Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Filem Kami Lakonan Allahyarham Sudirman di TV2



KAMI SLOT SINEMA JUMAAT @ 2 PADA 22 MEI 2009 (JUMAAT), JAM 12.30 TENGAH HARI DI TV2

Memori terhadap pemilik nama sebenar Sudirman Haji Arshad pastinya segar di ingatan setiap daripada kita. Kemerduan suaranya tersendiri meninggalkan bukan sedikit kesannya terhadap industri muzik tanahair bahkan diiktiraf sebagai penghibur nombor satu Asia dan penyanyi pertama rakyat Malaysia memenangi Anugerah Penyanyi Terbaik Asia pada 19 Mac 1989 di Royal Albert Hall, London selain mendapat jolokan sebagai Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia.

Dari sisi lain, berbekalkan bakat lakonan yang ada dalam dirinya, beliau telah memegang watak utama sebagai Tookoo dalam filem Kami bergandingan dengan Zul Zamrin Huri yang diarahkan oleh Patrick Yeoh pada 1982 di mana filem ini telah memenangi Anugerah Festival Filem Malaysia ke-3 yang mana telah mengungguli kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

Dalam mengimbas kembali kegemilangan penghibur tersohor ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menayangkan semula filem Kami yang pernah mengangkat nama beliau dalam bidang lakonan pada 22 Mei 2009 (Jumaat), jam 12.30 tengah hari mengisi slot Sinema Jumaat @ 2 di TV2..

Kami mengangkat watak Tookoo, remaja yang inginkan kebebasan dan mencari kehidupan sendiri. Namun taraf pelajaran Tookoo yang terkandas setakat darjah lima tidak menjanjikan apa-apa dalam hidupnya. Lalu dia cuba berjuang meneruskan hidup dengan melakukan sebarang kerja yang dapat memberikannya sesuap nasi.

Satu hari dia bertemu Din, kanak-kanak berusia 11 tahun yang buta huruf. Din telah dipelihara oleh mak ciknya yang garang yang membuatkan dia melarikan diri dari rumah. Bertemu Tookoo membuatkan Din rasa dihargai meskipun pada mulanya kehadirannya kurang disenangi Tookoo. Mereka tinggal dan mencari pekerjaan bersama dalam situasi gembira malah Din menganggap Tookoo umpama seorang abang dan juga bapa bagi dirinya.

Begitu pun kehadiran pegawai kebajikan masyarakat untuk mengambil Din yang dianggap tidak memiliki keluarga menimbulkan situasi sedih keduanya. Mereka terpaksa berpisah kerana Tookoo juga beranggapan Din wajar tinggal bersama keluarga angkat untuk meneruskan persekolahannya.

Selain Sudirman Haji Arshad dan  Zul Zamrin Huri, turut membintangi Kami adalah Kwee Leng (Ibu tiri Tookoo), Ibrahim Din (Mamak), Shariff Babu (Pak Du) dan Azmi Mohamad (Abang Husin).

Justeru usah ketinggalan menyaksikan filem Kami, popular sekitar tahun 1982 ini pada 22 Mei 2009 (Jumaat), jam 12.30 tengah hari mengisi slot Sinema Jumaat @ 2 di TV2.

Tags: , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rumah Allahyarham Sudirman Terbakar
  • Cetakan Semula Album Sudirman Aku Bukan Penghibur & Kul It
  • BIO Channel Siar Bio. Beat: Sudirman Arshad
  • Majlis Tahlil Ulangtahun Pemergian Allahyarham Sudirman ke-17
  • Lirik Lagu Sudirman – Bila Wajahmu Aku Bayangkan
  • Kad Raya MMS Dari Pembaca Budiey.com
  • Profile Alise Ismail
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • Komposer Zubir Ali Meninggal Dunia
  • Gambar Kenangan Allahyarham Sudirman Arshad



    • Ntahla..

      …Arwah Sudir ni mmg artis yg berbakat…lagu2 dia bnyk yg mnyentuh hati..lakonan dia pun ok..tp takdirnya dia pergi dulu..Al-fatihah buatnya..

    • Bini Orang

      Cerita KAMI ni bini paling suka tgk masa kecik2 dulu…Mak bini dulu rakam dalam video tape (time tu takde cd dan VCD lagi) then hari2 bini tengok…ceritanya sedih ditambah dgn lagu Pelangi Petang tu membuatkan bini selalu terflash back cerita ni….dah besar2 ni bini rasa ni la antara filem yang paling jujur yg pernah bini tonton…

    • june

      nengok que haidar pat tv smlm..teringat arwah…

    • http://google mat superbike

      SUDIRMAN HJ ARSHAD TETAP DI HATIKU SBG PEMYANYI NO 1,SAMPAI BILER2…………

    • shuhada

      salam…
      saya ada tngok cita ari tu…
      best la…
      yang bst tu lagu2 dia…
      ade yang tak pernah dengar…
      by the way ape tajuk lagu yang sudirman nyanyi tu…
      nak sagant tahu tajuk lagu tookoo nyanyi yang dalam keset yang dia beli tu…
      pls kalau sape2 tahu tajuk lagu tu just emil kat saya ye..
      butterfly_greengirl88@yahoo.com

    • J3bat Derhaka

      Cuma tertanya2, ke manakah hilangnya Zul Zamrin Zamanhuri, pelakon kanak2 dalam citer tu yg memegang watak sebagai Din?

    • koben

      zul skrg ni dah jd sorang businessman kat area damansara..

    • Junior

      Cuma ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan filem ini.

      Terutamanya kepada: Allahyarham sudirman. kerana filem ini banyak memberi saya memikirkan syukurnya hidup ini. bergitu juga kapada saudara Zul Zamanhuri(din) kerana lakonan beliau benar-benar menyentuh hati (bila berlakon dalam situasi yang tiada apa-apa bantuan sehingga bertemu tookoo).

      menonton filem ini benar-benar membuatkan saya berasa lebih sayang kepada keluarga.

      sekian,..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK