Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Filem ke-2 Pierre Andre – 9 September

Filem ke 22 terbitan MIG Production kali ini menampilkan sebuah filem romantik komedi segar untuk tatapan peminat filem Melayu. 9 September merupakan hasil nukilan bakat muda yang juga merupakan pengarah filem ini. Setelah meraih kejayaan cemerlang melalui skrip Jangan Pandang Belakang, pada usia 21 tahun, Pierre Andre telah mengukir nama sebagai pengarah filem cereka paling muda di Malaysia.  

Mungkin ramai terkejut dengan perancangan dan percaturan MIG Production, tetapi tujuannya hanyalah satu iaitu menyediakan pelapis pengarah muda di Malaysia.  Kami sedar risiko yang bakal dihadapi tetapi risiko itulah yang menjadi semangat untuk kami menyajikan sesuatu yang baru dan segar untuk para penonton.
 
Dengan bajet dianggarkan mencecah RM1.2 juta, 9 September telah menjalani pengambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pangkor, Perak. Bagi memastikan filem ini sebuah filem segar di mata penonton, 9 September akan menghidangkan sinematografi yang pasti memukau pandangan. Itulah yang dijanjikan oleh pengarah sinematografinya, Indera Che Muda. 

Bukan sahaja sebagai pengarah dan penulis skrip, filem ini membariskan Pierre Andre sendiri sebagai pelakon utama. Beliau bakal digandingkan dengan pelakon wanita yang tidak asing lagi, Fasha Sandha. Bagi memantapkan lagi jalan cerita, 9 September juga akan membariskan Fahrin Ahmad, Shamsul Ghau Ghau, Zami Ismail, Osman Kering dan ramai lagi. 9 September dijangka akan menemui para penonton penghujung tahun ini.

MMP akan terus memikirkan sesuatu yang baru untuk tatapan penonton dan pastinya untuk kegemilangan industri perfileman Malaysia. Filem ke 23 terbitan MIG Production, BS21 sebuah filem fiksyen komedi juga telah tamat menjalani pengambaran. MIG akan menghasilkan sebuah lagi filem seram berjudul Congkak yang akan memulakan pengambaran pertengahan Jun ini.

Untuk foto filem ini, sila klik [ sini ] dan [ situ ]

Technorati Tags: , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Biodata Pierre Andre
  • Quotes of the day: Pierre Andre Dibomoh Maya Darina?
  • Foto Sneak Preview Filem 9 September
  • Filem Jangan Tegur Lakonan Julia Ziegler
  • Pierre Andre & Fasha Sandha Cium Mulut?
  • Budiey Mencari 20 Pembaca Bertuah Bagi Menghadiri Majlis Pra Tonton Filem 9 September!
  • Fasha Sandha Perampas Suami Nora Danish?
  • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar Pelakon
  • Video Pierre Andre Diterjah Zubir Berita Harian Part 2
  • Sinopsis 9 September



  • =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!