hamilton ini bergandingan dengan Jill St. John, Lana Wood, Jimmy Dean dan Charles Gray.

Babak-babak menarik dan aksi mendebarkan berlaku sekitar plot apabila penyiasatan ke atas kes penyeludupan berlian membawa James Bond ke Las Vegas, di mana dia berpeluang mendedahkan plot peras ugut yang diketuai oleh musuhnya, Ernst Stavro Blofeld.

Walaupun penampilan Sean Connery tidak lari jauh daripada watak-watak sebelumnya dalam filem Bond, Diamonds Are Forever adalah sebuah filem yang berkualiti dengan penyampaian cerita dan watak yang kukuh.

Menariknya filem ini julung-julung kalinya memaparkan babak pada permulaan cerita di mana James Bond diraikan dengan wanita-wanita cantik di sekelilingnya. Kemudiannya dia diberikan tugasan yang turut memberikan peluang kepadanya untuk berjudi di sebuah tempat terkenal dan memakai sut yang mahal dan bergaya.

Saksikan filem hebat ini hanya di TV2.

FILEM DIAMONDS ARE FOREVER

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket Konsert Fenomena 30 Tahun Search

Libur di TV1 Bersama Program Majalah 1001 Malaysia