Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Filem KL Samurai Lakonan Riz Ainuddin & Amber Chia Tergendala?

blogBudiey ada dengar sebuah filem ala-ala tak cukup makan ni tengah terbengkalai. Dah 2 tahun tak terusik dan tak tahu statusnya. Nak kata, filem ni tak wujud lagi, rasanya tak betul sebab website filem ini masih lagi boleh dilayari.

Filem ini mengambil pelakon Riz Ainuddin yang katanya mempunyai karisma, imej rupa dan personaliti asas untuk ‘KL Samurai’ yang angkuh, manupulatif dan mistikal dalam filem tersebut dengan jayanya. Riz memegang watak utama sebagai Johan Ahmad Takada, seorang Ketua Pegawai Eksekutif berketurunan melayu-jepun yang membenci darah keturunan Jepunnya tetapi dalam masa yang sama dihantui dan dirasuk oleh roh samurai zaman silam.

Punya baik la cerita filem ini. Rasanya ini filem kedua yang menggunakan unsur dan elemen negara matahari terbit itu selepas filem SUMOLAH arahan Afdlin Shauki. Selain Riz Ainuddin, pelakon dan model jelita terkenal Amber Chia juga akan berlakon dalam filem ini. Dijangka filem ini akan ditayangkan pada tahun 2009. Wah! Lambat lagi tu!

Namun, baru-baru ini, Budiey ada menemubual salah seorang pelakon filem ini dan dari situ Budiey dapati filem ini katanya sedang tergendala dan terhenti separuh jalan sebab ada masalah dalaman. Namun, dalam masa yang sama memang filem ini sedang mencari pelakon yang lebih sesuai untuk beberapa watak lain. Dari segi persiapan pula, beberapa pelakon sudah pun mendapat training samurai.

KL Samurai is inspired by history, this film highlights a tragic love story of a Japanese soldier and a malay woman during a hard time during the Japanese occupation of Malaya in 1942 to 1945 and issues surrounding the Japanese-Malay-Chinese descendants in the land of tranquility and beauty… Malaysia. - [sumber]

Apa masalah dalaman tu agaknya ya? Gali punya gali, Budiey dikhabarkan filem yang menggunakan bahasa Inggeris 70% dan selebihnya bahasa Melayu ini terhenti sebab tidak cukup dana dan sponsor.

Padahal Budiey tengok syarikat yang menaja tu bukan calang-calang. Badan kerajaan pun ada terlibat sama. Takkan masih takde duit siapkan filem ni? Bukan itu sahaja, mereka yang menjadi tulang belakang filem ini dikatakan terlalu meletakkan standard yang tinggi iaitu mahu mengambil pengarah dari luar negara iaitu Samo Hong (pelakon Martial Law). Tinggi melangit punya cita-cita. Patutlah hasrat tak sampai.

Ukur baju biarlah di badan sendiri!

dan ini yang terbaru: UPDATED:

ELEVEN ARTS AKAN MENERBITKAN “THE KL SAMURAI”
 
Setelah beberapa siri rundingan, CRSB dan Eleven Arts Inc. telah memeterai
perjanjian untuk bergabung bagi menerbitkan filem yang akan datang ini.
Persefahaman awal telah dicapai dalam satu mesyuarat yang diadakan semasa
Hong Kong Filmart pada 19 hb. Mac 2008 yang lalu dan selepas itu kedua-dua
pihak telah mengadakan beberapa perbincangan lanjut mengenai kerjasama ini.
 
Ko Mori, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Eleven Arts dan Rashidah
Hashim, Pengarah Projek dan Pengarah Urusan CRSB adalah penerbit-penerbit
bersama bagi The KL Samurai yang akan diterbitkan sebagai filem Amerika
dengan menggunakan lokasi-lokasi menarik khususnya di Malaysia dan Jepun.
Bakat-bakat dari Hollywood, Malaysia dan Jepun akan dilibatkan.
 
Penerbit-penerbit menghargai sokongan dari semua pihak khususnya Tourism
Malaysia dan The New Straits Times Press Malaysia Berhad .
 
Pengumuman seterusnya akan dibuat tidak lama lagi.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Riz Ainuddin Pegang Watak Penjaga Kereta Dalam Kecuali Cintamu
  • Gambar Kontroversi Amber Chia di Majalah Taiwan
  • Gambar Amber Chia di Sidang Media The Ford Supermodel of the World Malaysia 2009
  • Secretaries Week Rafflesia @ Hotel Istana, Kuala Lumpur
  • Gambar Selebriti Bergaya Dengan Fesyen Baju Raya Michael Shu
  • Parti Ulang Tahun Pertama Celebrity Fitness @ Bangsar Village II
  • Pelancaran gua.com.my – Portal Terbaru Media Prima
  • Drama Kecuali Cintamu Lakonan Nanu Baharudin, Haleeda, Janet Khoo
  • Gambar Puteri Sarah Liyana di Prebiu Media Lu Fikirlah Sendiri
  • Gambar Selebriti di Triumph Inspiration Awards @ Pavillion Kuala Lumpur



  • =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!