Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Filem Ketika Cinta Bertasbih



FILEM Ketika Cinta Bertasbih (KCB) yang diadaptasi daripada novel karya Habiburrahman Syirazi dengan tajuk yang sama menjadi tumpuan sebelum filem ini ditayangkan 11 Jun lalu. Habiburrahman sebelum ini terkenal dengan filem adapatasi novelnya, Ayat-Ayat Cinta. Bagaimanapun, filem kedua daripada novelnya ini mendapat tumpuan lebih meluas kerana uji bakat untuk memilih pelakon filem ini dilakukan tiga bulan setengah melalui siri realiti televisyen yang berlangsung di sembilan bandar raya Indonesia.

Final uji bakat itu disiar secara langsung pada 14 September tahun lalu dan setiap peserta diwajibkan mampu mengaji al-Quran dengan baik dan mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan harian. Promosi filem diarah Chairul Umam ini turut menyebabkan penonton teruja kerana ia diuar-uar sebagai sebuah filem mega dan yang pertama dihasilkan sepenuhnya di Mesir.

Dengan bajet RM14 juta, KCB adalah filem termahal pernah dihasilkan Indonesia. Ia ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara, memecahkan rekod filem arahan Riri Riza, Laskar Pelangi yang ditayangkan di 115 pawagam pada 2008. Filem lanjutan, KCB 2 kini dijadual ditayangkan pada 17 September, beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 20 September.

KCB mengisahkan masalah mencari cinta sejati dengan cara Islam. Dalam filem ini, sentuhan fizikal antara lelaki dan perempuan dilarang sama sekali. Watak utama, Khairul Azzam dilakonkan M Cholidi Asadil Alam, seorang pelajar Universiti al-Azhar di Kaherah.

Khairul berasal daripada sebuah keluarga sederhana terpaksa bekerja untuk menyara ibu dan adik-adik perempuannya di Yogyakarta. Beliau juga adalah seorang aktivis dan mengamalkan Islam dalam hidupnya dan kegigihannya itu memikat Eliana yang dilakonkan Alice Sofie Norin, anak duta Indonesia.

Khairul bagaimanapun menolak cinta Eliana dan memilih Anna Althafunnisa yang belum pernah dikenalinya. Watak Anna dilakonkan oleh Oki Setiana Dewi. Anna akhirnya bersetuju mengahwini Khairul tapi dengan syarat beliau berjanji tidak akan berpoligami dan menguatkan hujahnya dengan hadis Rasulullah. Pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Meyda Sefira dan Andi Arsyil Rahman Putra.

Filem ini bagaimanapun turut menimbulkan persoalan mengenai kaitan antara nilai ajaran Islam dan industri perfileman, Seperti filem lain sebelum ini, Ayat-Ayat Cinta, Kun Fayakun, Mengaku Rasul dan Syahadat Cinta, KCB dihasilkan hasil gabungan antara idealisme dan nilai komersil.

Akibatnya, sesetengah pengkritik menganggap tindakan itu menyebabkan terhasilnya filem yang tidak bermutu tinggi. Namun ada juga pengkritik, seperti ahli sejarah filem, Salim Said yang menganggapnya sebagai ilustrasi generasi lama yang cuba mengumpul keuntungan dengan menghasilkan filem bermutu yang memberi manafaat kepada masyarakat.

Rumusan pengarah filem, Deddy Mizwar mungkin memberi jalan tengah untuk semua. Baginya, tidak semestinya suami dan isteri dalam filem berpelukan untuk tontonan umum. Dalam siri televisyen popular arahannya, Para Pencari Tuhan, seorang pelakon lelaki membuktikan cintanya dengan bersedia menyucikan diri dengan air mata isterinya untuk andai Islam membenarkannya.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • OST Album Soundtrack Ketika Cinta Bertasbih
  • Dato’ Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Filem Perempuan Berkalong Sorban
  • Video Klip Lagu Ketika Cinta Filem Perempuan Berkalung Sorban
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Cinta Pertama Bunga Citra Lestari
  • Gambar Gavin Stenhouse Kekasih Sharifah Amani
  • Video Trailer Filem Selamat Pagi Cinta
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Filem Heart 2: Love Is CINTA – Sinopsis
  • Video Adik Hadziq Tom Tom Bak Baca Skrip Filem Syurga Cinta



    • http://FILEMKETIKACINTABERTASBIH Orng baik

      Budiey, filem trmahal dIndo bukan filem KCB tpi filem Merah Putih dngn bjd sktr Rp.60miliar atw RM.21juta

    • http://FILEMKETIKACINTABERTASBIH Orng baik

      Film KCB mengajarkan kemandirian,ketulusan n cara penyampaian yg pas tntang poligami

    • zz

      budiey..
      saya xtgk movie nye agi
      tp dh baca novel
      anna akan kawen dgn furqan
      hujah yg dia kasi xmo poligami tu utk furqan bkn khairul:)

    • dee

      menurut gua, dr segi teknis film ini bagus .. tp sayang untuk acting para pemeran utamanya masih kurang bagus,, malahan kalo menurut gua, acting anak2 yg di film Laskar Pelangi malah lebih bagus dan lebih natural dibandingkan acting 5 pemeran utama KCB..

      btw, betul apa yg di bilang orang baik (uweekks malay bgt dah nyebutnya hehehe kidding :p) klo KCB bukan film termahal di Indo tp film Merah Putih…

    • http://yahoo azilah abdul aziz

      Macam mana .nak dptkan filem ketika cinta bertasbir



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK